Showing posts with label moments. Show all posts
Showing posts with label moments. Show all posts

Monday, April 25, 2011

A Walk To Remember next..


Salam.

Cuba teka gambar kt atas ni mana 1 jantan dan mana 1 betina? hihi. [olahan dr cite nujum pak belalang].

oleh kerana cik nana sedang dlm kebosanan dok rumah sorang2, nak update sikit cerita yg dah lemau ni. [boleh sakit perot kalau makan lg ni.haha], my sister pulak g interview IPG(institut perguruan) kt Lembah Pantai KL. semoga beliau berjaya..my sister dpt kos TESL (teaching english as 2nd language) juga..




a big apology : gambar tidak disusun mengikut kronologi hari lawatan..


Last update haritu lawatan ke Stonehenge, lepas tu kami ke Andover, Museum of Army Flying.., sbb my mama bwk ke sini tempat atok cik nana belajar dulu dan worked at Jbtn Penerbangan Awam dan tempat my mama pernah tinggal masa kecik2..area Andover juga..tapi tak berapa ingat alamat yg sebenar..



hihi. that helicopter, remind me of my late grandfather.. (:


we also went to Kew Gardens.. but only my sister, my mum & me.. while my brother & my grandmom duduk kt apartments sbb mereka malas nak jalan2. hihi.


my sister with daffodils! I like it!

Kew Gardens, Royal Botanic Gardens..area London juga..senang je nak pergi. naik je train or tube..insyAllah you will reach there easily..hihi. masa nak masuk kew garden tu kene bayar, tak ingat lak berapa, tapi org cashier tu mintak card matric student..cik nana pon bagi la card matric UIA pnye, ACCEPTABLE oke! haha..mungkin dpt discount agaknya..ape2 pun pekerja nya pon semua sgt bagus..polite sangat..kew garden ni mmg sgt besar okay..kena tengok map..salah sorg guy which is the worker, tunjuk kitorg jalan..terang one by one dengan sabarnya..Oh..sgt terharu..



the main entry..

cik nana dgn spring cherry & daffodils..sebenarnya kalau musim spring lagi cantik..bunga2 sgt berkembang cantik..tapi sbb belum lagi musim spring, banyak yg kering lg..^.^ tengok pekerja2 pun sedang bertungkus lumus bercucuk tanam.. (:



sistem bas di UK..mmg menepati masa..itu yg paling cik nana suka..tengok je benda kt atas ni..nak ke destinasi mana dan masa..ada dengar cerita kt M'sia nak tiru sistem bas di UK..hopefully dapat dijalankan dgn seberapa segera..takdelah nak tunggu lame bebeno mcm bas rapidKL tuh..Haha..


haritu juga kami bercadang nak ke stadium chelsea padahal bukan minat bola sgt pun.hihi..tapi sebab saje nak jalan2..oh ye, harap tak keliru sbb ada station train yg namanya chelsea juga taw..sedangkan yg sebetulnya kene turun kt Fulham Broadway..baru betul2 turun dekat dgn stadium..tapi cik nana malas nak masuk dalam, sebab rasanya semua stadium same..dulu dah pernah g Old Trafford selaku stadium utk Man Utd..nak masuk pun kena bayar juga taw..berbelas2 pounds kalau tak silap..baik pergi shopping! :p bweeks!



hihi :P


first time makan strawberry triffle..aunty rosita bagi masa kt apartment beliau, mmg sedap la..pastu cik nana try carik kt tesco..ni la dia..sejok +very creamy..nyum2.. [rugi tak beli bnykbnyk]



hihi. berangan jap dengan kereta org.. [sgt suka mini cooper dr dulu lg], tgk kt sana ramai sgt yg pakai mini cooper..



nah sudu dan garfu! ley teka tak cik nana kt mane ni? hihi. ni kt table makan dlm movie Harry Potter..kt Christ Church, Oxford..

tgk doggy tu..hihi..

makan keropok depan university oxford..tp ni department mathematics..tak sempat nak carik accountancy punya..kenapa lah diorg buat separate mcmni..=.=



at last, me & aunty fazlina! (: thanx aunty..masakan aunty mmg sedap! ^.^ [at Hartley Road,Portsmouth]




p/s : nanti ada masa lg, ley cerita yg lain2 pulak.. (:

p/s: i love travelling a lot! hope to get another chance to visit another country..
www.tips-fb.com

Friday, July 30, 2010

.Jalan2 cari makan sambil berkerja.

