Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Lupakan semua.

Alhamdulillah..
Sebaik dr terjaga dari tidur lepas dah tertidur awal td..I need a long rest to recover back my pain..
Terus wat keputusan nak online..

Di sebabkan sekarang ni minggu register subjek, kerap kali juga la cik nana on9.kalaw tak, boleh dikatakan juga la laptop terabai lgsung tak berusik.bukan apa, dah cuti lama ni tak tahu ape lg yg menarik utk di browsing kan. sangat tak sabar nak memulakan semester baru 12th september ni..InsyAllah I will do the best..

Tapi, ada sikit la rasa hangen sistem online register sejak dr dulu..apa ni kelas utk subjek 4th year banyak sgt yg dah penuh??rasa mcm xlogik kdg2..setakat ni cuma 5 subjek je yg cik nana dah register dan dah penat nak cuba add subjek lain terutama subjek concerntration cik nana nak buat iaitu Islamic Accounting seperti accounting for islamic banks, acc audit of islamic financial inst , zakat and fiqh III sume takde yg kosong!! dah la 3 subjek teratas ni pre requisites..so bila nak habis mcmni?adeyh..itu la yg paling dikesal kan dgn sistem mcmni..sume org kene berebut2 nak dapatkan akhirnya manual jgk the last alternative.[serabut mode]

ACC 3501: advanced group accounting
ACC 4041: advanced taxation
ACC 4052: public sector accounting
ACC 4071: analysis & design of accounting information systems
ACC 4291: integrated case study*

setakat ni ,subjek ni je yg cik nana dapat register utk sem depan. integrated case study tu serious tak nak ambik. nak gantikan dengan auditing and assurance services tp still not available section..*sigh*

harap2 ada petition di buka utk menambahkan kelas..sgt2 moral down kalau sampai ke sudah jd mcmni..hmm..






p/s : kawan2 yg ada info apa2 terbaru harap dpt roger2 nana okay..


From good things, I learned to be a thankful person. from bad things, I learned to be a strong person. Alhamdulillah..praise be to Allah..



www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

Berjalan2 di Chow kit Road. :)

Salam.



Yuhuu..Seronok la juga hari ni rasanya.

Sebab?

Harini cik nana keluar berjalan2 ke Jalan TAR & Chow Kit bersama sepupu & anak2 sepupu yg dtg dr Kelantan.
semalam diorg datang menghantar ank sepupu cik nana yg dapat sambung blaja kt IPG KL..kemudian bermalam di rumah cik nana. pastu since cik nana dok rumah sorang2, ajak la cik nana join diorg bershopping di Jalan TAR. yg best, cik nana shopping tudung & dihadiahkan sepupu 2 selendang..hoyeahhh! lame bebena tak shopping..rasa excited lebih2 lak..HAHA..

kemudian, ank sepupu cik nana nak beli kasut kt lorong haji taib. kami memerhatikan je gelagat2 incik2 "pon" kt situ..serius geli tengok keadaan kt situ..[semoga mereka di beri petunjuk oleh Allah..]

dalam pukul 3 petang, diorg hantar cik nana pulang ke rumah dan mereka terus pulang ke kelantan. harap2 raye nnt dapat balik kelantan..tp yg pastinye cik nana akan balik ke terengganu! yihaaa!~ nak jumpe semua kaum kerabat..

I love having a happy family relationship..


Ahhh.. dah dekat 2 minggu bercuti secara rasmi ni. cik nana memang xbetah dok rumah sorang2 time pagi sampai petang..selalu gak merayau sorang2..hihi..lgpun skrg kan menjadi penganggur yang terhormat. [hormat tang mana pon xtaw].

Alahai!!

Cik nana berdoa agar semua orang yg cik nana sayang dan mendapat tempat di hati cik nana semua dilindungi oleh Allah sentiasa..selamat dan dijauhkan daripada perkara buruk..Amin..












