Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT [part II]

i like this picture! [sila cari cik nana yg mane satu]

Bismillahirrahmanirrahim

wooohaaa. dah nak dekat seminggu event Rakan Muda berlalu, tapi masih tak habis2 nak update psl ni. terok kan saye?maklumlah bukan senang nak update benda yg terlalu banyak ni sekaligus.lagipun penat la asek nak berada depan laptop ni. lagi2 pulak saye sudah agak berenggang dgn MR CL tu. kecian beliau. saye berkata haritu mahu bercinta dgn beliau sepenuh hati. namun, akhirnya saye banyak meninggalkan beliau sorang2. saye janji lepas ni tak mau dah tinggal2 kamu lagi MR CL. love you!



saye lupa nak cerita. ni la 2 botol berisi pasir yg saye kutip di tepi pasu bunga utk letak dlm botol kosong ni. digunakan utk Ryhtmic Malaysia. ataupun paluan kompang. di mana ia menyatukan kumpulan cik nana, iaitu Infinity Group! you all are the best!walaupun dapat tempat ke-3 tapi kira okay la kan?out of 10 tu! hehe.sekarang ni pun botol ni ade disimpan lagi. sayanggggg ouh nak buang.. :(


16 Mei 2010


pada pagi tu seawal jam 8.30 pagi kami ada aktiviti Explorace!kesemuanya ada 10 checkpoint. setiap checkpoint ada soalan yg ditanya kepada setiap kumpulan.serius weyh.sangat jauh setiap checkpoint dan soalan yg ditanya mmg boleh tahan la.ada gak yang di tanya berapa panjang litar Sepang? selain itu tanya nama2 Menteri. [memang hebat saye kalau tau kesemua siap dgn nama bapak.mwahaha]

agak2 macam tak leh jawab tu, guna lah talian hayat.mcm tanye kt Polis ke, macik/pacik yg ada kt tepi2 jalan tu..asalkan dapat jawapan.yeay! satu or dua soalan kot kami tak dapat jawab. lepas dah dpt jawab setiap soalan dan setiap checkpoint, kami akan dapat barang2. barang2 ni kami kene angkot sepanjang explorace.




ni masa tengah jalan2 santai..[amad & diya]



nampak tak barang2 yg dorang tengah angkut tu?

suprisingly, bila kitorang dah sampai tu, tgk semua group dah sampai! kitorang kene buat replika berkaitan dgn tajuk 1 Malaysia. wahwah. yg bnyk bg idea terutama amad, megat, dija, nora dan lain2. siap lakar2 lagi.bila tanye ade tak yg amik kos berkaitan seni lukis dan seni reka ataupun seni bina ke.takde sorang pun.hehe.tapi walaupun amek kos ape2 pun, kalaw ada bakat terpendam tu haruslah diketengahkan..betul tak kawan2?







tadaa..! ni hasilnya dalam masa lebih kurang 2 jam. tapi kami punye simple je. tak tengok lagi group2 yg lain. lagi dasyat..he3..

my groupMATES :) ; pertembungan di antara UKM-UPM-UiTM-UIA-UM-USIM-Geomatika-UPNM-KUIS-IIC-UDM-Utem-UTHM

Belia2 yg dpt memberi sumbangan kepada agama, bangsa & negara pada suatu hari nanti.InsyAllah..

tengah bahagi2 kan hamper yg dapat. disamping group kami dapat wang tunai RM600. ni sebab menang tempat ke-3 acara paluan kompang. tapi yg explorace tu tak tersenarai.he3. takpelah, asalkan dah buat yg terbaik.cuaca masa tu mmg sgt panas. tu yg dapat topi oren tu. tapi dah bagi kt my kande. ^.^



wajah2 ceria walaupun dalam kepenatan..

Cik Nana doakan agar korang semua berjaya dlm bidang masing2. walaupun perkenalan kita hanya seketika, tapi insyAllah boleh ketemu lagi di lain hari. mane tau ada lagi program sebegini, we all can meet again rite? ukhuwah fillah abadan abada! ^.^



Rakan2 ku yg lain yg tak menyertai program ni , satu perkataan utk u all guys, RUGI!!