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua! lama la tak usik2 blog applemerah ni. ada gak kwn2 yg tegor sunyi sepi je blog ni. haha. sorry sgt.bukan ape, tak tahu nak bicarakan tentang ape.lgpun kehidupan sekarang tak menarik sgt mcm kamu semua. bwekk! :P

sekarang ni cik nana tgh makan kerepek nestum. sedap plak. manis2 gitu. semalam la beli kt fiesta mahallah maryam. plan nak g masuk rumah hantu kt mahallah maryam tu. tapi tak dapat sebab terlalu ramai. haha. tah pape kan? malam jumaat plak tu nak masok rumah hantu. hek3..

oh yer, ada perkara sengal yg berlaku mase cik nana nak beli kerepek nestum tu kt 1 gerai ni.

cik nana : [sambil belek2 tupperware kerepek tu] kak, berape yer harga 1 tupperware ni?
akak : oh, harga tupperware tu akak xtaw la pulak. [sambil geleng2 kepale dia]
cik nana : [tergamam sebentar.mcm nak gelak pon ade.]

lepas tu dia pon mcm tersedar kot.dia ingat sy nak tanye psl kos harga tupperware tu ke?haha..kelaka btol..lepas tu cik nana teros gelak mcm nak guling2 [tp tak guling pon] cite kt wanie & hana :P



makcik masuk air ke makcik jual air? ape pendapat makcik tentang makcik depan tu? agak2 dia lagi lawa dari makcik ke? haha

[ayat mok] :p


Hari sabtu yg lepas, cik nana pergi ke Psr Malam Kg Baru. [dah lemau baru nak cite kan?], kene buat assignment interview penjual2 gerai. secara jujurnya, mmg agk susah la nak buat. cik nana nak ucapkan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm pembikinan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam assignment utk subjek BUSINESS ETHICS ni.[terutama kpd my groupmates & mok]

Semoga urusan kami semua dipermudahkan sehingga habis semester ni.Amin. =)

Jom kita tengok makanan2 yg kami beli & makan haritu ; nyum2.. :D [i love foods very much walaopun tak berapa nak mkn sgt. :D]

Satay Padang [salah satu makanan indonesia]

  • Bila da makan mmg terasa pedas walaupun nampak sedap. [ayat apekah ini?haha]
  • Cuma daging je & di tambah dgn lontong berwarna putih tu.

Cik Nana sedang mencuba pecal. pedas jugak tu. ahhhh..meh try..


my groupmates :)


wahh! ni mmg malatop! best sgt..i love ice cream very much..di tambah pulak ice cream ni unik. sebab namanya ICE-CREAM PULUT. penah rasa tak korang? kt tengah2 ice cream tu atok ni letak pulut. hurm..mmg best! tah la ea, nape sejak akhir2 ni cik nana minat makanan yg berasaskan pulut. contohnya cam cendol pulut tu.mengidam sgt nak makan. sampai sekarang masih takde rezeki nak merasa. :(




♥

Selamat Berhari Berhujung Berminggu. [haha.BERsukaria eyh?]
Be Happy Always. Jangan lupa ye kawan2, minggu depan banyak kuiz yg menanti.




p/s : Business Finance, Organizational Behavior & Ethics Fiqh For Everyday Life terawang2 dlm fikiran skrg.
www.tips-fb.com

Friday, July 9, 2010

.banyak perkara yg kita tak sedar.



