Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Hidup tanpa pilihan...


Setiap hari, setiap masa dan ketika...Kita akan sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan...


Waktu kecil, kita sentiasa keliru dgn pilihan..


Bila dan besar sikit, kita mula ada citarasa di dalam membuat pilihan..

Kita juga akan dididik untuk sentiasa bijak membuat pilihan..

Kerana satu hari pilihan itulah yg bakal menentukan masa depan kita..


Pilihan-pilihan akan datang silih b'ganti..kita cuma perlu buat pilihan yang tepat..


seperti pilihan :

untuk memilih pasangan hidup
untuk memilih kehidupan yang sesuai dgn kemampuan
untuk mempelajari kehidupan


dan lain2 pilihan lagi..

Bertuahlah kita jika kita ada peluang untuk menikmati pelbagai pilihan.. Kerana di saat dan situasi yg lain, ada antara kita yg tidak b'nasib baik..

Hidup tanpa pilihan..
Tersilap buat pilihan teman hidup..
Tersilap pilih kawan..

Kadang2 terfikir..
Adakah pilihan itu sudah ditentukan oleh takdir..
Atau kita mampu untuk membuat pilihan yg mampu merubah hidup kita?

Hmmm...


Pesan Rasulullulah S.A.W

..."Sekiranya engkau ditimpa musibah janganlah engkau berkata : sekiranya aku lakukan ini makan inilah yg akan berlaku"
Akan tetapi katakanla apa yang menimpa kau adalah QADAR ALLAh dan dia berhak melakukan apa yang dikehendaki..
Sesungguhnya 'kalau' boleh membuka amalan syaitan..-Riwayat Muslim-



Kita wajib beriman & menyakini bahawa segala yang berlaku dgn ketentuan dibawah kekuasaannya dan ketetapan itu boleh diubah atas pilihan manusia itu sendiri..
dengan bantuan kebijaksaaan, usaha dan doa..

wallahua'lam..





thanx a lot to my uncle sebab bawak kami makan besar smlm kt Aroma Ikan Bakar area Jeram Kuala Selangor..walaupun perjalanan jauh..tp enjoy makan oke! seafood macam udang, ketam, sotong dan bermacam jenis ikan uncle cik nana order..tp tau la cik nana ni ada alergik pulak, [gatal2 seluruh muka], tak boleh nak makan seafood2 sgt ni..tapi pakcik dah belanja..makan la sekadarnya..penuh gak 4 buah meja dgn makanan..hmmm..

thanks..kenyang sgt! (:




p/s : happy dpt jumpa baby uncle yg kiut miut tu..dia senyum bile cik nana dtg..yuhuu..


www.tips-fb.com

Wednesday, April 21, 2010

.sehari tanpa suara.

*air yg tenang jangan di sangke tiada buaye..hehehe.*


.Bismillahirrahmanirrahim.


Dah masuk 2 hari ni tangan cik nana asyik terketar2 je. nak menaip msj or kt keyboard ni pun rasa mengigil .Saat kejatuhan memang amat memeritkan la. sape setuju sile angkat kaki! haha.ape2 pun sila tabahkan hati anda.

1) Pagi2 lepas subuh boleh plak la cik nana & sorg member cik nana melakukan riadah iaitu bermain badminton! dah lame oh tak rasa berpeluh2 mcmtu. sebelum tu ada la warm up dgn jogging sebanyak 4 round. selama 2 hari berturut2 jgk la berbuat demikian *adekah itu punca pengigilan saye?:P* , dulu cik nana mmg minat main badminton sbb minat sgt kt Hafiz & Roslin Hashim. haha.lagi satu pemain veteran negara, Wong Choon Hann. sgt teruja tgk game tu kalau nak dibandingkan dgn bola. bukan bebola ye..hehe.

2) Lepas dah rehat2 jap, terus g DENTIST. berjumpa dgn Doctet. wahwah. sgt teruja sbb niat di hati memang nak cabut gigi yg sebatang kt belah kiri ni.

agak2 boleh guna spanar ni tak untuk cabut gigi?hahahaha..


Semasa menunggu tu boleh pulak kan dengar suara budak kecik menjerit dlm bilik doc sbb gigi beliau kena cabut. haha. nervous beb! seriusss..tp buat tak tau je. ala. rilek je la kan. kena cabut je pun. Dekat 1 jam tunggu sampai 4 buah majalah sempat di khatam bace.

