Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Friday, June 10, 2011

for the one u love,how long should you wait before u can said you've waited long enough?



"Are you still mad at me?"
"No."
"Are you sure?"
"I was never mad at you."
"What were you?"
"Hurt."

"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Boleh saya bercakap dengan cik Nurul Husna?"
"Ye saya. siapa ni?"
"Saya Aisyah dari Jabatan ____ _____ . saya nak bertanya cik ada di mana ye sekarang?
"Saya ada kt UIA sekarang."
"Kenapa cik ada kt UIA ek skrg?
"Saya ambik short sem ni. kenapa ek?siapa awak ni?"
"Saya Aisyah kawan sekolah lama awak."

"weyhhh...!!ko jahat..."

hahahaha..dah lah tengah mamai sebab tengah tido lepastu pulak angkat fon tengok nombor mcm nombor rumah keluar kt skrin terus lah angkat. dah pelik ingatkan orang dr jabatan mana pulak call nak amek cik nana berkerja part time ke. rupe2 nye kawan sekolah lama ku merangkap best friend yg dah lame tak contact sejak ketiadaan fb baru lah beliau caik cik nana di fon, sebab kata dah lame tengok cik nana tiada fb..almost 3 weeks i guess..

You know what is one of the best feelings?
when someone you used to talk everyday suddenly calls you just to catch up.
But you know what is even better?
when they mention the smallest detail about you.
and you thought they forgot everything.




Dah hampir sebulan lebih short semester berlangsung. walaupun ambil 2 subjek sahaja tetap rasa kebizian itu.tapi dalam bizi2 pon cik nana tetap pulang ke rumah setiap hujung minggu. tak boleh tahan la duduk lama2 kt hostel terutama blok yg lagi sunyi sgt.nasib ditemani 2 org roomates junior walaupun tidak berapa mengenali. thanx to Seha sbb selalu teman cik nana ke mana-mana. hihi. minggu ni pun rasa lega sikit, sebab quiz corporate finance dan mid term exam strategic management sudah selamat dijawab walaupun rasa tah pape je jwb..yg penting sudah berusaha kan?counting 25 days left for end of this semester! yuhuuu...

oh ye, saya sudah ada semangat nak ke kelas dan belajar dgn tekun! shuttt..it's a secret! (:
you know who you are.. (:









p/s: its a wiser to be alone but happy, than with someone who does nothing while you're doing everything.
remember to be happy mates!!






www.tips-fb.com

Monday, April 25, 2011

alahan.


cik nana tak tahu la sama ada kena alahan ataupun alergik. tapi muka ni sgt gatal2 terutama kt hidung & pipi..bebaru ni pergi farmasi..mintak ubat..

diberinya ubat antibiotik dengan ubat sapu..semoga cepat elok..^.^




p/s: kalau teringatkan saya sekalipun, tak perlulah mention nama saye kt post awk tu yer..HAHA.

www.tips-fb.com

Thursday, April 21, 2011

Beri pada yg layak..




Jika kita sedar sesuatu itu hanyalah suatu pinjaman, kita haruslah bersedia untuk menerima kehilangannya pada bila-bila masa...


  • sedar tak sedar lagi 18 hari cuti nak habis.
  • insomnia masih tak hilang2 lg sejak final hrtu.
  • selera makan rasanya dah stabil sikit.
  • semakin addicted dgn coolblog. paling tak tahan tu, CHOC je memanjang.
  • mengidam nak makan biskut famous amous. pdhal ada sebelah bantal je. HIHI
  • saya RINDU...DIA..! harap2 semuanya OKAY.. (=



p/s : MNHMH . senyum!!
www.tips-fb.com

Wednesday, June 16, 2010

.masa utk mencuba deria rasa anda..

