Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

.tempat bertemu.


Salam 1 M'sia kpd semua. :)
Sebenarnya cuba nak taip dgn speed yg lajulaju sbb lagi 15 minit nak gerak ke kelas. sungg0h mcm kemalasan sebab mood yg baik semakin berkurang setiap hari. kenapa yea?smoga Allah kuatkan hati yg lemah ini. AMIN..

tanggal 30hb bebaru ni cik nana join program rakan siswa m'sia (karisma) utk sambutan ambang kemerdekaan di Universiti Kebangsaan M'sia, Bangi (tmpat abah&mamaku belaja dahulu) & Stadium Putra Bukit Jalil kesan daripada ajakan salah sorang kawanku. haha. tengkiu la kepada kamu yea. wala0pon agak kemengantokan yg amat sangat sampai cik nana banyak kali tertido + tersenggok2 semasa program dan rasanya mmg xdpt tengok acara kemuncak tu, tapi takpelah..jasad tetap ada kt situ.hee..

lets pictures do the talking :)

ena, nana & ada :)



nana, dira, amal, ada & ena
Sebenarnya club rakan siswa m'sia ni baru jugak ditubuhkan. kira2 setaon jugak lah. mcm program yg cik nana pergi ni melibatkan 21 ipt seluruh m'sia. mmg ramai + sesak sgt dgn orang ramai.jenuh jugak nak berhimpit2. walauape2pun cik nana mmg suke program yg campor sume IPT sbb dapat jumpe dgn ramai siswa/siswi dr Uni yg berlainan. mcm program sekreteriat rakan muda yg cik nana join sebelum ni. walaupun penat tp seronok dpt tengok mcm2 gelagat manusia.

happy2 happy2 UIAM tetap di hati! :)





p/s : walaupun mengalami perubahan gelodak di hati,akan ku gagahi juga..

www.tips-fb.com

Saturday, August 21, 2010

.teh o panas dimakan bersama papad0m.

Salam semua :)

hope u all in the pink of health.

bilik cik nana skrg tgh penoh dgn makanan2. heee. walaupon kebanyakan makanan berunsurkan dessert but i'm in love with it! [tibe2 rase lapar lak tgh2 malam ni] :P thanx to all my roomates sbb sudi jamah dan berkongsi makanan. because sharing is caring...!

tak faham la..sekarang ni selalu sgt terjumpe dgn kwn2 lame ataupun kwn2 yg dah lame tak jumpe mesti tego cik nana ckp :

"kenape semakin kurus ni nana?"

"berat berape ni?nmpk kurus sgt ni.."


biaselah tu, kalau dah lame tak jumpe ni mesti perasan perubahan yg terjadi pd fizikal diri kita. tak gitu kwn2?kalau dah biase sgt ataup0n selalu jumpe, kdg2 xberape nak perasan. kawan tu semakin besar ke kecik ke ape ke mane la perasan pon..hek3..

sebelum bulan puasa ni, bila makan je mesti rase nak terluak balik. tp alhamdulillah skrg ni bulan puasa dah kurang tragedi sebegitu..dpt makan dgn jayenya..bile perut masuk angin mmg senang nak terluak..setuju? :)
mungkin hikmah bulan puase, mjadikan sy tak seteruk sebelum ini. somehow i'm addicted to foods. bebaru ni ade borong seberapa bnyk mknan kt TESCO. [tempat favourite] :P

amek segala macam. teh, gule, horlicks, biskut, coklet, jem dan ape2 ntah lagi. hehe

eating :)

my gurlfren, cik ena meena :P

kelakar, sbb tak reti nak gune ch0psticks..dok patahkan..boleh tahan gak donashi @ big apple ni..itupon setelah buat research banyak2 same ade nak beli ke tak. sbb sy kurang suke beli brg @ mknn yg tak selari dgn selera sy..anda bagaimana?


d0nashi! donat + sushi :)

  • jgn risau. ianya takde rase sushi pun.hehe.
  • dpt idea for birthday present! yuhuu. nice kan?






p/s: assignment oh assignment.cepatlah dikau habis. ku mengantuk tahap kritikal. :P
www.tips-fb.com

Tuesday, August 10, 2010

.Realiti hidup ini memang takde skrip..

Salam.

Di awal2 pagi cik nana masih menghadap lappy kesayangan berwarna merah jambu yg telah berkhidmat hampir 2 tahun..walaupun kdg2 ada buat ragam tetapi diriku tetap menyayangi dirimu..hak3..tetapi cik nana sgt hairan betul..bile cik nana bersama lappy cik nana ni mesti ada manusia2 yg tertoleh2 pastu siap pegang2 lg lappy kesayanganku ni..heyy..mintak izin dulu ok?haha..