I love Carrot Cake at Secret Recipe! nyum2!





www.tips-fb.com

Sunday, July 10, 2011

Nana Husna :)

Salam to my fellow friends
may you in the best health :)

Agak boleh dikatakan blog apple merah ni sudah bersawang dan berhabuk2.
I miss you blog! bukan tiada masa utk mencoretkan sesuatu tetapi sudah ketandusan idea.
Alhamdulillah saya dah selesai menghabiskan semester pendek saya pada 2 julai bebaru ni dengan exam terakhir subjek corporate finance. doakan kejayaan saya yea? :)
I'm sorry I constantly want to talk to you.
I'm sorry when you take long to reply, I get sad.
I'm sorry if I say thing that might piss you off.
I'm sorry if I come off as annoying.
I'm sorry if you don't want to talk to me as much I wanna talk to you.
I'm sorry if I think about you too much and too often.
I'm sorry if I tell you about my pointless drama when you don't really care.
I'm sorry if I come off as being clingy,but it just me missing you.


If a word sorry can erase everything?


Life seems ups and downs nowadays..I started to think positive in every single thing that happen in my life..I don't want my emotions control myself..instead let Myself control the emotions..

I promised myself not to get mad easily with something that not worth to be mad at..InsyaAllah.. =)

Cuti2 ni ada sedikit kerja yang harus dibereskan walaupun saya bukanlah orang penting dalam kerja2 itu, tapi saya sgt bersyukur sebab dapat terlibat. :) May our work will be guided in the right path ^^, mungkin ada hikmah disebalik semua ini agar saya dapat menyibukkan diri..serius saya tak suka duduk sahaja tanpa buat apa-apa semasa cuti seperti makan, tidur dan rutin yg sama berulang2 kali.

I wish I could finish my study early so I can be workaholic. perhaps? heee..m
asa belajar dirasakan tempoh yg terlalu lama demi mengaut ilmu2 yg bakal digunakan pada masa hadapan..

Imam Ghazali berkata "Ilmu tanpa amal adlh gila dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia"

I love accountancy a lot and i'm into it. =)




Agak penat juga menjadi drebar utk adik perempuan ku yg sedang belajar di Institut Perguruan Teknik Cheras KL dalam bidang TesL pengkhususan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina..ulang alik ke sana bukanlah satu tugas yg mudah kalau tidak gentar pada kesesakan lalu lintas..thanx a lot to my sifu,Kand yg selalu memberi tunjuk ajar..semoga semua adik beradik ku berjaya dalam bidang masing2..

Wo ai Ni MNHMH ;]







p/s : whatever you are,you are. Be proud of it :)



www.tips-fb.com

Thursday, June 23, 2011

Ada ape hari khamis?


Salam.

waktu entri ini ditaip pada jam 12.46 pagi..bkn tenghari taw. hihi.
nak tahu ke hari khamis bersamaan 22june ade ape?

hoyeeahh!

saye ada presentation!


Haha..xsabar nak habiskan..keje2 pon semakin hampir disiapkan..tinggal xsampai 2 weeks juga la nak habis semester ni.

walaupun sem ni pendek, tapi mcm2 saya buat dan mcm2 juge dah berlaku.

ape2 pun, realiti memang tak seindah impian!~ ^.^ so live life to the fullest..

Don't let the sadness of your past and the fear of your future ruin the happiness of your present. Please mark my words!

BoldTips to do when you are angry :
  • try to cool down yourself
  • remember to express that you are angry
  • try to communicate with someone you are comfortable with to make you calm down
  • lastly forgive people! [we all are humans, always do mistakes..]

Stay healthier everyday by always having a peace of mind okay my dearest friends! :)






sekian saje tips2 bernas dari cik nana..hihi.

sekarang ni selalu plak nak makan sushi.. nyum2.. I like!! [tapi tak boleh makan selalu, nanti rasa loyaa..]

kalau ada siapa2 nak blanje makan ni, boleh la rojer2 cik nana yerr? sayang lebih la mcmtu.. :P




p/s : i'm still trying...
www.tips-fb.com

Wednesday, June 15, 2011

Setelah sekian lama..semakin membenci mcD..