Bismillahirrahmanirrahim

sudah berhari-hari blog ini kesepian tanpa kata2 dan bebelan dr cik nana. hak3. harap tiada yg rendu2 sgt yer.cik nana sudah habis short sem.yuhuuu..mase utk merehatkan fikiran dan menolak ketepi semua buku2 pelajaran buat seketika.cik nana nak baca novel dan majalah banyak2. :) and how about you?

sementara tunggu family cik nana pulang dr sabah *cik nana kene tinggal.isk.isk.*, nak tunjuk gambar makanan yg best yg cik makan dlm minggu neh. hikhik. :p


Pecel Ayam


  • memula cik nana tak tau pecel ayam ni ape. tp rupanya gini la. simple jew. PERTAMA KALI cik nana makan.lauk ayam goreng + sambal + tauhu + tempe goreng + sayur kubis. akak2 roomates cik nana yg ajak makan ni tadi kt area Gombak [xberapa jauh dr UIA]. sodap gak la. memula dengar namanya mcm makanan jawa. sambal nya rasa mcm manis2 pedas.tp cik nana cuma makan separoh je dr sambal tu.sape2 pernah try tak makanan nih?





  • sape2 tak tahu ni ape memang patot kena hempok kt pale dia. hak3..sebenarnya dah lama nak cuba. kt cafe mahallah asiah. baru makan semalam.boleh tahan la sedap gak. tp mok dia tak makan menatang warna oren tu. dia panggil alien. hak3..cik nana pon kdg2 malas nak kopek kulit udang tu.tp boleh tahan la.rasa nak makan lg.boleh?

kamu semua jgn t'liur pulak kt sini ek?nanti menghilangkan kesucian blog cik nana pulak nnt.syuh2..pergi jaoh2 sikit.bwekk!



kalaw rajen2 cuti ni, mcm nak cuba resepi2 baru. agak2 mood kerajinan tu ada tak?


kawang2 ku! jom dengar dan tengok video clip dr Daus Af8-Kenapa..
saye suke lagu ni! rancak! boley la praktis breakdance bersame kucen2 sy yg tercenta nih^.^



www.tips-fb.com

Friday, April 9, 2010

.bkn senang nk puaskan hati semua org..

sebab kita pun bukannya puas hati dgn semua orang.lalala~

sejak akhir-akhir ni banyak dapat msj dr anonymous & tanpa nama yg baik hati memberikan nasihat dan sindiran secara halus pd cik nana. terima kasih banyak2 la yer.

cuma kadang2 nada msj tu cik nana rasakan mcm tak puas hati je dgn cik nana. kamu semua rasa blog cik nana bnyk mendedahkan kisah peribadi cik nana ke?secara jujurnya, cik nana menulis ape yg cik nana rasakan, this is my public diary which obviously i didn't reveal ALL of my personal stories here~mark my words "public diary"..and not private diary..
cik nana mintak maaf jika ada yg tak senang.

betul kata title my entri today ;

bukan senang nak puaskan hati semua orang sebab kita pun bukannya puas hati dgn semua orang~






ohh..boleh tak saye nak hati berbunga-bunga mcm ni?? *hihihi*


saye nak pulang ke rumah sudah~
baru selesai packing brg2..
camne?
rindukan bilik & meja study ni..



happy holiday semua!!
www.tips-fb.com

Monday, January 25, 2010

.ke mana menghilangnya beliau??

salam~
apa khaba semua?

cik nana di sini baik2 je =), n agak hapy sbb dapat bercuti selama seminggu sempena mid term break..yeay! tapi sesungguhnya bukan cuti2 free je taw, a bunch of works to do!! argh..

ni pun baru je beberapa hari lepas cik nana dah hadapi 2 mid term exams!which are :

-intermediate accounting *its really hard for me especially a question topic partnership..bukan susah tang nak wat income statement tu ke ape..tp additional info tu yg buat xpaham..especially part interest on loan tu..ya Allah..rasa mcm nak nanges mase nak menjawab tu.*

-cost management *ni lagilah terkata..tak tahu ape yg sy jawab..especially topic contract costing..ni gara2 xcukup buat latihan..ya Allah..bantulah cik nana.. saye tak nak fail -_-*


yg penting saye dah buat yg terbaik..harap2 semuanya okay..walaupun xberapa nak yakin.yeay!now baru sedar lepas dah jadi student BACC ni mmg bnyk dugaan..xseindah yg disangkakan..semoga saye dapat lepasi semua ini sampai grad!support me k!