Skrg ni tengah hadapi insomnia je.mata merah2 jew.pagi krg ni terlentok dlm kelas terpakse mintak kawan sebelah picitkan tengkok.eyh..leher ke tengkok ek?confius suda :P


ahh. pagi ni kelas jam 8.30 pagi. harap2 tak tido sampai waktu ke kelas. petang nnti boleh lentok2 kt bilik sampai lebam.haha. dah la agak kerungsingan soalan 2 tuk tutor company acc tak buat2 lagi. camana nak buat kalaw tak paham?ohh..tolonglah daku..ni la akibat menjadi seorang yg slow learner..kdg2 jales dgn org2 yg pandai2..



takmo nangis2 tau..nanti mata bengkak mcm panda..tak comel dah. :D

Dalam masa yg singkat banyak sgt perkara yg berlaku terhadap diri ku ni. jatuh pastu bangun, lepas tu jatuh lg dan bangun lagi, dan jatuh buat kesekian kali tp tetap gak nak mencuba utk bangun lg..

Realiti hidup ni mmg takde skrip..


Saye suke statement tu.. walaupun satu2 perkara yg berlaku tu susah utk kita terima tapi bak kata pepatah, yg pahit itu bagus sbb boleh dijadikan ubat..lainlah kalau simpan stok ubat bnyk2 memang haruslah dirampas..sebab ada jenis org yg nak segera lupakan kesakitan dgn menelan panadol tetapi sy suka nak ingatkan kesakitan itu hanya mampu bertahan dalam tempoh yg singkat..so which do u prefer..healing in a long term or in a short term?u choose.. :)



saya harap wajah sebegini yg selalu menghiasi cermin2 saya..anda bagaimana? :)






How can 'SORRY' ever heal a broken heart?








awk, wo ai ni. je'taime.





p/s : sila buang jauh2 perasaan negatif dalam diri itu. krn ia hanya mendatangkan kanser dlm diri sendiri. =)
www.tips-fb.com

Monday, July 5, 2010

.Ikan Bakar @ Setiawangsa & Cendol Pulut.

Bismillahirrahmanirrahim

ape kabar kawan2 ku semua?terima kaseh banyakbanyak kerana singgah di sini. cik nana sempat merasa demam selama setengah hari semalam. bdn terasa sgt panas sehingga tertido di sofa kt ruang tamu dengan menutup kipas. sgt sejok tak tertanggung rasanya. itulah nak sgt rasa demam sampai Allah bagi betol2 demam.

semoga saye, family dan org yg saya sayangi sehat2 belaka..


pagi tadi lepas semua isi rumah dah keluar, tinggal saye sorang2 kt rumah. kemudian member cik nana yg b'dekatan dgn rumah ajak cik nana jogging di tasik tak berapa nak jaoh sgt dr rumah. tapi kalaw nak jalan kaki mmg semput la..haha.sampai2 lebih kurang 7.40 pagi tengok dah ramai jgk yg jogging kt situ. ekceli dr minggu lepas lg ada beberapa kali kitorg jogging kt situ.insyAllah, bermula harini sampai hari sabtu ni kitorg bertekad nak jogging kt situ setiap pagi. ini krn hr ahad dah kena register hostel utk semester baru. yuhuu.. :)


oh ye, malam td cik nana & family teringin nak makan makanan laut ataupon seafood. ini krn makanan ini memang kegemaran kami. cik nana paling menyukai kerang bakar @ rebus. cicah dgn sos cili. mmg best! lepas tengok iklan dlm paper kosmo bertarikh 3 julai 2010 yg menyiarkan tentang restoran sekinchan ikan bakar yg terletak di Setiawangsa Kuala Lumpur ni [kompleks centrum setiawangsa] , kitorg satu family teringin nak mencube la kan. mane la tau sedap ke tak kan. belum cuba belum tahu kan? heee..




masa sampai tu, [tak susah nak mencari pon] tengok ramai sgt customer memenuhi restoran tu. konsep restoran ni lebih kurang mcm makan kt port klang @ umbai melaka di mana customer boleh memilih sendiri ikan2/lauk2 mentah. kt sini caj dikenakan RM7 utk 1 gram. bagi cik nana, ini agak mahal berbanding kalaw makan kt port klang @ umbai. sebab lebih kurang RM70 utk 1 kilogram. lagi satu, konsep masakan agak berbeza jgk di mana hanya 1 masakan saje kt sini..tak boleh la nak mintak dorang masakkan sweet sour ke ataupun masak 3 rasa ke..mungkin dorg nak memudahkan kerja dorg kot?haiyaa...