heee. kalau ada lagi program camni, join la ye?aktifkan la diri anda~sebenarnya banyak sangat yg cik nana pelajari sepanjang menyertai program dan aktiviti ni. salah satunya ialah haruslah membuang perasaan malas dalam diri sendiri.buatlah perkara2 yg dapat memberi faedah pd diri sendiri dan juga pada diri orang lain.pada saat ini, saye sgt rindukan moment haritu! waaa! :(





p/s: hari ni dan sampai sabtu ada lagi Program Rakan Muda Wawasan Desa. iaitu program anak angkat.tapi tak larat nak join lagi.mungkin next time saye join. kalau boleh nak ramai lagi rakan2 saye yg lain join. please! sila free kan masa anda!! :)
www.tips-fb.com

Tuesday, May 18, 2010

Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT [part 1]

AMARAN!! : entri ni sangat panjang. jangan baca kalau tak sanggup.hehe =)

Bismillahirrahmanirrahim


Wah. agak lama masa diambil utk memasukkan gambar2 dalam entri ni.ditambah pula gambar2 yg diletak dlm entri part I ni diletak mengikut kronologi kejadian. cuma tak dapat nak masukkan kesemuanya. there's loads of pictures!! main pilih secara random. yg selebih2nya boleh la tengok di website mukabuku.

Disini cik nana nak tulis sedikit sebanyak tentang program cabaran inovasi rakan muda IPT sempena Hari Belia Negara 2010.
  • Tarikh : 14,15 & 16 mei 2010
  • Tempat : Universiti Putra Malaysia & Putrajaya


brg2 yg dapat utk setiap peserta. tp boleh tahan la warna tema baju t-shirt kali ni. RED! yuhuu.tp kena pakai utk 2 hari tanpa sempat d'basuh.hikss..

14 Mei 2010

team UIA (ajijz, muwiz, doni, harith, kak tita, kak nisa, kak tira, ena & me) bertolak dr UIA gombak lebih kurang jam 10 pagi. memula cik nana sampai kt tangga besar UIA tu tengok "eh ni je ke yg pergi?", moral cam down sikit.rasanya dalam setengah jam kitorang dah sampai kt UPM Serdang tu. naik bas UIA. tapi sukarelawan yg sambut kami tu mcm confuse sebab dorang cakap ni UIA ke IIUM?wahaha.rase mcm nak gelak guling2 je. sama la tu!!


boleh dikatakan kitorang diantara yg terawal sampai. lepas pendaftaran semua tu, kitorang ditempatkan di Kolej Tun Perak. dimana cik nana tinggal di blok tuah. 2 orang sebilik. walauape2pun cik nana masih sukakan suasana hostel dan kawasan campus cik nana sendiri. itu memang tak dapat dinafikan la. bak kata orang "hujan emas dinegeri orang, lebih baik hujan batu dinegeri sendiri,"
.

lepas mengemas brg2 dan berehat2 dlm jam 3 petang kami semua dikehendaki mendengar taklimat tentang keseluruhan program di dewan kolej kelima UPM. masa masuk2 tu, wah sgt ramainya! dikatakan lebih kurang 400 orang peserta daripada 26 buah IPT diseluruh M'sia menyertai program ini. program ini adlh dibawah Sekretariat Rakan Muda IPTA/IPTS.


lebih kurang 2 jam mendengar taklimat kemudian kami diberi tugasan. di mana disinilah cik nana dpt tugasan yg boleh dikatakan agak kerja gila yg pernah cik nana lakukan. ada dua tugasan iaitu :

  • Rythmic Malaysia [alunan kompang]
  • Self Expression Moment [pidato spontan]
Utk program pidato spontan tu, mereka nak 2 orang wakil dr setiap IPT.bermaksud ada 52 orang yg menyertai pidato tu.yg selebihnya masuk kompang. wahaha. serius, cik nana memang mula2 tak terfikir pun nak masuk. tengok wakil UIA cuma ajijz je, cik nana rasa ape salahnye mencuba kan.lagipun yg lain mcm tak nak je.mase tu memang berbelah bagi la.confirm peserta2 dr ipt lain hebat2 belaka.cuak dowh! wakaka.

Sebanyak 3 tajuk di beri :

  • 1 Malaysia
  • Belia kreatif dan inovatif pemaju pembangunan negara
  • Mahasiswa & mahasiswi tonggak kepimpinan negara dan penglibatan pemimpin mahasiswa dalam aktiviti belia di M'sia
camner?mantop tak tajuk2 nye?hahaha.

belon Rakan Muda [near wisma tani]


warna-warni belon ketika dilepaskan. sgt cantik!!