afta 1 week holiday, saye terpaksa hadapi lagi 3 tests!yeay! sgt sonok kot! hee :D

1) marketing - chapter 7,8,9
2) fiqh for economists II -cover until chapter ijarah (concept of leasing)
3) islam, knowledge and civilization

semoga MOOD RAJIN saya sentiasa ON sepanjang minggu cuti ni..at least la kan?hehe..



hey guys! u all noe what?? im really addicted to this phone rite now! sony ericsson T707! ekceli dah lama kot minat..before i bought my current phone, sony erisson k810i (cybershot),yeay..selalu termimpi2 kan mu wahai t707! n sungguh2 jales kalau tgk ade org use this phone!hahaha..
sadis sungguh cik nana..takpe2..^.^


a little bit bout features of this phone :

-weight : 95 gram (wow!)
-released on : may 2009
-mega pixels pic : 3.15 mp
-basic2 tu sume ada la..including 3G sume..

more info click here =)

that's all! semoga bergembira selalu ya kawan2 blogger ku semua! ;) be happy in everything u all do~

to cik abe di sana, take care yea mase program baktisiswa di Kelantan nnt..dont forget to study!! heee..<3



cheers!!









p/s: selera makan semakin bertambah2..cepatlah tembam!!hehehe
www.tips-fb.com

Friday, November 20, 2009

.17 hari lagi..


Pagi yg hening ini, sambil menghirup milo panas & berlatarbelakang kan lagu Future Love dendangan Kristiana Debarge~

i'm still counting the days!!

17 hari lagi nak ke 7 december.waa.cepatlah hari berlalu..saye nak mulakan azam baru sempena saye bakal menjadi 2nd year student officially on that date~why time flies so fast eh?..BUT i can't wait to finish my studies~hehe..*3 years more*
plus,i wanna meet up wif all the people that i love~*u all know who u're*~rindu sgt lah!! psstt..kalau ada sesiapa yg terasa rendu kt saye tu silalah hntr msj kt saye ek?=P

Ada beberapa perkara yg saya suke dan happy bila cuti sem ;

1) fikiran tak serabut memikirkan tentang assignment,presentation serta adik beradik seangkatan dengannya..

2) boleh tido sebanyak yg mungkin sampai mata lebam cam panda yg sgt comey*balas dendam sbb final exam haritu :P*
3) tengok cerita melayu yg berulang-ulang kali disiarkan di channel favourite, astro prima~bwekk..sudah tentu la cerita P.Ramlee,saye kan peminat tegar cerita beliau..haha..paling saye nantikan Bujang Lapok & Nujum Pak Belalang, my top list tu..fuhh..

4) berjaga malam sorang2 tanpa berlaku pencemaran bunyi..*kecuali effect bunyi dr laptop my little bro,haha*,sambil makan2~masa ni je la saye boleh memenuhi nafsu makan saye..haha..plan nak jadi gemok sket,sbb berat current saye cume 41 kiloGRAM shj..dah dekat setahun azam saye nak meningkat kepada 50 kilogram tak pernah nak tercapai~sumtimes saye selalu ikut perasaan sgt..bile makan xkena je dgn anak tekak ni mesti rase nak terluak je..haih..
5) mase ni saye akan bertukar menjadi seorang makcik yg comel tapi garang*huhuhu.bwekk*,istimewa khas untuk adik2ku yg tercinta itu..jadi la malas lg..mmg nak kena dgn saye..di mane perkara ini tidak akan berlaku selain sewaktu saye berada di rumah..*adakah ini termasuk dalam perkara yg saye hapy?confiuslah..*

6) saye boleh melakukan hobi saye~iaitu memasak..cume cuti kali ni takde resepi baru lah..tp,nanti la saye fikirkan ek..xsabar 3rd year nnt nak masuk cooking skills..yeay!sape nak join saye?? :)
7) akhirnya saye boleh online 24 jam di laptop merah jambu kesayangan saye ini~

Oh ye, pada 15 november 2009 yang lepas, kawan baik saye sejak sekolah rendah sampailah sekarang sudah selamat menjadi isteri orang~huuu..bunga di taman sudah dipetik!~lalala..eda,semoga ko menjadi isteri yg solehah ek..♥



eda ; 20 years old
edi ; 23 years old




bunga yang ni pulak bila nak di petik?wahaha.. :P
www.tips-fb.com

Thursday, June 25, 2009

.tapak kaki terus melangkah..