mungkin takde rezeki cik nana utk makan kerang bakar, sebab dah habis masa datang tu. sodihnya. dari rumah lg terbayang2 nak makan. mmg favourite sgt..waaa. kalaw makan nasi lemak pon harus la ada sambal kerang. lagipun elok kan tok tambah darah. heee.. :P

  • Terletak di Kompleks Centrum Setiawangsa KL
  • Beroperasi dr pukul 12 tghari hingga 1 pagi
  • Pilihan 18 jenis ikan air tawar & air laut


favourite cik nana juga, watermelon juice!! kalau nak sedap lg tambah laici. anda suka tak? :)


in my point of view, sebenarnya rasanya biasa2 je. tapi boleh tahan la sebab kalaw nak sedap2 haruslah pergi ke umbai melaka ataupun pelabuhan klang. tapi kalaw dari tempat cik nana ni memang agak jaoh la nak ke sana..setiawangsa ni kire paling dekat la..selamat mencuba ye kawan2!

mission for today has accomplished ! living room dah selesai. walaupun simple je tapi rasa puas hati. :) [done it alone]

; plastik sofa tak di bukak lg sebab takot kucing cakar. inilah risiko yg harus ditanggung apabile membela kucing di rumah. anda ade cara utk mengatasi dari cakaran kucing tak? :( [but, i love all my cats..]



akhir kata, dari haritu lagi cik nana mengidam sgt nak makan CENDOL PULUT. diulangi..pulut! bukan yg biasa tu taw. tapi susah nak carik..haritu pergi carik, jumpa tapi kedainya tutup. waaa..nak sgt sgt.. :( wahai batu belah batu b'tangkup saye kempunan sgt nih..hik3..terlebih sudah.. :P




p/s : semoga misi saye pd cuti kali ini tercapai jua..
www.tips-fb.com

Sunday, July 4, 2010

.tak secantik husna.

Bismillahirrahmanirrahim

sejOknya pagi2 ni. ditambah pula dgn keadaan yg hujan ni. saye agak ramai yg tengah tidO lagi sebab tengok FB tak berapa ramai sgt yg tengah on9.hik3. ad0hai la kan. lagi satu memang agak lame dari kali terakhir cik nana tulis kt blog apple merah ni. kemalasan berganda2 melanda diri ini. OpSs..takleh sebOt perkataan tu.nanti MOK marah sayeee..tlg...! haha..

cuti wahai cuti mengapakah dikau cepat berlalu?saye memang tak suka cuti lame2 tapi saya tak suka juga nak mula belajar semula setelah lama berehat menggunakan minda ni.alangkah ser0noknya kalau hidup ni cuma utk berehat dan goyang kaki sahaja. btol tak?hakikatnya ;


bukannya senang utk senang..


oh ye, sudah menjadi 1 kemestiaan cik nana utk membeli novel baru setiap kali cuti sem.sejak dr mula minat membace novel sampailah sekarang, banyak gak yg telah dibeli, cuma belom sempat nak kemaskini kan novel2 yg ada. tapi sudah semestinya terbitan Alaf 21 menjadi pilihan hati. anda bagaimana pula? :D
kali ini saye membeli dan telah habis membace novel bertajuk : *baru jgk habis beberapa hari yg lepas sebab itu agak kemalasan utk menghadap laptop*





Karya daripada Ainul Hazrah mmg mantOp! Watak2 utama oleh Hariez Luqman, Husna, Siti Zarith atau Tija mmg menghidupkan cerita ini. memang masa nak memilih SATU daripada banyak2 tu sy agak kerambangan mata nak pilih yg mane satu. sbb takleh la nak beli bnyk2. sbb nnt mama saye marah. heee. :P tapi disebabkan ada nama saye tu buatkan sy lagi lagi lah nak beli novel terbaru ni. haha. jgn jales yg kawan2..