oh ye, nak sambung cerita. IKLAN jap td. hehe. lepas dah dapat tugasan tu, dalam jam 6 petang, cik nana & ajijz [wakil uia] serta lagi 50 orang peserta pidato dikehendaki ke Putrajaya , Presint 4 utk pertandingan tersebut. tapi cuma separuh daripada keseluruhan peserta akan berucap pd malam tu. competition tu dibuat berdekatan dgn Menara Kementerian Belia dan Sukan [kbs]. wahh. mase tgk tu mmg agak dasyat2 gak hujah2 yg dorang bagi. cuma cik nana nak tergelak sebab ayat tuan pengerusi tu sama je setiap kali lepas peserta berpidato adalah seperti ini ;

"terima kasih di atas hujahan yg BERNAS itu."


walaupun kan ada yg langsung tak leh nak b'cakap pape kt depan tu. is it makes sense? kot-kot ye pun agak2 la.jgn la mengecikkan hati orang. HAHAHA. lepas tengok yg hebat2 tu cik nana rasa sgt CUAK berganda2. alamak aih. dalam hati berkata abes la aku. dah la depan orang ramai.malam tu jgk rasa mcm nak nanges. nak BALEK! nak BALEK!

alhamdulillah dapat support daripada member2 dan juga my kande. thanks! :)

[turn cik nana adalah pada hari sabtu. sebab dpt no giliran ke 51]


15 Mei 2010

oh ye, lupa nak cerita. pada malam 14 mei tu, sementara kami terlibat dlm pidato di Putrajaya, peserta2 yg lain terlibat dlm latihan kompang di UPM Serdang. di mana ahli kumpulan kompang ni dibahagikan lebih kurang 24 orang setiap kumpulan yang melibatkan peserta dari IPT yg berbeza.

gambar kt atas dgn plastik2 makanan ni semasa jam 6.30 pagi utk makan breakfast.iaitu mee goreng. cik nana makan tak sampai separuh pun. ye lah, kena bangun seawal jam 5 pagi. memang ngantuk tak terkata.tp lepas dah mewangikan diri, boleh la angkat kelopak mata neh.kalaw x, mungkin perlukan batang mancis.hikss.


ajijz, muwiz, doni

gile klaka gambar korang neh!


cewah si kecik ni! :P

saye memilih tajuk yg ke-3, "Mahasiswa & mahasiswi adlh tonggak kepimpinan negara dan penglibatan pemimpin mahasiswa dalam aktiviti belia di Malaysia". dlm ucapan saye selitkan tentang bagaimana siswa dan siswi mengambil pelbagai jurusan dan bidang di IPT masing2 dan disamping melibatkan diri dalam aktiviti kokorikulum ataupun kemahiran insaniah or in other words is soft skills. ini sgt penting utk graduan dlm memilih pekerjaan. cewahh.

akhir kata saye memetik kata2 ini ' Usah bazirkan usia anda, kerana usia adalah harta yg tidak akan kembali'.ini cik nana kutip dr toilet blok tuah kolej tun perak. wahaha. saye menyeru belia2 yg ada dihadapan saye supaya menggunakan semua peluang yg ada semasa menuntut di menara gading dgn sebaik2nya agar dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

selari dengan moto hari belia negara 2010 iaitu " Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara". =)


*kecewa sket sbb memegang dan melihat teks kdg2.nervousss yg amattt.. :(*

juri2 yg ada. semasa giliran cik nana ada juga toleh2 kt dorang.tengok ada yg dah letak kepala kt meja menunjukkan muka yg teramat bosan. lagipun cik nana adlh peserta kedua terakhir. adeyh. alhamdulillah sgt lega dah lepas.walaupun gugup :(

lepas dah selesai semuanya, semua peserta pidato dapat hadiah saguhati iaitu vest & wang tunai RM50. vest tu dpt saiz M. mmg besar la! ada sape2 nak tak? :D

petang dalam jam 3 sepatutnye kami semua kena berkumpul ke PICC, Putrajaya untuk PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2010 tapi disebabkan dewan dah penuh dgn orang ramai, maka kami team UIA ni amek keputusan nak lepak2 kt luar.kitorang g balik ke Presint 4.cadang nak main go-cart. sambil tengok drift. walaweh. mmg panas terik time tu. tapi malangnya, kami tak dapat nak main go-cart sebab kesuntukan masa.