Bismillahirrahmanirrahim

dup-dap dup-dap.harini dah berapa haribulan ea?25 june 2009!cik nana tengah menghitung hari nak masuk belajar balik.semester kedua utk tahun pertama! aahh.bila nak masuk tahun kedua ni.tak sabar nak buat major.harap sgt dapat ape yg diimpikan.ehh.sape tak nak benda yg diimpikan dapat.btol tak?org gile je yg xnak!huahua.takpe2.org gile dapat hak istimewa di hari perhitungan nanti.kita yg normal ni jgn sampai jadi gile je pada "hari tersebut".

sempena bulan rejab ni ada beberapa peristiwa penting yg berlaku ;

1) Hijrah pertama adlh Hijrah ke Habsyah*mencari tapak baru utk islam bertapak*
2) Isra' & Mikraj *Rasullullah diangkat ke langit utk bertemu Allah dlm peristiwa kewajipan solat 5 waktu*
3) Perang Tabuk *Di mana Rasullah & 30 ribu tentera islam berkumpul.ttpi xberlaku pprgn sbb tentera Rom melarikan diri krn takut dgn kekuatan tentera islam*
4) Pembebasan Baitul Maqdis *dibebaskan oleh panglima perang,Salehudin Al Ayubi dari tgn tentera salib*.tapi tahun 1967,Yahudi plak menawan Baitul Maqdis(kini dinamakan Israel)
5) Lahirnya Imam Syafie *ingat tak 4 jenis mazhab tu?mazhab hanafi,hambali,syafie & maliki*.beliau merupakan imam mazhab yg terkenal dlm bidang feqah.Malaysia mengamalkan mazhab syafie.


okay.haritu cik nana & family pergi kenduri kahwin sepupu cik nana di Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan.ni belah pengantin perempuan.yg belah lelaki kt kelantan*our family* cik nana xdapat nak datang.sementara 2 hari kami dah terlanjur dtg ke negeri Perak tu amik kesempatan menapak lagi..ke Masjid Iskandariah & Kompleks Pasir Salak.tengok sejarah psl Pembunuhan J.W.W Birch.korang kalau minat sejarah ni mesti kukuh kt memori korang kan??camne kisah penubuhan Malayan Union , Perjanjian Pangkor , Dato' Maharajalela & ape2 ntah lagi. cik nana pun kene korek memori ni kasi keluar banyak2..huahua.alahai sejarah sejarah!!

sape org Perak kalau xtau masjid ni memang kena sekeh kepala ni.huahua.

Selamat Pengantin Baru to my cousin & his wife.semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat!! moga Allah merahmati perkahwinan kamu berdua. *mira, ni la wife our cousin.hihi.*

Kompleks Pasir Salak *cik nana kata kerajaan negeri Perak patut berbuat sesuatu terhadap kompleks P.S ni seperti membaik pulih kawasan tertentu.ala.paham2 sendiri ler*


sweet corn! one of my favourite =)


semalam cuba buat ni. sotong + cendawan + kacang panjang masak sos tiram! its nice!! i love mushroom!! do u know what is the largest room in the world??it's the ROOM of Improvement ;). ada peluang utk membaiki diri masing2 lg..jgn sampai terlambat.ehem *sambil dongak kepala*


i love cooking! i love travelling ! i also love reading ! somehow counting also i like!! if you hate reading, then have a pleasant time looking to all my photographs!~cheers my lovely friends!! ;) *don't hesitate to leave some comments if u like to do so ;)*