Sedikit sinopsis cerita dlm novel Tak Secantik Husna ini;

  • Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang drpd 7 cucu perempuan neneknya utk dijadikan isteri sementelah hatinya masih kosong.
  • Dia diberi masa seminggu utk mengenali kesemua mereka.
  • Pd mulanya , Hariez merasakan dirinya terpaut dgn kecantikan dan kelembutan Husna. [cucu pertama]
  • Pada masa yg sama juga, Hariez juga terpaut pd Tija, cucu perempuan yg bongsu yg bersifat keanak-anakan.
  • Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang, namun pilihannya mendapat tentangan yg hebat terutama daripada neneknya. Bagi Hariez, itulah pilihannya dan beliau tidak akan berganjak dgn keputusannya.
p/s: saya sgt tak puas hati dgn pemilihan hariez tu. haha!


"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlu sebab utk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yg membuatkan aku rasa bahagia.." -Luqman Hariez-


nak tahu keputusan Hariez, korang haruslah membaca nya! bweek!

Bagi cik nana, memang seronok baca novel ni utk mengisi masa lapang..tapi tahu ramai yg tak berapa minat disebabkan ketebalan novel dan tiada gambar2 menarik seperti komik. kadang2 bila cik nana bace novel ni, cik nana teringin jugak nak tahu macamanalah wajah karakter dlm novel ni agaknya..contoh mcm Hariez Luqman ni..macamane ek wajah sebenar dia?haha..pok kt dahi berkali2 sbb tanye soklan merapik ni.. :P




Now, i'm really in love wif this chocolate! Picnic..yuhuu..sila ketepikan semua choc spt bueno, cadbury ataupOn ferrari..eyh ferroro..hik3..i want this i want this anymore..





p/s : take care semua. Dind always Miss Mok. ^.^
www.tips-fb.com

Wednesday, April 21, 2010

.sehari tanpa suara.

*air yg tenang jangan di sangke tiada buaye..hehehe.*


.Bismillahirrahmanirrahim.


Dah masuk 2 hari ni tangan cik nana asyik terketar2 je. nak menaip msj or kt keyboard ni pun rasa mengigil .Saat kejatuhan memang amat memeritkan la. sape setuju sile angkat kaki! haha.ape2 pun sila tabahkan hati anda.

1) Pagi2 lepas subuh boleh plak la cik nana & sorg member cik nana melakukan riadah iaitu bermain badminton! dah lame oh tak rasa berpeluh2 mcmtu. sebelum tu ada la warm up dgn jogging sebanyak 4 round. selama 2 hari berturut2 jgk la berbuat demikian *adekah itu punca pengigilan saye?:P* , dulu cik nana mmg minat main badminton sbb minat sgt kt Hafiz & Roslin Hashim. haha.lagi satu pemain veteran negara, Wong Choon Hann. sgt teruja tgk game tu kalau nak dibandingkan dgn bola. bukan bebola ye..hehe.

2) Lepas dah rehat2 jap, terus g DENTIST. berjumpa dgn Doctet. wahwah. sgt teruja sbb niat di hati memang nak cabut gigi yg sebatang kt belah kiri ni.

agak2 boleh guna spanar ni tak untuk cabut gigi?hahahaha..


Semasa menunggu tu boleh pulak kan dengar suara budak kecik menjerit dlm bilik doc sbb gigi beliau kena cabut. haha. nervous beb! seriusss..tp buat tak tau je. ala. rilek je la kan. kena cabut je pun. Dekat 1 jam tunggu sampai 4 buah majalah sempat di khatam bace.

Sampai turn cik nana, masuk je la. tak larat nak tanggung rasa ni lame2. lagipun cik nana dah kenal lama doctet tu..dah biasa follow up kt clinic beliau tu. lepas dah explain kt dia apa yg sepatutnya, dia cakap mmg kena cabut gigi tu. reason? first : gigi pecah. second : gigi dah mati.
No point la kan simpan?buat ape nak tanggung sakit.



Memula kena bius dulu. ahhh. mmg kebas! haha. rasa mcm mulut bengkak je. sambil lagi satu gigi kanan kena tampal. skali doctet tu amek satu alat tu mcm spanar kot. terus cabut. alamak ai! hilang dah sebtg gigi ku..harap2 jgk lepas ni berakhir la penderitaan ni. thanx to all yg selalu kene tahan dgr cik nana ngadu sakit2 ni. msti korg dah fed-up kan?haha..sorryyy..

*saat ini mulut penuh dgn darah.terpaksa sumbat dgn kapas setiap 10 minit.dijangkakan akan berterusan sehingga petang. :( *

Cik nana sgt hapy..misi yg satu ini dah selesai!


*ihsan dari encik google yg baik hati ;D*


Moral of the story : Jaga la kesihatan gigi anda. Gigi cantik serlahkan Senyuman yang menawan! Setuju tak? :D













p/s : Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.:)
www.tips-fb.com

Friday, April 2, 2010

.cerita pada hari ini..