Sampai turn cik nana, masuk je la. tak larat nak tanggung rasa ni lame2. lagipun cik nana dah kenal lama doctet tu..dah biasa follow up kt clinic beliau tu. lepas dah explain kt dia apa yg sepatutnya, dia cakap mmg kena cabut gigi tu. reason? first : gigi pecah. second : gigi dah mati.
No point la kan simpan?buat ape nak tanggung sakit.



Memula kena bius dulu. ahhh. mmg kebas! haha. rasa mcm mulut bengkak je. sambil lagi satu gigi kanan kena tampal. skali doctet tu amek satu alat tu mcm spanar kot. terus cabut. alamak ai! hilang dah sebtg gigi ku..harap2 jgk lepas ni berakhir la penderitaan ni. thanx to all yg selalu kene tahan dgr cik nana ngadu sakit2 ni. msti korg dah fed-up kan?haha..sorryyy..

*saat ini mulut penuh dgn darah.terpaksa sumbat dgn kapas setiap 10 minit.dijangkakan akan berterusan sehingga petang. :( *

Cik nana sgt hapy..misi yg satu ini dah selesai!


*ihsan dari encik google yg baik hati ;D*


Moral of the story : Jaga la kesihatan gigi anda. Gigi cantik serlahkan Senyuman yang menawan! Setuju tak? :D













p/s : Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.:)
www.tips-fb.com

Friday, April 2, 2010

.cerita pada hari ini..



Salam.
Hope all of you in the pink of health & happy always not matter what feeling you're having now. senyum ketika kedukaan mengambarkan ketabahan hati. do you agree with that statement? =)

pagi tadi kira-kira jam 8.40 pagi sebelum cik nana nak ke examination hall di CAC, *dah kelewatan sebenarnye, akibat tak tido sepanjang mlm,study la konon,hoho,penangan 2 bungkus nescafe mild & regular dgn kettle ditaja oleh cik nad kita,hehe*, sepanjang hari digunakan tuk menghafal term2 yg ada dlm subject fiqh for economist, tajuk2 penting seperti mudharabah, musyarakah, al-rahn (konsep gadaian) , al-wakalah (konsep agensi), bay al dayn (sale of debt), al-hiwalah (exchange of debt), al-kafalah (guarantee contract) and etc. sesungguhnya tajuk2 semua ni sgt menarik tuk dipelajari, tetapi bagi cik nana agak sukar la jgk. sbb terlalu banyak yg perlu di ingat. silap2 boleh tertukar2~terutama dlm mengingati pendapat setiap mazhab spt hanafi, hanbali, maliki dan syafie~tmbhan pula, result mid term tidak begitu memberangsangkan. :(

eh berbalik pada pangkal jalan, tersimpang siur jap td. hee. on the way ke examination hall, cik nana lalu la office mahallah, tengok ramai polis dan guard berkerumun..cik nana dlm keadaan mamai main lalu je tempat kejadian, *dlm hati, apekah yg makhluk2 Allah ni sdg lakukan?* haha,, pastu kawan cik nana mengatakan ada seorang pelajar ni dihantar ke hospital krn menjerit2 sepanjang malam dan menendang pintu office menyebabkan sepanjang jalan ada kesan2 darah..ngeri plak tgk..adeh..

lepas balik exam tu, tanya la sorg makcik cleaner ni, beliau mengatakan kemungkinan pelajar tersebut mengalami tekanan yg melampau menyebabkan dia bertindak di luar kawalan seperti itu. or in other word, can we call this "mental problem?", haha. inilah yg berlaku bila emosi mengawal diri, bukannya diri yg mengawal emosi. tgk ape dah jadi?

bayangkan dari pukul 3 pagi smpai lepas subuh dia jerit2 dgn jeritan yg sgt kuat sehinggakan menganggu ketenteraman penduduk2 hostel yg berdekatan,, menurut cerita dr sumber2 yg boleh dipercayai, pelajar tersebut menjerit2 "allahuakbar" berulang2 kali..dan buat bunyi seperti boleh dikatakan bunyi ayam berkokok?apekah yg terjadi pd diri beliau?inilah yg tidak tahu..hanya diri beliau sahaja yg tahu..




saye cuma nak berpesan pd semua dan juga diri sendiri, tak kira apa jua masalah yg melanda diri kita bawa2 lah bersabar, tenangkan diri, kawal emosi dan apa2 pun berbalik pd DIA yg maha esa..mintak pertolongan dr Allah..bukan dgn cara melakukan perkara2 yg tidak sepatutnya..kdg2 sy ada mendengar kes org yg bunuh diri bila ada masalah dan pada pendapat saya mungkin beliau menggangap cara tersebut adalah yg paling terbaik utk menghilangkan dan melarikan dari segala masalah.
ingatlah, gagal sekali tidak bermakna gagal selama2 nya. melakukan kesilapan tidak semestinya tidak boleh perbaikinya semula.