.Photos on Trip To Europe FROM 30 May until 14 June 2009.

always stand on the right! remember ea cik nana??! masa naik eskalator =) *selalu lupa nak berdiri sebelah kanan.sebelah kiri nak bagi laluan org lalu.ketuk kepala jap!*

far-far away~*already forgotten ur past time cik nana?please move on!!*

1) chips!! *we always eat this.chips wif mayo??best!*
2) bought at disneyland ; pencil box €7.90 euro & jam loceng €16.90 euro.im thinking to use the clock at my hostel soon! wake me up in the morning!! huahua. semangat nak memulakan semester baru ni!


choc world!! toffee banyak sgt kat dalam ni. best2.cik nana dpt tau org muda2 jrg masuk kedai choc ni.guess why?but somehow choc will always be my favourite!*at sheffield UK*


lawatan bebudak sekolah. hye!! silalah pandang camera!! hehe.

so this is the Port Dover!! *sempadan antara UK utk ke France*

atas ferry *it's a really big Ship!!* apart from friendship,relationship and whatsoever ship lah!~hehe


houses at France



retro muzik terkini!! my bro & abg hassan in front of Eiffel Tower :)

mereka sedang bershuffle =) .teringat eminem plak.haha.tak pening kepala ke golek2 kan kepala kt bawah?huahua

secocok ke?huahua.*tak cukup ketinggian*

*dont worry.tak sentuh pun tgn beliao.lgpun beliao hanyalah sebuah patung di madame tussauds*

i love my mum!! :D

nota hati : boleh click pada gambar utk gambar yg lebih jelas.


selamat bercuti kepada kawan2 UIAM ku!! 2 minggu pun boleh cuti sakan ape!! ;)

"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."

p/s: bagaimana utk mencuci hati??

www.tips-fb.com

Friday, June 19, 2009

.awak carik saye x?.



Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum! kekawan carik tak cik nana dalam masa 3 hari ni??ada rasa rindu tak??haha.gile perasan cik nana!bukannya comel mcm diana dianelle tu ke.tak pun mcm lisa surihani tu.kalau comel mcmtu takper la jgk kan??ada la jugak untungnya.hehe.

harini tetibe my ex schoolmates*masa sek men* dtg umah cik nana.sharifah najwa now study kt unikop diploma sains kuantitatif da nak abes dip.best nye wawa!! n lagi sorg busyra hani now study kt ukm ijazah pengajian islam. thanx a lot sbb dtg!gembira jumpa both of them! at least dpt increase my happiness.banyak kot borak2.tp xplak ingat nak snap photos.

ni gmbr 2 org paderi kt Notre Dam Church Paris

sorry haritu terprivatekan blog.bila nak bukak balik,internet plak wat hal.lampu kt modem kuar 2 lampu jer.itu maknanya tak stabil.pergi telekom harini.settelkan bil2 sume.waaa.cuti tinggal lagi 25 hari. good luck to my close friends kt UIAM yg bakal menghadapi final exam minggu ni & depan. especially to hana, ida , wanie , naba dan lain2 lagi. all the best yea! cant wait to see all of them on 13/7.time mcmni la baru rasa nak cepat je masa berlalu.tak sanggup dah lalui hari2 yg mendatang dengan tanpa tujuan.aah.ape cik nana merepek ni.



ooh yuck!!pork and apple pastry?? & ham cornish pastry??
do u dare to eat???haha.meh sini kena lempang sedas dua!wekk!these are harraman toyyiban :P. hehe.ni la punca penyakit selsema babi tu.kalau nak lembut sikit sebut la penyakit influenza H1N1.haha


sekarang ni baru cik nana terasa bahang duduk kt M'sia.pagi petang siang malam berpeluh2 je rasa.oooohh sy rindukan UK. :( suhu kt europe selalu bawah 18 darjah celcius je.walaupun musim summer kan.ada matahari tp rasa berangin je~tp kalau musim winter mungkin lagi sejuk.ahh.xdpt imagine.takpelah.ni ada sedikit gmbr cik nana upload masa holiday haritu :