Salam..
May you are in the pink of health ^.^



alhamdulillah. telah rasa kekenyangan selepas memakan chicken rice berkuah hitam pekat. hihi. walaupun tak sedap dan tak habis, tak kisah lah kan. haha. ni pun bersyukur sebab perot dapat terima makanan walaupun sedikit. takde nak muntah2. nak tau kisah cik nana tak?
[bweek! mcm ada yg kisah jee..]

serius tak nak dah makan set breakfast mcD dah pasni! sile tolak jauh2..
tu la hari isnin yg lepas, cik nana sampai area Gombak awal dlm kol 8 pagi. lepas hantar adik bongsu cik nana ke sekolah, cik nana terus gerak, itupun jem teruk gile kt selayang..ohh sgt tak suke pagi2 jem kt situ, kereta bersesak2, tiap kali nak lalu situ mesti berdebar2 selepas ada kes dgn sorg mamat india yg gile mcm ntah !@#$%^* [xnak cerita!!]



*jgn lupa baca doa naik kenderaan taw kwn2..?!*

eyh..awat la panjang sangat mukadimah cerita ni,tp perlu ke cerita semua ni? ish2..konon dah sampai awal tu tak tau nak buat ape, sebab selalu gerak kol 8 pg dr rumah.


kebetulan haritu nak pergi awal, itupun dengan sebelum tu cik nana kes hilang kasut, sbb hari sebelum tu ayah pergi car wash pastu bila pagi tu cik nana nak pakai kasut tengok sebelah je ada. sbb kasut2 mmg cik nana taruk dlm kereta je.(ada 2 pasang kasut, tapi cuma sebelah2 je ada). mintak adik carikkan pasangan kasut cik nana dlm kereta tapi takde jugak, sampai cik nana marah2 dia apsal la tak jumpa pasangan kasut2 cik nana tu..

last2 bile cik nana cari mmg xjumpa..haiyoo..nasib la terdetik nak pergi cari balik kt car wash. sekali tengok mmg hado!! sadis pula tgk kasut2 kesayangan tu dah koto.. sob sob..dah la tepi jalan camtu..[terus call ayah..ayah ckp dia pun xperasan..]

nasib jodoh dgn kasut2 kesayangan ku masih panjang..hihi

tolong yer..cik nana dah menyimpang jauh ni..haha..oh, lepas dah sampai Gombak kol 8 pagi tu, cik nana terus caik port nak makan. ingat nak breakfast. nampak McD terus la stop..setelah berfikir2, terus la order set w3, hotcakes dgn teh panas..chewah..tetibe plak rajin nak breakfast, padahal sebelum gerak tu, dah minum susu anlene choc kt rumah (ats nasihat mok), hihi..

lepas dah makan semua,pergi kelas dengan rasa hapy..[masih tak sedar,bakal menghadapi hari yg amat menderitakan].

amek ko! dlm kelas asek rasa nak termuntah dgn rasa perot yg tak selesa. lepas habis kelas je terus nak cepat2 pulang..balik tu muntah sebanyak 6 kali! di ulangi 6 kali!! keluar balik semua makanan yg di makan masa breakfast tu...rasa nak terbaring, terduduk, ter ter..mcm2 ade rase..


tak bermaya lgsgung haritu..secara kesimpulan dah tak makan set breakfast mcD lagi!

& now still trauma tengok mane2 restoren mcD..








Assignment berlambak2. tapi teringin sgt nak men ice skating!! my favourite game ever.. ish..langsung tak bersukan cik nana ni..asik dok dlm air-cond mane nak kuar peluhnye? ^.^

*sy tak suka main bowling sebab 1st time main asyik masuk longkang je..*


time men ice skating at Bayswater in Central London.. miss this moment ^.^








Gonna miss my little sister!! nak sambung belajar dah dia next week..mane nak cari teman gaduh2 ni?haha..

my sis dapat sambung kt cheras je..belajar main2 siap la ko..
nnt bebila masa akak terjah je ko..haha..