& cheers always ! &


to that someone, if you still want to be my best buddies forever, you are pleased to do so~ anytime and anywhere u can find me :) insyAllah.. sorry for everything..









There's a girl in my mirror crying tonight, and there's nothing I can say to make her feel alright :)




www.tips-fb.com

Sunday, July 5, 2009

.he took the early flight to the next world..


the KL view from look-out view tower near Hulu Langat-Ampang

yesterday night we had western dinner,i ate this "Grilled Chicken Chop!".it's really nice! :)

the smell of chocolates!!







still waiting for the rainbow to appear...


www.tips-fb.com

Friday, May 29, 2009

.mudahnya kan??...


Mudahnya menjadi muslim, namun kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim. Renungkanlah…

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar…

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru² & rakan², sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut…

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab, sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut…

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor, sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit…

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjemaah, tetapi anda luangkan masa bergayut ditelefon selama 2 jam…

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv, cd dll…

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam…

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit…

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah S.A.W, walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit…

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam…

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur….

Renungkanlah…..


& selamat beramal !!


p/s : renungan utk diri sendiri jgk :(

waa.perot cik nana sakett.rasa mcm kena gastrik! dah makan pun perot still rasa berdenyut2 kepedihan! :((

www.tips-fb.com

Thursday, May 28, 2009

.muka berkedut???.

Bismillahirrahmanirrahim

husna: salam.
husna: ni siapa yer.
Diana Daniel: salam..diana
Diana Daniel: haha
husna: hehe
Diana Daniel: actly,i amik id u kt blog u
husna: blogger ek
Diana Daniel: ek
husna: yea..
husna: tau..
Diana Daniel: sje cos i ade online shop
husna: yea?
husna: jual shawls ke..
Diana Daniel: xde
Diana Daniel: whitening pill
husna: abes?
husna: utk aper?
Diana Daniel: kulit putih le dear
Diana Daniel: utk kedut2,sume bole...mmg elokBold
Diana Daniel: nk web sy?
husna: aper?
husna: sy xde kedut lg kot..
husna: hahaha
Diana Daniel: hahaha
Diana Daniel: kdut 2 tuk org tuee
husna: salah org kot..hahaha

gelak terguling2 n terbaring2 cik nana camnih!hahaha.mmg la setiap manusia pasti akan mengalami saat itu.yea.seperti cik nana pernah cakap.ingat yg 5 perkara sebelum 5 perkara tu.perkara yg sihat sebelum sakit itu dah terkena pd cik nana.

baru petang td cik nana bertemu janji dgn doc.beliao ckp cik nana demam.suhu badan 37.7 darjah celcius.mungkin masih tahap bawahan lg.kelenjar leher yg dekat dgn dagu ni bengkak &  tekak cik nana merah2.jd dengan senang hati doc mencadangkan cik nana amek antibiotik,ubat kumur,tekak & demam.ekceli cik nana jaranngg bertemu dgn doc di klinik.mcm masa kt matrix yg selama 1 tahun setengah tu boleh bilang dgn jari brape kali cik nana g klinik.

kalau boleh nak baik sndiri. :)

btw cik nana suka sgttt dgn ubat pil yg kaler pink tu!! sgt menarik hati!! hahaha





terima kasih cik nana nak ucapkan pada cik fafa yg sudi menganugerahkan certificate ini.syukran jazilan!!blogger yg paling hyper active + bukak bisnes cupcakes!haha.cik nana xsabar nak order cupcakes kt fafa masa kt uia gombak nnti!





sekarang ni suara cik nana hampir tak kedengaran.bila bercakap kadang2 mcm chibi maruko chan & kekadang mcm doraemon.hahaha!

cik nana ingat lg masa zaman sek menengah dulu.ada sorg guy classmate cik nana mengatakan suara cik nana spt dora! ishk.ada ke patut?ke jeles sbb suara cik nana diguna pakai utk animasi dora tu??dia jeles sbb dia xdapat!hahahaha

& time form 5 pun ada gak yg ckp..penah sehari tu cik nana nak wat presentation kt depan kelas.terdengar suara sumbang yg mengatakan "wey wey ko g amek microphone utk dia nih.."

ciss! *dalam hati dah mengenggam erat kedua tangan ni.dush! kt muke ko baru taw..*

tapi cik nana tak kisah..tak kisah! tak kisah! mmg tak kisah!!!!