Salam.
Hope all of you in the pink of health & happy always not matter what feeling you're having now. senyum ketika kedukaan mengambarkan ketabahan hati. do you agree with that statement? =)

pagi tadi kira-kira jam 8.40 pagi sebelum cik nana nak ke examination hall di CAC, *dah kelewatan sebenarnye, akibat tak tido sepanjang mlm,study la konon,hoho,penangan 2 bungkus nescafe mild & regular dgn kettle ditaja oleh cik nad kita,hehe*, sepanjang hari digunakan tuk menghafal term2 yg ada dlm subject fiqh for economist, tajuk2 penting seperti mudharabah, musyarakah, al-rahn (konsep gadaian) , al-wakalah (konsep agensi), bay al dayn (sale of debt), al-hiwalah (exchange of debt), al-kafalah (guarantee contract) and etc. sesungguhnya tajuk2 semua ni sgt menarik tuk dipelajari, tetapi bagi cik nana agak sukar la jgk. sbb terlalu banyak yg perlu di ingat. silap2 boleh tertukar2~terutama dlm mengingati pendapat setiap mazhab spt hanafi, hanbali, maliki dan syafie~tmbhan pula, result mid term tidak begitu memberangsangkan. :(

eh berbalik pada pangkal jalan, tersimpang siur jap td. hee. on the way ke examination hall, cik nana lalu la office mahallah, tengok ramai polis dan guard berkerumun..cik nana dlm keadaan mamai main lalu je tempat kejadian, *dlm hati, apekah yg makhluk2 Allah ni sdg lakukan?* haha,, pastu kawan cik nana mengatakan ada seorang pelajar ni dihantar ke hospital krn menjerit2 sepanjang malam dan menendang pintu office menyebabkan sepanjang jalan ada kesan2 darah..ngeri plak tgk..adeh..

lepas balik exam tu, tanya la sorg makcik cleaner ni, beliau mengatakan kemungkinan pelajar tersebut mengalami tekanan yg melampau menyebabkan dia bertindak di luar kawalan seperti itu. or in other word, can we call this "mental problem?", haha. inilah yg berlaku bila emosi mengawal diri, bukannya diri yg mengawal emosi. tgk ape dah jadi?

bayangkan dari pukul 3 pagi smpai lepas subuh dia jerit2 dgn jeritan yg sgt kuat sehinggakan menganggu ketenteraman penduduk2 hostel yg berdekatan,, menurut cerita dr sumber2 yg boleh dipercayai, pelajar tersebut menjerit2 "allahuakbar" berulang2 kali..dan buat bunyi seperti boleh dikatakan bunyi ayam berkokok?apekah yg terjadi pd diri beliau?inilah yg tidak tahu..hanya diri beliau sahaja yg tahu..




saye cuma nak berpesan pd semua dan juga diri sendiri, tak kira apa jua masalah yg melanda diri kita bawa2 lah bersabar, tenangkan diri, kawal emosi dan apa2 pun berbalik pd DIA yg maha esa..mintak pertolongan dr Allah..bukan dgn cara melakukan perkara2 yg tidak sepatutnya..kdg2 sy ada mendengar kes org yg bunuh diri bila ada masalah dan pada pendapat saya mungkin beliau menggangap cara tersebut adalah yg paling terbaik utk menghilangkan dan melarikan dari segala masalah.
ingatlah, gagal sekali tidak bermakna gagal selama2 nya. melakukan kesilapan tidak semestinya tidak boleh perbaikinya semula.

& cheers always ! &


to that someone, if you still want to be my best buddies forever, you are pleased to do so~ anytime and anywhere u can find me :) insyAllah.. sorry for everything..









There's a girl in my mirror crying tonight, and there's nothing I can say to make her feel alright :)




www.tips-fb.com

Tuesday, January 5, 2010

.pemberian dari seseorang..

salam~

dah beberapa hari tak berpeluang nak update blog.padahal setiap hari dapat online.keje sgt berlambak2.
hm..masuk harini hampir 5 hari kawan baik saye, Ida meninggalkan kami..saye redha..walaupun tidak dinafikan kadang2 saye terfikir dan terlintas wajah arwah di fikiran saye..ya Allah..susah nak lupekan..maklumlah saye salah sorang yg rapat dgn beliau..bnyk kenangan bersame beliau..beliau juga seorang pendengar yg baik..selalu ada problem beliau adlh salah sorang yg akan menjadi top list saye utk diceritakan..yet im happy i have chances to help her if she's in difficulties..