Notre Dam Cathedral Paris. cik nana masuk church ni. banyak btul lilin di pasang.pastu tengah ada upacara sebenanya.tu ramai tgh tunggu duduk.tp lama benor nak mulanya.tu tak sempat nak tengok.takpelah.sum other time.dulu masa kt matrix cik nana amek subjek Religions in M'sia.assignment & presentation cik nana kena buat tajuk perbandingan di antara agama christian & islam. tu yg cik nana berminat sgt nak discover tentang ni.opss.cik nana pernah baca kitab bible my group mate bg.tp untuk tujuan research je taw.


beggar men puppet ni.best sgt lagu dia!mendayu2.ramai org keliling dia.ada rakam video.tp cik nana susah sgt nak upload kt blog ni.xtaw kenapa.

Mosque Of Paris ; singgah sini solat jamak :)

pls cover ur aurah~




cik nana naik beskal ni.ni masa kat Paris.ekceli tak kayuh pun.saje posing bergambar kt situ.pastu bila da abeh bergambo tu datang plak tuan punye beskal tu.rupenya dia dok xjauh dr tmpt letak beskal tu.msti dari tadi dia tengok je cik nana n bebudak ni naik atas beskal dia.kahkah.ampun yaaa.. :p



p/s : citer harini terselit dgn experience masa holiday dulu.

thanks to Pakcik Fuad (Perantau holidays ; our travel agency to Paris & Disneyland)
& Pakcik Ahmad (Home & Away Guest House ; rumah kami tinggal masa kt Willesden London,boleh click kalau ingin bilik sewa yg murah.35 - 30 pounds per day,boleh masak dan basuh pakaian )



www.tips-fb.com

Monday, June 15, 2009

.last day ; wembley stadium and porto bello road.



cik nana! always smile! forget all sad things that happen to u!!




air asia! now everyone can fly~!




pemandangan dr flight on the way back to Malaysia






Alhamdulillah kami selamat sampai ke LCCT Sepang pada jam 2.10 petang hari ahad 15 june 2009 .perjalanan selama 13 jam dari London Stansted Airport menggunakan servis Air Asia~*now everyone can fly~hehe*pukul 6 petang*waktu london* 14 june 2009.sampai di LCCT Sepang pd jam 2.10 petang waktu M'sia.i do write my own journal!see pic above! i wrote every single thing that happened to myself during our trip .i gain too much experience! thanx so much to air asia!! walaupun perjalanan pergi-balik selama 26 jam dan cik nana terlalu kebas masa duduk dlm plane tu tp sgt best! tengok pemandangan yg sgt cantik!! & waktu sampai kt Sepang tu ada check utk Influenza H1N1 tu.alhamdulillah semuanya OKay :)



haha. want this as a present??



i bought two pairs of shoes at Holloway Road.* i dun care wat ppl will say if they don't like my taste!who cares btw!!~wekk!!*



map utk guna servis train*transport at London* @ there they call "underground"



at underground.masa tunggu train.at Baker Street Station. kat sini dorg banyak sgt line.kena teliti tengok map supaya tak silap pilih line utk ke destinasi yg hendak di tuju.such as Jubilee Line,Central Line,Metropolitan Line,Piccadily Line,District Line,Circle Line,Bakerloo Line,Northern Line,Hammersmith Line & so on.mostly we used jubilee line.bcoz tmpt yg family cik nana tinggal berdekatan dgn Dollis Hill Station.














my family wif abg hassan & abg alwi *thanx so much for being kind to us!!*






hey hey! "get out from the red box plss!!" hehe.ekceli ni old brand of public phone there.