Love all my siblings~ :D











saya teringin nak makan ni.. :(




Memories are like a video recorder that functioning in our brain,but its more likely to be forgotten easily due to time flies~




p/s : kisah dgn si pemilik myvi oren sudah berakhir..lega sudah hati ini. lalala~


www.tips-fb.com

Friday, June 10, 2011

for the one u love,how long should you wait before u can said you've waited long enough?



"Are you still mad at me?"
"No."
"Are you sure?"
"I was never mad at you."
"What were you?"
"Hurt."

"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Boleh saya bercakap dengan cik Nurul Husna?"
"Ye saya. siapa ni?"
"Saya Aisyah dari Jabatan ____ _____ . saya nak bertanya cik ada di mana ye sekarang?
"Saya ada kt UIA sekarang."
"Kenapa cik ada kt UIA ek skrg?
"Saya ambik short sem ni. kenapa ek?siapa awak ni?"
"Saya Aisyah kawan sekolah lama awak."

"weyhhh...!!ko jahat..."

hahahaha..dah lah tengah mamai sebab tengah tido lepastu pulak angkat fon tengok nombor mcm nombor rumah keluar kt skrin terus lah angkat. dah pelik ingatkan orang dr jabatan mana pulak call nak amek cik nana berkerja part time ke. rupe2 nye kawan sekolah lama ku merangkap best friend yg dah lame tak contact sejak ketiadaan fb baru lah beliau caik cik nana di fon, sebab kata dah lame tengok cik nana tiada fb..almost 3 weeks i guess..

You know what is one of the best feelings?
when someone you used to talk everyday suddenly calls you just to catch up.
But you know what is even better?
when they mention the smallest detail about you.
and you thought they forgot everything.




Dah hampir sebulan lebih short semester berlangsung. walaupun ambil 2 subjek sahaja tetap rasa kebizian itu.tapi dalam bizi2 pon cik nana tetap pulang ke rumah setiap hujung minggu. tak boleh tahan la duduk lama2 kt hostel terutama blok yg lagi sunyi sgt.nasib ditemani 2 org roomates junior walaupun tidak berapa mengenali. thanx to Seha sbb selalu teman cik nana ke mana-mana. hihi. minggu ni pun rasa lega sikit, sebab quiz corporate finance dan mid term exam strategic management sudah selamat dijawab walaupun rasa tah pape je jwb..yg penting sudah berusaha kan?counting 25 days left for end of this semester! yuhuuu...

oh ye, saya sudah ada semangat nak ke kelas dan belajar dgn tekun! shuttt..it's a secret! (:
you know who you are.. (:









p/s: its a wiser to be alone but happy, than with someone who does nothing while you're doing everything.
remember to be happy mates!!






www.tips-fb.com

Thursday, May 19, 2011

Rasa kecewa itu kdg2 menyedarkan..

.my precious one. ;)



I am frustrated thinking about how complicated life can be.. ):




In life, people always come and go and nothing can stop it from happening.
It's reality, ups and downs in life is exists..in fact, nobody wants to be in the left side..after all, what we can do is to control our emotions well..

tolong la, saya tak mahu rasa kecewa.
saya benci perasaan ni.
saya tak mahu jd camtu.
saya tak suka.
faham tak?


kita boleh bermonolog sedemikian, tetapi kenapa nak ikut sgt emosi serong tu?
kadang2, saya merasakan memahami diri sendiri adalah lebih rumit daripada memahami diri orang lain..
contohnya, kita rasa perlakuan diri kita tu sgt lah tidak bijak utk dilakukan, tapi kita masih buat juga, kenapa?

saya juga merasakan hukum karma "what goes around comes around" sangat lah memberi implikasi yg sgt berkesan dlm hidup sesiapa pun, termasuk la saya..kadang2 takut bila memikirkan kesan terhadap sesuatu perbuatan kita terutama melibatkan makhluk Allah yang lain..semoga saya dilindungi oleh-Nya.. *Amin..*


terakhirnya, saya cuma nak bgtau..kalau kita tak nak sesuatu perkara tu berlaku atau terjadi pada diri kita, tolonglah jangan memperlakukan terhadap orang lain juga..kalau kita melukakan orang lain, tak mustahil satu hari nanti kita pula dilukakan..bak kata pepatah, 'luka di tangan nampak, luka di hati tiada siapa yg tahu..' [kecuali kita yang bagitau..huhu]

okay..saya sudah sedar sekarang..sekian sahaja bebelan dari cik apple..^.^





p/s : love hurts..

p/s : saya nak senyum kembali..tolong jgn caik sy kt FB lg..



www.tips-fb.com

Saturday, May 14, 2011

Miss cik apple..