arwah menderita kerana penyakit "radang sendi" sejak beliau berusia 14 tahun..agak lama jgk la..mungkin itu yg terbaik utk nya..Al-Fatihah...


ntah la kenapa, sekarang saye rasa masa berlalu sgt cepat..orang selalu kata "Time Flies Fast When U're Busy..", busy sgt ke saye ni?ape yg ada dgn kebizian tu?tolong lah..buang buang skarang!tapi saye suke belajar..walaupun selalu sgt study last minute..ada quiz or test malamnya baru reti nak bukak buku..ni pun dah masuk bulan 1..bulan 4 ni nak final exam dah..hey hey!nape cepat sgt nih??


lagi satu..skrg ni duit pun cam mengalir mcm air je..tak tahu la aper yg saye beli..tp tgk compartment sndiri,ya Allah..mcm2 ada..sabo je la..hikhik...patutnye kene beli bnda yg PERLU je..kalau ikot kehendak ni mmg la sume benda nak..now ada 2 benda yg sy nak sgt..

external hard disk 400GB ley?
n tambah ram my laptop..

eh...tu keperluan ke kehendak?



okay lah, tak sabar nak pergi kelas UBS tuk accounting software ni..best ouh clas tu..hehe..^.^






p/s: semoga Allah tetapkan hatinya utk sayang diri ini~ =))


www.tips-fb.com

Friday, July 10, 2009

.nostalgia saye semasa sdg membesar..

Bismillahirrahmanirrahim

wahh.panasnye tengahari ni!!terasa bahangnya!~best ouh semalam dapat merasa ABC(air batu campur).tapi skang panas di hati ni pun kuat juge!mane taknya bile bukak student portal check my pre-registration course subject ICT yg saye dah register masa akhir sem lepas telah di DROP KAN secara automatik!!wargh!!!*sambil hentak2 kaki kt lantai.hahahaha*

wahai pelajar2 UIAM Gombak utk level 1 SAHAJA course registration di buka mulai 12 malam INI sehingga 11.59 malam hari sabtu!*waaa.confirm line bizi malam ni....*.harap2 dapat ADD subject ICT tu..mesti kena ambil juga sem 1 2009/2010 ni.kalau x macamane nak mule wat MAJOR tahun depan :( ya Allah,permudahkan la urusanku!~


sile click utk tumbesaran

semalam mase tengah kemas2,saye terjumpa 2 album gmbr mase kecik2 ; *wah comel gak saye ni..hahahah :p*


mase ni saye kene jemur kt tengah panas sebab kena demam kuning.sobsob :(

me and mom :)
bersame kawan2 seperjuangan..ehh..kawan sepermainan *saye yg memakai skirt merah itu..*

aik..lebarnye saye senyum!!seronok betul dia!!hahaha*smpai skang meja kt belakang tu ade kt rumah saye lg,meja antik~*

"bile nak besau2 ni nana.."



"ehh kenape bdk laki cina tu menyibuk nak amik gmbr dgn saye?saye comel sgt ke?hahaha"
kata hati cik nana



okay laa.tu aje.saje upload gmbr2 kenangan lame~bile tengok balik album gmbr mase kecik2 "oh shweetnye!!..." =)


i wish i have a TIME MACHINE!!!~mane doraemonku??!~lalalala









p/s : I miss you awak!!


www.tips-fb.com

Tuesday, April 28, 2009

.gain without pain is no value.


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal


"Yakinlah, selagi nyawa dikandung badan,Malaikat Maut tidak akan menganggu kita. Tawakal sepenuhnya kepada ALLAH s.w.t"


Bismillahirrahmanirrahim


hari yg dinantikan sudah tiba. iaitu saat pengumuman keputusan exam semester II 2008/2009 pada harini 28 APRIL 2009.sgt berdebar-debar sy rasa.ALHAMDULILLAH sy redha walaupun saya mengalami dugaan yg maha hebat sepanjang hari peperiksaan pd 3 APRIL - 15 APRIL. USAHA + DOA + TAWAKAL adalah kunci kejayan walaupun sy tidak dapat mencapai sasaran yg saya mahu.


sy tidak dapat dean's list semester ini.ini juga boleh membuat sy jatuh terduduk mengenangkan apa yg sy dapat sepanjang sy belajar pd semester ini.


oleh itu,sy ingin menjadikan NIK NUR MADIHAH Binti NIK MOHD KAMAL bekas pelajar Maahad Muhammadi Lil Banat Kota Bharu Kelantan ini sebagai idola sy.sy amat mengagumi beliau.walaupun beliau hidup dlm kemiskinan dan serba kekurangan beliau dapat membuktikan itu bukanlah penghalang kejayaan dengan meraih 20A pd peperiksaan SPM 2008.lagi-lagi tempat beliau tinggal begitu berdekatan dengan kampung sy,Kg Parang Puting Pengkalan Chepa Kelantan Darul Naim.