Bismillahirrahmanirrahim



hari terakhir kami di negeri eropah pd 13 june 2009. sempat lagi kitorg jalan2 sekitar London.excluding my bro yg duduk kt our rent house at willesden.dia xikut sekali.amik kesempatan sebab flight pukul 6 petang hari sabtu 13/6/09.cuma 2 tempat saje dpt pergi.iaitu Wembley Stadium & market at Porto Bello Road.





my sis & me in front of Wembley Stadium. do u know anything bout this stadium??





cik nana teringin sgt nak g porto bello road. ingatkan nak cari shop nama farrah's bila Fafa ada bagitau psl Darina beli toffee kat situ.then cik nana search kat internet how to go to porto bello market tu.senang sebab naik "underground" je. it is 3 km west from Marble Arch station.tapi kitorang naik Hammersmith Line headed to Notting Hill Gate station. tengok mmg ramai sgt org menuju ke porto bello road.lagipun hari sabtu start 9 pagi mmg hari pasar dorg.



cik nana nak berjalan ke porto bello market *thanx to my sis*



strawberry!! cik nana teringin sgt nak picking strawberry,apple,peach & so on kt ladang dorg.tp sekarang belum musim buah tu lagi.it should be in September.




can u see??loads of people! jalan2 sampai terlanggar2.adoi.



manusia..manusia..manusia..



saya pari2 yg baik hati!~my nickname in myspace.already deleted myspace.missed playing myspace,but i had to delete it~




a beggar was playing guitar at porto bello road




way out~please mind the gap between the train and the platform~this train will terminate at stanmore~*ayat-ayat yg cik nana suka dengar dlm train*








at last,we need to go back to M'sia.out last step in europe was at London Stansted Airport.so this is the London Stansted Airport. :)



adakah cik nana akan ke sini lagi satu hari nanti??insyAllah kalau ada rezeki lebih cik nana teringin nak bawak "my own family" to europe.opsss.*calon pun xda lagi.haha.* give them some experience,give support & much more.tengok negara orang lain.like my mum,bawak all my siblings here sbb nak bg kami pengalaman sbb my mum already had been here before.staying there for a moment wif my late grandfather,grandmother and my mum siblings.pengalaman adalah 1 benda yg tak boleh dijual beli.macam kalau beli motor,kereta and so on kita boleh pegang dgn tangan.tp kalau experience??its somehow too worth to be valued.cik nana tak akan lupakan semua ini.alhamdulillah cik nana rasa ni adalah hadiah yg tak ternilai cik nana dapat dan cik nana rasa bersyukur sgt2 sebab dapat peluang pergi tempat2 semua ni.we've been to London,Paris,Sheffield & Manchester in 2 weeks time. ikutkan 2 minggu tu tak lah lama sgt.pejam celik pejam celik dah tiba masanya utk pulang.gambar pun banyak yg di snap.tp tak boleh nak upload semua.insyAllah i will upload more some other time. :)



jalan nak pergi knightsbridge.nak pergi harrod's




thanx a lot to my parents bcoz sacrificed much things toward my siblings and me! i wont forget that.cik nana promise cik nana akan belajar bersungguh2 for my degree programme!! next sem akan bukak pd 13/7/2009 ni.my second sem in first year.i ave 3 years and a half to complete my degree programme.its a long way to go!~~



insyAllah cik nana nak amik major in accounting.hope that will be the best choice for me. aunty cik nana ada cakap.kalau cik nana dapat good results for my degree,dia nak bawak cik nana melancong.good results means?pointer 3.5 above right??fuh..i need to study hard and study smart. :) cik nana boleh!! i really want to 'ave a vacation in Turki.. ^.^



Alhamdulillah Everything Went Smoothly~

i only left £20 pounds in my pocket now. £1 equals to RM5.70.so £20 times 5.7 equal to RM114.wah! abg alwi cite masa memula beliao dtg UK 1 pound = RM7.sekarang duit pound turun sikit.tapi still duit tukaran Msia jauh berbeza sgt..camner ni..walaupun bebarang kt sane mcm murah.contoh la harga sabun basuh pinggan cuma 50 pence.*mcm 50 sen la* tp kalau times 5.7 still jadik RM2.85.



Cik Nana

Malaysia





p/s: kadang2 orang yg paling kita sayang adalah org yg paling susah utk disayangi. stay away from me the heartbreaker! i hate you!!!



www.tips-fb.com