Salam kawan2 ku! (:
*kalau masih menganggap saya sebagai kawan, harap rajin2 la tegur ye?*


Secara rasmi nya cik nana dah berjaya register unt
uk pengajian short sem iaitu semester III 2010/2011. yuhuuu..agak happy juga la. tambahan pula dapat 2 subjects.

1 ) FIN 4040 - CORPORATE FINANCE
2 ) MGT 4760 - STRATEGIC MANAGEMENT


jangan terkejut tau, cik nana dapat register kedua-dua subject ni secara online. walaupun ada juga mencuba untuk membuat manual seperti subject English & beberapa lagi yg lain, tapi mungkin rezeki dapat register secara online, kerana kebetulan ada buka kelas yg baru. Alhamdulillah..*saya tak mahu kusut2 lg..*

& saya tak mahu extend semester, sebab nak cepat2 habis belajar. orang selalu ckp nak pergi mana habis cepat2 ni? ye la, buat apa nak belajar lame2 sgt. nak kerja la! ^.^

nak membebel sikit tentang subject sem ni, first tu corporate finance, pre-requisite subject tu adlh business finance, di mana cik nana dah ambil pd 2 sem yg lepas. oleh kerana mengalami trauma yg agak teruk semasa belajar business finance maka cik nana membuat keputusan nak rehat kejap dari mengambil ape2 yg berkaitan finance selama 1 semester . serius, memang kepala otak ni tak boleh terima segala input2 finance. puas dah memerah otak, tapi kenapa susah sgt nak faham?? mcm nak tumbuk2 dinding je rasa..

Dear Corporate Finance, please behave well with me okay?insyAllah i'll treat you better than you treated me! (:


Manakala subject Decision Making & Control(DMC) subject pre-requisite utk mengambil Strategic Management.subject DMC pun juge menjadi masalah bagi cik nana. i cannot accept to learn that!! pleaseeee..ape2 pun, cik nana kena bersyukur sebab lepas semua subject setakat hampir 4 tahun pengajian ni..dan berharap utk dapat teruskan prestasi ni..walaupun kerisauan sgt membuak2 skrg ni..[teringat harapan mama saya yg terlalu tinggi menggunung itu..sorry mama, i try my best oke!]

"tu la, korang nak sgt belajar accounting kan, ha amek ko,blaja la sgt.."
hahaha..

teringat kata2 madam sherliza. lecturer subject advanced accounting cik nana pd semester yg lepas.sempoi je madam tu. slalu gak tego cik nana yg suka bawak makanan dlm kelas. rindu nye! hihi..


: alamak ai, dah nak habis ni, kena la teruskan juga juga walaupun kdg2 rasa tak tahan nak tanggung lagi. sudah nak sampai ke destinasi, takkan nak berpatah balik kan kawan2?
:kepada kawan2 seperjuangan terutama nya,

please take note : Practice is MANDATORY in accounting!


:jgn guna konsep last minute study, susah nak betul2 skor tau!disamping kena rajin buat latihan dan memahami secara terperinci.insyAllah it will be easier for you..dan tak lupa bertanya pada yg pakar..jangan biarkan diri anda diselubungi ragu-ragu..hihi..

I love my course so much, Accounting (: Although i had so much pressure in learning most of the subjects..i hope i can enjoy taking each subject of it until i graduate.. ^.^


Gambatte Ne to all my friends too!



p/s: sy suka pelok sweater hitam ni. hihi. ^.^


www.tips-fb.com

Sunday, May 1, 2011

Hidup tanpa pilihan...


Setiap hari, setiap masa dan ketika...Kita akan sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan...


Waktu kecil, kita sentiasa keliru dgn pilihan..