Inilah model generasi Melayu Baru pd zaman ini.sy mencadangkan kamu semua membeli buku ini.Catatan hati Nik Nur Madihah ni.walaupun sy tak beli.pinjam baca dr zaty je.hihi.




Thanx a lot to ;

1)Financial Accounting Fundamentals(A-) -Mdm Rohaya Karim,my lecturer part time from Kolej Poly Tech Mara Cheras yg banyak memberi tunjuk ajar pd sy.sanggup meluangkan masa utk sy berjumpa dibiliknya.sy rasa tajuk terakhir berkaitan Bonds & Dividends agak mengelirukan krn pertama kali belajar.

2)Study Circle 1(A-) -Kakak Fatihah,naqibah halaqah sy.dlm subject ni kami dikehendaki menghafal hadis-hadis,2 surah & doa harian.penglibatan dlm halaqah juga diambil kira.selain soalan bertulis pd final exam.

3)Business Mathematics(B+) -Madam Norma Saad.sy rasa sy buat begitu teruk pd final exam yg lepas.honestly soalannya agk menganggu fikiran sy!tajuk seperti linear programming sy tidak confident!

4)Principles Of Microecomics(A-) - Madam Rozita yg selalu push sy dlm kelas dan memberi tunjuk ajar dlm lukisan graf/keluk yg berdozen-dozen itu! selalu datang tempat sy dan tengok sy melukis graf yg salah!haha.sy pernah kena denda melukis graf yg banyak dan submit pd kelas yg seterusnya!teruknya sy!!

5)Principles & Practices Of Management(A-) -Brother Helmi Daud.tips-tips berguna dr beliau amat membantu sy!walaupun assignment & mini project sy dapat agak teruk juga! :).terlalu bnyk teori yg perlu dihafal.bersiap sedia la saper-saper yg bakal amik subjek tough ni!

6)Tilawah Al-Quran(B+) - Ust Wan,seorg yg amat funny & best! enjoy ea belajar dlm kelas beliau!hihi

7)Islamic Worldview(B-) - Prof Sayyid Yunus Gilani, my only one foreigner lecturer from India. & im sad because this is my worst subject..

Congratz to Hana & Wanie yg mendapat Dean's List pd semester ni.sesungguhnya sy jeles banget sama kamu berdua!!

ALL THE BEST to Myself for the coming semester.di mana sy akan mengambil subjects yg lebih banyak dari semester ini..

Pengajaran yg sy dapat adalah "Belajarlah Mencintai Diri Sendiri dahulu sebelum Mencintai Orang lain.."

www.tips-fb.com

Wednesday, December 31, 2008

.melawat ke library.

cuba tengok ni. senang je orang nak curi botol air mineral kan?gambar ini diambil di kuliyyah economics&management

.Bismillahirrahmanirrahim.


sekarang ni aku kt library uia.saje nak test wireless kat sini.tetiba lak kt bilik tak dapat nak on9.rasanya kena blok kot?cet.petang ni tak ada kelas pun.tido sampai petang pastu rasa nak pergi library sbb tak penah lagi masuk library kt uia ni sejak masuk sini.besar banget library nya.nasib boleh masuk guna matric card masa matrik dulu. :)

nak cari juga soalan-soalan past years. 5 subjects aku amik semester ni.tak termasuk tilawah & study circle lagi. sorry lah kalau terpaksa duk kt sini lama2 la.ala.masa belajar tu belajar la kan?masa cuti nnt boleh la cuti puas-puas.


yg penting strive for the best! azam aku nak kekalkan pointer yg bagus sepanjang pembelajaran disini.insyAllah.aku nak buat major in accounting.lepas tamat first year ni.first year ni sgt penting okay?sbb kat sini semua pelajar first year belajar semua sama je.second year baru tau major apa ;)

masa aku tulis part yg ni aku kt student lounge mahallah asma'.baru pulang dr library.pukul 10.40 malam beb! huahua.mcm2 kes berlaku td.rasa nak tergelak terbahak-bahak je.



aku photostat past years questions utk subjek ;