Rasullullah bersabda : "Barangsiapa yg membantu kesusahan seorang mukmin dari beberapa kesusahan dunia maka Allah akan membantu kesusahannya dari beberapa kesusahan pd hari kiamat.Dan,barangsiapa yg meringankan beban org yg dalam kesulitan maka Allah akan meringankan dalam urusan dunia dan akhirat" (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
www.tips-fb.com

Saturday, May 23, 2009

.online shopping.

Bismillahirrahmanirrahim


sape suke pakai selendang? & sape biasa online shopping?cik nana berminat juga dgn selendang nih.
haritu dapat hadiah dr seseorang selendang hitam yg dtg dr mekah.cik nana tak tau nak pakai ke tak selendang pemberian beliau.haha.ekceli cik nana memang nak cari selai dua selendang sebelum minggu depan.nak pakai.cube-cube la tgk kt blog.& terjumpa la blog cik ika yg menjual shawls & bermacam2 lg.kalau korang berminat bleh la try.

try click kat nama beliau.cik nana cuma bank-in duit tros ke acc maybank cik ika hr khamis bebaru ni.harini dah sampai.cuma ade sedikit kesilapan teknikal.cik nana tempah 5 helai.3 utk my sis & lg 2 utk cik nana.tp disebabkan penambahan order lg 2 helai cik nana bakal dapat minggu depan ^.^

ada yg suggest cik nana supaya mencari selendang kt area jalan tar tu.cik nad.hehe.mungkin next time la kot.sbb malas nak ke sana.melainkan de driver mao hantar cik nana ke sane :P


aaaa.cik nana da mula sakit tekak semula!ni gara2 menelan ais krim haritu la.ni la akibat mencipta ubat sendiri.hehe

tu la pix cik nana.saje mencuba2 selendang tersebut.muka cik nana nampak pucat kan?cuba click for enlarge.kalau boleh la.haha.


berapa ketul
"pimples" pun tumbuh sejak akhir2 ni.haih.tapi xpe.jerawat tu manis kan?haha.cepat2 cik nana hapuskan kesemua nya sebelum minggu depan!cik nana try guna ubat kt farmasi nama "mycins".try la pakai kalau okay seminggu ni.hmm..

hafeez!nanti cik nana nak mintak tolong kamu about my pink lappy yg menggedik terhadap ownernya sendiri! sedih la cik nana :(



Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu!!

www.tips-fb.com

Wednesday, May 20, 2009

.perihal sakit,pertunangan & kek batik.



Bismillahirrahmanirrahim

harap2 korang semua sihat walafiat la eh.kali ni entri agak panjang.mungkin takde sape yg nak bace.takpelah.cik nana tengah mengalami proses ke arah tidak sihat.sakit tekak,batuk2 kecit & terasa bdn panas.ni bermula dr bangun2 pagi tadi.kepala terasa sgt berat.tp tetap gak kena bangun awal.nak siap2 kan adik bongsu lelakiku yg sgt manja tu.pastu sambung tido semula.mmg harini tidoo je.sebelum tido makan woods lozenge perisa orange.sedap gak!tp terasa la kepanasan dalam tekak ni.ape org putih panggil "sore throat" kan??

patut ke salahkan my bro??sebab dia demam dulu.nak cakap jangkit dr dia la ni..tp sakit tu mmg Allah yg beri..betul la sakit ni memang dpt menghapuskan dosa-dosa kecik.haritu cik nana tersadung kaki masa nak naik tangga ke tingkat atas rumah.jari terluka & kuar darah meleleh2.tapi xla trok pun..


cik nana da biasa terluka sana sini je..cakap je ape yg blum terluka lg..cuma kurang suka kalau jari yg terluka sbb agak menyukarkan utk buat kerja2.tapi kalau hati terluka tu camno ek??hahaha :P


harini cik nana termimpi cik nana dah bertunang la!!tapi yg peliknya terbertunang dengan sapo2 ntah la..dah tu pulak cik nana cuba nak larikan diri dari dia..Ya Allah.tah2 aku dah nak bertunang kot tak lama lg??haha..gila apa..belajar pun xabeh lg..mati la..


yg penting cik nana nak kejar dulu cita-cita asal cik nana.i love accounting subject very much.semoga Allah mempermudahkan hal2 dlm hidup cik nana..mama tolong doakan nana ye!


cik nana selalu bermonolog sendirian tau.selalu fikir ape yg berlaku pd masa depan.tah la..kita ni hidup mmg xlama..koman2 umur 60 lebih da jalan da..itupun kalau umur panjang..sekarang ni ramai je yg mati muda..