Bila dan besar sikit, kita mula ada citarasa di dalam membuat pilihan..

Kita juga akan dididik untuk sentiasa bijak membuat pilihan..

Kerana satu hari pilihan itulah yg bakal menentukan masa depan kita..


Pilihan-pilihan akan datang silih b'ganti..kita cuma perlu buat pilihan yang tepat..


seperti pilihan :

untuk memilih pasangan hidup
untuk memilih kehidupan yang sesuai dgn kemampuan
untuk mempelajari kehidupan


dan lain2 pilihan lagi..

Bertuahlah kita jika kita ada peluang untuk menikmati pelbagai pilihan.. Kerana di saat dan situasi yg lain, ada antara kita yg tidak b'nasib baik..

Hidup tanpa pilihan..
Tersilap buat pilihan teman hidup..
Tersilap pilih kawan..

Kadang2 terfikir..
Adakah pilihan itu sudah ditentukan oleh takdir..
Atau kita mampu untuk membuat pilihan yg mampu merubah hidup kita?

Hmmm...


Pesan Rasulullulah S.A.W

..."Sekiranya engkau ditimpa musibah janganlah engkau berkata : sekiranya aku lakukan ini makan inilah yg akan berlaku"
Akan tetapi katakanla apa yang menimpa kau adalah QADAR ALLAh dan dia berhak melakukan apa yang dikehendaki..
Sesungguhnya 'kalau' boleh membuka amalan syaitan..-Riwayat Muslim-



Kita wajib beriman & menyakini bahawa segala yang berlaku dgn ketentuan dibawah kekuasaannya dan ketetapan itu boleh diubah atas pilihan manusia itu sendiri..
dengan bantuan kebijaksaaan, usaha dan doa..

wallahua'lam..





thanx a lot to my uncle sebab bawak kami makan besar smlm kt Aroma Ikan Bakar area Jeram Kuala Selangor..walaupun perjalanan jauh..tp enjoy makan oke! seafood macam udang, ketam, sotong dan bermacam jenis ikan uncle cik nana order..tp tau la cik nana ni ada alergik pulak, [gatal2 seluruh muka], tak boleh nak makan seafood2 sgt ni..tapi pakcik dah belanja..makan la sekadarnya..penuh gak 4 buah meja dgn makanan..hmmm..

thanks..kenyang sgt! (:




p/s : happy dpt jumpa baby uncle yg kiut miut tu..dia senyum bile cik nana dtg..yuhuu..


www.tips-fb.com

Friday, April 29, 2011

satu generasi.

"Jika ALLAH memakbulkan doamu, maka ALLAH meneguhkan kepercayaan mu kepada-Nya,"
"Jika ALLAH menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu,"
"Jika ALLAH tidak memakbulkan doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu,"


kadang2 terfikir dalam benak fikiran ni, tak semua perkara yang kita hendak akan dapat. di mana timbul satu perasaan yang sukar utk digambarkan. contohnya kenapa orang itu lebih dari kita. lepastu mula lah rasa rendah diri terhadap diri sendiri.kemudian, self-esteem akan menurun secara automatik. ahhh. tolong buangkan perasaan ni dari diri jauh-jauh boleh tak?

nak buat apa-apa pun, rasanya kena pandang cermin berkali-kali lepastu pandang atas bawah. boleh ke tak ni?tak cukup tu, pergi tanya pendapat kawan2 dan buah hati. kenapa kita tak boleh yakin je dengan diri sendiri lepas tu go on dan terus buat? berdiri atas kaki sendiri kan lebih bagus.

KEYAKINAN.


take a break. have a cup of coffee (;


one word that can describe more than everything.-confident in what you are doing & happy what you have done!-

Setiap tindakan yang diambil ada akibatnya.
Setiap kata yang diluahkan ada kesannnya.
Setiap perbuatan yang dilakukan akan ada implikasinya.

meskipun semua perkara yang kita lakukan, ada risiko yang tersendiri, kita harus yakin kita dah buat yang terbaik. tak ada siapa pun nak sesuatu yang buruk terjadi dalam hidupnya. apa2 berfikir dahulu sebelum bertindak dalam membuat sesuatu keputusan.tepuk dada, tanya HATI..