;microeconomics

;financial accounting I

;business mathematics

banyak set juga la.masa memula nak cari tempat fotokopi la.aku kt level 4 masa tu.pegi kt tempat photocopy tgk tak ada orang pun.tanya kt kaunter kata kena beli kad fotokopi kt level 2.photostat sendiri.so naik la lif turun level 2.sekali jumpa tempat fotokopi.pakcik tu ckp kt level 4 tu xleh guna dah kad fotokopi.dia suruh photostat kt tmpt dia tu je.dia tanya aku ni student baru ke.kahkah.*nampak sgt aku ni cam kelam kabut kot*.mana taknya,masuk library tu mcm terpinga-pinga je.tak tau tempat.dok tanye orang je.maklumlah first time masuk library.sgt malu la.pakcik tu siap interview aku dok mana la.amik kos aper.dia ckp



"student baru ke?patutlah muka nampak pucat je" *sambil sengih2*,kah kah.blek tu aku & hana gelak je memasing.




ni pintu masuk library.kena touch kad matrik kat situ.sekali tengok mcm kt stesyen komuter lak.kan?

ni la experience aku bila kali pertama masuk library ;P
wi-fi pun laju!

esok ada sport carnival.cuba teka aku masuk apa?huahua.tak nak cakap la.malu :/
btw,harini ada quiz business maths.aku bajet soalan senang la kan.tp susah gak.kena lukis graf cubic,cari x & y intercepts & cari profit function & selesaikan application.cepat benar quiznya.baru juga mula belajar.minggu depan quiz accounting lak.
hope everything okay :(

www.tips-fb.com

Friday, December 26, 2008



.Bismillahirrahmanirrahim.


baru balik dr uia ni.pegi kelas 1 jam je.subjek islamic worldview.tapikan tak mula belajar lagipun.pastu pulak tukar lecturer.haritu masa pertama kali kelas lecturer melayu.skang tukar lecturer orang apa ntah?gaya ckp cam org bangladesh @ india. speaking laju banget deh! aku tak paham la apa yg dia cakap. ayoo. satu masalah besar buatku!




but he looks nice! sebab apa tau?dia suka sgt senyum & dia sokmo gelak tp aku tak paham kenapa dia gelak?huahua.dlm kelas td pun ada 7 orang je yg dtg.mungkin ramai balik cuti.lepas habis kelas,my mum tunggu kt luar.kemudian gerak balik rawang & singgah Bank Simpanan Nasional (BSN) beli no pin utk PTPTN.nak kena apply on9 la pulak.



lepas selesai aku membeli CENDOL. best!!




www.tips-fb.com

Wednesday, December 10, 2008

.shawls!!.


.Bismillahirrahmanirrahim.


nice pink shawls!



im thinking of buying these beautiful shawls for myself. is it okay?? especially the pink one! very cute! how do i look if i wearing this shawls? hehe.affordable prices tapi tengok lah camana.kena ask big boss dulu.sorry to pemilik blog shawls because promote ur shawls in my blog.im lovin' it !


harini mata saya macam ada eye bag la.lebam bawah mata.sangat pedih bila kelip mata.opss.sy tak ada mengintai sesiapa mandi tau.huahua.mungkin jin bermata tiga tumbuk sy tengah tido la ni.jeles bulu mata sy lentik sgt kot! kah kah jin afritttttttt


harini juga selesai mencetak 16 muka surat booklet dan borang hostel.akhirnya belum selesai sy mengisi borang tu sbb belum menampal gambar sendiri.nanti2 lah dulu.tinggal 5 hari lagi dari esok.sy tak mau pergi taaruf week (orientation days).sgt penat.bak kata kak mira fatin ;


xbwk pon xpe sbb most of time nnt husna xdok kat blik.pg kuar kul 12 bru blik nnt.cam sem lepas ade yg kene tdo masjid je...xtau la sem ni kene x..masa akk masuk xkene..then klu bwk laptop pun wireless kat uia bkn sume leh dpt.kne register dulu..xpe nnt mase pre regis tuh committee bwk g comp lab..


*tak bawak pun takpe-tu psl laptop,sy tanya perlu ke bawak laptop masa orientasi 4 hari tu*



sy tertarik dengan cerita seorang nenek berumur 106 tahun berkahwin dgn jejaka berumur 37 tahun


Wook Kundur bersama suaminya, Mohd. Nor Musa di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang


Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.*dasyat juga nenek ni.hebat!*
kalau sukakan sesuatu, tunjukkanlah kasih sayang setiap hari ~
www.tips-fb.com