cik nana rasa takut sgt la..kalau salah satu pancaindera cik nana ditarik oleh Dia..contohnya kaki,tgn dan sebagainya..sebab benda tu sgt mudah utk kehilangan..contohnya kemalangan ke atau kena sakit yg teruk2..ye lah benda tu cuma pinjaman je..bila2 masa je boleh kena tarik..sungguh! kita mmg xtau ape yg akan berlaku pd masa depan..

camna ek nak hilangkan kerisauan pd diri cik nana ni?ada sape2 ada idea x?


oh ye.cik nana dah mencuba resepi kek batik semalam.hasilnya kurang memuaskan la bagi cik nana.sbb terasa cokelatnya agak lembik..maaflah cik nana budak baru belajar..thanx a lot to sifu ynn dan sifu zaty yg ada memberi resepi kek batik di blog mereka.sila click pd nama mereka utk mendapatkan resepi kek batik tersebut.

ni gara2 masa sek menengah dulu la.budak2 asrama kelas sy slalu bwk kek batik ke kelas.pastu makan ramai2.haha.teringat lak masa dulu2.rindu banget zaman itu!






ynn,kenapa kek batik sy jadi mcmni??btw,tupperware ni sy suruh adik bawak g sekolah dia.bg kawan2 makan.hahahah




"Tak mengapa kalau kaki sakit..jangan hati yg sakit..sebab kalau kaki sakit cuma tak dapat berjalan..tetapi kalau hati yg sakit akan hilang kebahagiaannya.."

www.tips-fb.com

Tuesday, March 31, 2009

.katak oh katak.




Katak-katak telah mengadakan satu pertandingan memanjat. Semasa memanjat pohon kayu yang tinggi itu, ramai katak yang terjatuh. Penonton-penonton katak pula tidak memberikan reaksi positif. Para pemanjat asyik kena "boo boo" saja. Itu melemahkan lagi semangat para katak yang tengah berusaha memanjat.Akhirnya semua katak itu jatuh. Kecuali satu. Dia memanjat dan memanjat. Dan alhamdulillah, dia berjaya. Para penonton itu kehairanan. Rupanya katak yang menang itu pekak. Sebab itulah dia tak terpengaruh dengan jeritan penonton-penonton katak.


KESIMPULAN : jangan sesekali mendengar kata-kata orang lain yg mempunyai kecenderungan pesimis/negatif.


kerana mereka akan mengambil sebahagian dr mimpimu dan menjauhkannya darimu.

SELALULAH FIKIRKAN KATA-KATA BERTUAH YG ADA

kerana SEGALA sesuatu yg kau baca dan dengar boleh mempengaruhi perilakumu!

SELALULAH FIKIR POSITIF.


Bersikap TULI jika ada org mengatakan kamu tidak boleh mencapai cita-citamu.


Good Luck to all students especially IIUM students who will be taking FINAL EXAM Sem 11 08/09 starting 1st APRIL - 19th APRIL 2009!


p/s: nervous.nervous.nervous.juga dalam kesedihan.kuatkanlah semangat aku!! :(

tomorrow tilawah exam will be the second test for me.hope i can pass and not nervous when recite the verses in front of the examiner.


take care...

www.tips-fb.com

Thursday, January 22, 2009

.not feeling well.


Bismillahirrahmanirrahim


ive been really busy this week until i get sick !! selsema + batuk. badan rasa panas sgt. akibat tak dapat rehat secukupnya.

tadi lepas accounting class balik sy terus tido*sgt2 tak selesa*.i feel like want to cry.


hari isnin sehingga khamis memang terlalu bizi. isnin & selasa selesaikan PTPTN.alhamdulillah semuanya selesai.

after undergo sum hardship.maklumlah first time buat benda tu.


hr selasa malam pulak ada meeting persatuan econs.sy dapat bhgn sports + training. & sy juga committee dibawah biro welfare.omg.muka sy masam je masa meeting tu.maybe too tired kot.kelas acc dah la sampai 7.20 malam.

harap2 plan yg dirancang oleh my club dapat dijalankan.program bunyi mcm gempak je.


hr rabu malam pulak sy ada presentation subject management.kena explain study case about virgin company.sumwhere in san franciso if im not mistaken.*no comment*


&& uia only gives us 2 days holiday for chinese new year + mid semester break. aiyaa.no more holiday after this.n after chinese new year i will be even more busier than what ive going through this week!!


BTN (biro tatanegara) + induction program + lawatan ke rumah anak yatim + mid semester exam !!!


im not in mood of doing anything la *nak sehat!!*
nota hati :// esok sy balik ke rumah sehingga hari selasa.tak tau kalau ada perasaan nak on9/tak.


www.tips-fb.com