Dapat main roller blade ni pun jadiklah. tapi agak leceh sbb kena pakai all those stuff yg mcm2 tu.morever,i really love to skate! terutama ice skating! mmg best!bila skate tu rasa mcm badan ringan dan dapat angin.haha.brader yg ajar kitorang [me, ena dan beberapa orang brader dan sorang sister ni] tu ajar mcm2 step baru contoh macamane nak berhenti skate dengan betul dan ape nak buat bila rasa nak terjatuh.

tapi cik nana merasakan skate di atas ais dan skate dilantai tu agak berbeza jgk la. i think i prefer to skate on ice.tetibe rase rindu sgt nak main skating semula. :( my favourite game!



kami bertolak ke UPM semula pd jam 7 malam. sebab malam nya ada pertandingan kompang diantara kumpulan.memula cik nana tak expect akan join sebab ingatkan yg dah masuk pidato tak perlu masuk kompang.tapi rupanye cik nana kena masuk sebagai peserta tambahan dengan menambahkan bunyi guna botol pasir. thanx to nora, dayah dan dija sebab siap ajar cik nana camne nak duduk dan sujud simpuh mcm ala2 silat tu.hikss.cam nak patah dah kaki masa tu. thanx juga pd amad, megat dan famie dan lain2. :)


Ni group cik nana, Infinity! semasa melakukan persembahan. kami mendapat tempat ke-3 daripada 10 kumpulan. cayalah infiniti terbaik! cik nana pun sgt nervous walaupun menjadi peserta di saat2 akhir dan cuma berlatih dlm masa beberapa minit je sebab group kami dapat turn pertama.









ini baru part I. nanti cik nana sambung lagi. tapi apa2 pun mmg sgt seronok la program ni! :D
www.tips-fb.com

Tuesday, November 3, 2009

.if u had 3 wishes..what are they??

assalamualaikum kawan2 cik nana~sihat tak??

mata cik nana dah berpinar-pinar asyik menghadap buku economics ni *asyik la sgt..*..ape ntah cik nana baca pun tak tahu la..tp rasanya tido lg best kan??
haha..disbbkan smlm petang saye dan imah dah bantai tido yg sgt lame di waktu petang yg sgt damai maka saye kena tebus masa saye yg dah terbuang dgn stay up pd malamnya..*itupun sbb dah telan 1 bekas air nescafe kaler merah tu..wahaha..*, dah tu saye boleh berangan lagi nak pegi jogging..haha..hasrat di hati nak ajak naba..tp xtahu larat ke tak..:P
tapi bak kata pepatah, badan yg cergas otak yg cerdas~lalala..
saye xboleh nak terlalu stress+serius bila study..tahu x?saye kena hapy semasa study..*saye tak tahu org lain mcamane,tp itu diri saye sendiri..*



eh eh..berbalik kepada pangkal jalan..
Topik yg saye nak utarakan dlm entri kali ini ada la bau-bau bacang sikit dgn hobi dan perangai mat jenin..wahaha..

If u had 3 wishes, what are they??

kalau cik nana kan..

1) nak disayangi semua orang..tak kisah pangkat dan darjat..*biasalah dalam hidup ni tak semua org suka kita..tapi bila disayangi semua orang mesti terasa diri ini dihargai dan hapy nak menghadapi hari2 yg mendatang..boleh tersenyum lebar bila berjumpa dgn semua org..*
2) rasa ketenangan dalam hati ini..*bak kata kawan saye,kadang2 orang yg luarannya nampak gembira tu tp sebenarnya dalaman dia sgt sedih..tp cik nana xtahu la kesahihan kata2 beliau itu..kira jadi hapy sbg terapi untuk ilangkan rasa kurang gembira tu..*,tapi bila rasa tenang di hati ni,secara automatiknya kita rasa semangat nak buat ape saje..
3) saye nak jadi seorang yg talkative & happy go lucky gurl..*can u imagine cik nana seorang yg banyak cakap??but i wish to be like that sum day..*

ha..kawan2 cik nana pulak camana??cik nana sgt berbesar hati utk tahu at least 3 wishes kawan2 cik nana ... =)



ALL THE BEST for Final Exam..semoga Allah mempermudahkan kamu semua dalam menjawab soalan~





p/s: maaf,saye xpandai nak sorokkan perasaan saye..=P
www.tips-fb.com

Sunday, June 28, 2009

.kecomelan itu hak milik setiap insan..