(:






eye on london 19th march 2011

my beloved siblings forever. kami mempunyai ibu & ayah yang sama. dari satu generasi.

air yang dicincang takkan putus. begitu jua lah hubungan adik-beradik. kekal sampai bila2. walau gaduh seteruk mana, mereka tetap darah daging kita. walaupun segarang mana, ia tanda sayang, jauh sekali membenci. put them as priority siblings and parents (: I love them..forever..





p/s: tidak lupa awak juga wahai bakal pemilik hati..


www.tips-fb.com

Monday, April 25, 2011

A Walk To Remember next..


Salam.

Cuba teka gambar kt atas ni mana 1 jantan dan mana 1 betina? hihi. [olahan dr cite nujum pak belalang].

oleh kerana cik nana sedang dlm kebosanan dok rumah sorang2, nak update sikit cerita yg dah lemau ni. [boleh sakit perot kalau makan lg ni.haha], my sister pulak g interview IPG(institut perguruan) kt Lembah Pantai KL. semoga beliau berjaya..my sister dpt kos TESL (teaching english as 2nd language) juga..




a big apology : gambar tidak disusun mengikut kronologi hari lawatan..


Last update haritu lawatan ke Stonehenge, lepas tu kami ke Andover, Museum of Army Flying.., sbb my mama bwk ke sini tempat atok cik nana belajar dulu dan worked at Jbtn Penerbangan Awam dan tempat my mama pernah tinggal masa kecik2..area Andover juga..tapi tak berapa ingat alamat yg sebenar..



hihi. that helicopter, remind me of my late grandfather.. (:


we also went to Kew Gardens.. but only my sister, my mum & me.. while my brother & my grandmom duduk kt apartments sbb mereka malas nak jalan2. hihi.


my sister with daffodils! I like it!

Kew Gardens, Royal Botanic Gardens..area London juga..senang je nak pergi. naik je train or tube..insyAllah you will reach there easily..hihi. masa nak masuk kew garden tu kene bayar, tak ingat lak berapa, tapi org cashier tu mintak card matric student..cik nana pon bagi la card matric UIA pnye, ACCEPTABLE oke! haha..mungkin dpt discount agaknya..ape2 pun pekerja nya pon semua sgt bagus..polite sangat..kew garden ni mmg sgt besar okay..kena tengok map..salah sorg guy which is the worker, tunjuk kitorg jalan..terang one by one dengan sabarnya..Oh..sgt terharu..



the main entry..

cik nana dgn spring cherry & daffodils..sebenarnya kalau musim spring lagi cantik..bunga2 sgt berkembang cantik..tapi sbb belum lagi musim spring, banyak yg kering lg..^.^ tengok pekerja2 pun sedang bertungkus lumus bercucuk tanam.. (:



sistem bas di UK..mmg menepati masa..itu yg paling cik nana suka..tengok je benda kt atas ni..nak ke destinasi mana dan masa..ada dengar cerita kt M'sia nak tiru sistem bas di UK..hopefully dapat dijalankan dgn seberapa segera..takdelah nak tunggu lame bebeno mcm bas rapidKL tuh..Haha..


haritu juga kami bercadang nak ke stadium chelsea padahal bukan minat bola sgt pun.hihi..tapi sebab saje nak jalan2..oh ye, harap tak keliru sbb ada station train yg namanya chelsea juga taw..sedangkan yg sebetulnya kene turun kt Fulham Broadway..baru betul2 turun dekat dgn stadium..tapi cik nana malas nak masuk dalam, sebab rasanya semua stadium same..dulu dah pernah g Old Trafford selaku stadium utk Man Utd..nak masuk pun kena bayar juga taw..berbelas2 pounds kalau tak silap..baik pergi shopping! :p bweeks!