Bismillahirrahmanirrahim

selamat datang ke belog cik nana!ada sedikit perubahan pd belog cik nana.kamu orang perasan tak?akibat kebosanan maka tercipta la entri di bawah ini ;). cuma cik nana letak gambar secara random.have a pleasant look everyone! i love you!

comelnya budak kecik ni pakai tudung kan??manis je. =) bagus! istiqamah in covering ur aurah adik~

pemandangan dari notre dome

Kuih tepung gomak!! kamu semua pernah makan tak kuih ni??cik nana gembira sgt sebab berjaya buat pagi tadi.nak cuba buat tak?setelah 2 kali percubaan.cik nana cuba resepi dari sini . *click-click!*,best tau kuih ni.inti kelapa dan gula melaka.yg luar tu juz guna tepung pulut & sedikit garam dan uli2. :).masakkan dalam air mendidih dan tunggu sampai timbul ke atas.lepas tu lumur dgn tepung kacang hijau.selamat mencuba!!

breakfast for today ; nasi goreng & sambal telur.jom makan!!! cik nana sedih banget. tadi timbang berat cik nana cuma 35 kilogram. berat semakin susut. haritu jumpa cousin pun dia tanya kenapa cik nana kurus sgt. mcm org sakit je. am i sick??really need to increase my weight.dulu bercita2 nak berat at least 50 kg.nampaknya semakin jauh tersasar.

perbezaan di antara 10 ringgit & 10 pounds. mana lagi besar? :)

my dad wif student University of Manchester.*merupakan kawan2 abg alwi* mereka bawak kami jalan2 sekitar Manchester. sorg amek Medic,Engineering & Pharmacy.Gambatte ne to all of them!! sebelum balik my mum gave abg hassan*yg pakai topi* barang2 dapur kami yg lebih2 tu.. :)

Ronaldo!! betul ke kamu nak berpindah ke Real Madrid??can u give 5 reasons why Christiano Ronaldo wanted to join Real Madrid??; He has dreamt of playing for Madrid since childhood :D.sian Man Utd yg telah mengagung2kan Ronaldo..now they have to let him go..Im glad to have opportunity visited Old Trafford Stadium. =)


ape perbezaan gambar logo Manchester United Club kt atas ni?

can u see my colourful bag wif the pic below?? *the colourful flag*.haha!

ni la tempat bangunan utk "homosexual" ; they are proud to be gay,straight or bisexual.omg! know this from abg hassan & abg alwi.buktinya gambar bendera tu sebijik dgn beg nana yg colourful tu!huahua..wat to say guys??


sebelum mengundur diri ada sedikit soalan utk direnungi..tp INGAT!! jgn renung sampai tembus computer anda..hehe

1.siapakah org yg selalu ditipu
orang muda yg menyangka bahwa kematian itu berlaku hanya pada yg tua

2.siapakah org yg mempunyai rumah paling luas
org yg mati membawa kebaikan dimana kuburnya akn diperluaskan pandangan saujana

3.siapakah org yg tidak berakal
org yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka didunia dulu gune akal mereka bahawa neraka itu tmpt azab tntu mereka x mahu masuk neraka

4.siapa org yg mundur hidupnya
org yg tidak peduli akn haram dan halal

5.siapa org yg sibuk
org yg tidak ambil berat waktu solatnya

6.siapa org yg manis senyumannya
org yg ditimpa musibah die berkata inna lillahi wainna illaihi rajiuun

7.siapakah org yg kaya
org yg bersyukur dgn apa yg ada

8.siapakah org yg pandai
org yg bersiap sedia utk kematian kerana dunia ini berusia pendek; "Every Soul Shall Have The Taste Of Death"



bila kita keseorangan,bukan kita tak berteman
bukan jua kite bersendirian
tetapi akal yg sejengkal itu teman
ilmu didada itu kawan
AL QURAN itu panduan


p/s : kepada izza lemonade,nana xdapat masuk belog kamu.harap dapat bg respons :)

insya-Allah harini nak ke Hulu Langat.my step-grandmother's house.ada kebun durian la kt sana!
www.tips-fb.com

Thursday, June 25, 2009

.tapak kaki terus melangkah..


Bismillahirrahmanirrahim

dup-dap dup-dap.harini dah berapa haribulan ea?25 june 2009!cik nana tengah menghitung hari nak masuk belajar balik.semester kedua utk tahun pertama! aahh.bila nak masuk tahun kedua ni.tak sabar nak buat major.harap sgt dapat ape yg diimpikan.ehh.sape tak nak benda yg diimpikan dapat.btol tak?org gile je yg xnak!huahua.takpe2.org gile dapat hak istimewa di hari perhitungan nanti.kita yg normal ni jgn sampai jadi gile je pada "hari tersebut".

sempena bulan rejab ni ada beberapa peristiwa penting yg berlaku ;

1) Hijrah pertama adlh Hijrah ke Habsyah*mencari tapak baru utk islam bertapak*
2) Isra' & Mikraj *Rasullullah diangkat ke langit utk bertemu Allah dlm peristiwa kewajipan solat 5 waktu*
3) Perang Tabuk *Di mana Rasullah & 30 ribu tentera islam berkumpul.ttpi xberlaku pprgn sbb tentera Rom melarikan diri krn takut dgn kekuatan tentera islam*
4) Pembebasan Baitul Maqdis *dibebaskan oleh panglima perang,Salehudin Al Ayubi dari tgn tentera salib*.tapi tahun 1967,Yahudi plak menawan Baitul Maqdis(kini dinamakan Israel)
5) Lahirnya Imam Syafie *ingat tak 4 jenis mazhab tu?mazhab hanafi,hambali,syafie & maliki*.beliau merupakan imam mazhab yg terkenal dlm bidang feqah.Malaysia mengamalkan mazhab syafie.


okay.haritu cik nana & family pergi kenduri kahwin sepupu cik nana di Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan.ni belah pengantin perempuan.yg belah lelaki kt kelantan*our family* cik nana xdapat nak datang.sementara 2 hari kami dah terlanjur dtg ke negeri Perak tu amik kesempatan menapak lagi..ke Masjid Iskandariah & Kompleks Pasir Salak.tengok sejarah psl Pembunuhan J.W.W Birch.korang kalau minat sejarah ni mesti kukuh kt memori korang kan??camne kisah penubuhan Malayan Union , Perjanjian Pangkor , Dato' Maharajalela & ape2 ntah lagi. cik nana pun kene korek memori ni kasi keluar banyak2..huahua.alahai sejarah sejarah!!

sape org Perak kalau xtau masjid ni memang kena sekeh kepala ni.huahua.

Selamat Pengantin Baru to my cousin & his wife.semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat!! moga Allah merahmati perkahwinan kamu berdua. *mira, ni la wife our cousin.hihi.*

Kompleks Pasir Salak *cik nana kata kerajaan negeri Perak patut berbuat sesuatu terhadap kompleks P.S ni seperti membaik pulih kawasan tertentu.ala.paham2 sendiri ler*


sweet corn! one of my favourite =)


semalam cuba buat ni. sotong + cendawan + kacang panjang masak sos tiram! its nice!! i love mushroom!! do u know what is the largest room in the world??it's the ROOM of Improvement ;). ada peluang utk membaiki diri masing2 lg..jgn sampai terlambat.ehem *sambil dongak kepala*


i love cooking! i love travelling ! i also love reading ! somehow counting also i like!! if you hate reading, then have a pleasant time looking to all my photographs!~cheers my lovely friends!! ;) *don't hesitate to leave some comments if u like to do so ;)*

.Photos on Trip To Europe FROM 30 May until 14 June 2009.

always stand on the right! remember ea cik nana??! masa naik eskalator =) *selalu lupa nak berdiri sebelah kanan.sebelah kiri nak bagi laluan org lalu.ketuk kepala jap!*

far-far away~*already forgotten ur past time cik nana?please move on!!*

1) chips!! *we always eat this.chips wif mayo??best!*
2) bought at disneyland ; pencil box €7.90 euro & jam loceng €16.90 euro.im thinking to use the clock at my hostel soon! wake me up in the morning!! huahua. semangat nak memulakan semester baru ni!


choc world!! toffee banyak sgt kat dalam ni. best2.cik nana dpt tau org muda2 jrg masuk kedai choc ni.guess why?but somehow choc will always be my favourite!*at sheffield UK*


lawatan bebudak sekolah. hye!! silalah pandang camera!! hehe.

so this is the Port Dover!! *sempadan antara UK utk ke France*

atas ferry *it's a really big Ship!!* apart from friendship,relationship and whatsoever ship lah!~hehe


houses at France



retro muzik terkini!! my bro & abg hassan in front of Eiffel Tower :)

mereka sedang bershuffle =) .teringat eminem plak.haha.tak pening kepala ke golek2 kan kepala kt bawah?huahua

secocok ke?huahua.*tak cukup ketinggian*

*dont worry.tak sentuh pun tgn beliao.lgpun beliao hanyalah sebuah patung di madame tussauds*

i love my mum!! :D

nota hati : boleh click pada gambar utk gambar yg lebih jelas.


selamat bercuti kepada kawan2 UIAM ku!! 2 minggu pun boleh cuti sakan ape!! ;)

"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."

p/s: bagaimana utk mencuci hati??

www.tips-fb.com