hihi :P


first time makan strawberry triffle..aunty rosita bagi masa kt apartment beliau, mmg sedap la..pastu cik nana try carik kt tesco..ni la dia..sejok +very creamy..nyum2.. [rugi tak beli bnykbnyk]



hihi. berangan jap dengan kereta org.. [sgt suka mini cooper dr dulu lg], tgk kt sana ramai sgt yg pakai mini cooper..



nah sudu dan garfu! ley teka tak cik nana kt mane ni? hihi. ni kt table makan dlm movie Harry Potter..kt Christ Church, Oxford..

tgk doggy tu..hihi..

makan keropok depan university oxford..tp ni department mathematics..tak sempat nak carik accountancy punya..kenapa lah diorg buat separate mcmni..=.=



at last, me & aunty fazlina! (: thanx aunty..masakan aunty mmg sedap! ^.^ [at Hartley Road,Portsmouth]




p/s : nanti ada masa lg, ley cerita yg lain2 pulak.. (:

p/s: i love travelling a lot! hope to get another chance to visit another country..
www.tips-fb.com

Thursday, April 21, 2011

Beri pada yg layak..




Jika kita sedar sesuatu itu hanyalah suatu pinjaman, kita haruslah bersedia untuk menerima kehilangannya pada bila-bila masa...


  • sedar tak sedar lagi 18 hari cuti nak habis.
  • insomnia masih tak hilang2 lg sejak final hrtu.
  • selera makan rasanya dah stabil sikit.
  • semakin addicted dgn coolblog. paling tak tahan tu, CHOC je memanjang.
  • mengidam nak makan biskut famous amous. pdhal ada sebelah bantal je. HIHI
  • saya RINDU...DIA..! harap2 semuanya OKAY.. (=



p/s : MNHMH . senyum!!
www.tips-fb.com

Sunday, April 17, 2011

Beauty as far as you can see..

Salam.

cik nana ni dah jadi pemalas tegar nak conteng2 kt apple merah ni. padahal cuti dah lame sejak lepas habis paper audit 12 hb hrtu. sonok nya rase cuti ni kan? legaaa..beban di bahu sume dah jatuh..tolong jauh2 ye segala buku2 pelajaran..time to fokus!! fokus for holidayy..hihi..

Semester Break : 12 april-8 may 2011


insyAllah nak ambil short sem sebab nak cepat2 habis..cik nana ada lagi 16 subjects to complete my bachelor's degree program plus 6 months practical..rasa macam lame je lagi walaupun pejam celik pejam celik je nanti dah habissss..yuhuuuu...



my sweety roomates from left : cik zaza, cik nana , & cik Ada (=



lebih kurang 3 minggu juga cuti semester kali ni. hajatnya di hati nak ambil corporate finance dengan english for academic purpose (eap), tapi sekarang cuma subjek CF je yg dapat register.walaupun mcm dah trauma sikit dengan subjek finance sebelum ini iaitu business finance sampai menjadi igauan ngeri dalam mimpi indah cik nana..tapi apakan daya..


semalam hantar my sister pergi interview ke Intec Shah Alam..beliau dapat tawaran Asasi TesL (teaching english as second language) Uitm..jadi smlm ada ujian bertulis..kena tulis essay about facebook danger..i bet mesti semua calon terharu dan excited utk menjawab..haha..kemudian interview mcm biasa la..lama juge dr 8.30 pagi sampai 1 tengahari..walaupun uitm sediakan dewan utk menunggu, tapi cik nana tido dalam kereta..kepenatan sgt..tunggu my sister call baru cik nana bangun..

lepas tu kitorg (me, my mum and my sister) heading to Kota Damansara..cik nana teringin nak makan j.co donuts..selalu bile teringin je mesti cari kt Giant Kota Damansara..lepas tu kami singgah makan kt kenny rogers...mula nya teringin nak minum 1 minuman yg ada daun pudina tu, tapi tak de pulak..kalau ada roger2 saye ye?hihi..

dalam pukul 4 ptg baru gerak pulang..cik nana la jadi driver utk mereka pd haritu..sungguh penat dan balik rumah teros pengsan...ZzzZzzz....











p/s : ceritaa vacation belum update lg..rindunya!!~
www.tips-fb.com