Bismillahirrahmanirrahim

Disaat sedang menunggu sesuatu, saye berharap penulisan saye di sini dapat menghilangkan sedikit rasa penantian yg dirasakan amat menyeksakan itu. terima kasih buat diri saye kerana 'sabar menunggu..'.

wahai kawan-kawan, dalam hidup ni kadang2 banyak perkara yang kita nak buat tapi rasa ragu2 ataupun was2.sehinggalah kita dah selesai buat sesuatu perkara itu dan barulah tersedar sama ada perkara itu betul ataupun tidak.tapi walau apa2 pun keyakinan itu amat penting utk melakukan apa jua perkara pun. be confident in what you're doing! :D





kita juga tak tahu betapa pentingnya seseorang itu sampailah kita kehilangan dia sebab kita mula tercari2 bayang dia dan mula rasa tak senang duduk tanpa dia. mula rasa rindu dan mcm2 lg perasaan yg timbul akibat perbuatan kita sendiri. pernahkah anda terfikir tentang itu walau sesaat?

malah kdg2 kita terlalu rasa kita betul dan pandai dalam semua perkara dan sampai tahap kita gagal utk melakukan sesuatu perkara barulah kita sedar sebenarnya ada yg lebih pandai dari kita dan kita sebenarnya perlu berpandukan pandangan dari orang lain juga.




semua perkara dalam hidup kita banyak yang kita tak sedar sehinggalah sesuatu perkara yg datang di mana kita langsung tak terfikir utk berlaku terjadi. di sinilah kita harus jadikannya ianya sebagai pengajaran utk hari-hari seterusnya. semoga anda semua kuat utk menghadapinya..Life Is Full Of Unexpected Things.. [trust me] :)

  • Dah lama saye tak ketawa dan senyum seperti itu. Mereka buat sy tertawa sehingga kuar air mata pada harini. dimana perjumpaan diadakan secara mengejut utk sebahagian kawan2 rapat saya semasa di sekolah rendah.
  • Mengimbau kembali kenangan2 pahit & manis semasa menjadi kanak2 riang dahulu. memang zaman kanak2 adalah satu memori indah yg tak mungkin dilupakan oleh sesiapapun. percaya tak kalau saya katakan, kawan2 pd zaman kanak2 lebih jujur dan telus dibandingkan kawan2 yg dikenali semasa dewasa?
  • Masa beredar sungguh pantas. terima kasih kpd kwn2 ku, Nadiah [Uni of Nottingham UK, she's taking pharmacy], Amanina [Cairo University Egypt,she's taking medicine], Siti Nadia [Uni Malaysia Pahang, she's taking engineering], Marhamah [Uni Teknologi Petronas, she's taking mechanical engineering] & Siti Nadirah [UIAM, she's taking business admin]
Hope we always keep in touch no matter how far the distance we are.

i'm really happy today! :)


www.tips-fb.com

Tuesday, June 22, 2010

.yoe & fyza.

Bismillahirrahmanirrahim

hai semua! harap2 sihat2 sentiasa. maklumlah sekarang ni musim panas yg agak melampau.suhu pun kadang2 mencecah lebih 30 darjah celcius.hot hot. takde dah hot and cold mcm lagu katy perry tu. kalaw kamu semua sayang & nak menjage kulit dinasihatkan jgn rajin sgt keluar dan mendedahkan kulit2 anda tu kepada cahaya matahari.

duduk diam2 kt dalam rumah ea?



oh ye, berbalik pada tujuan asal entri ini ditulis adalah utk menceritakan saat2 menjadi raja sehari sepupu cik nana, Encik Hasrol Nizam & bersama pasangannya Puan Tengku Hafiza pada ;

18 june 2010 : di rumah belah p'gantin perempuan
19 june 2010 : di rumah belah p'gantin lelaki
[keluarga sebelah cik nana] yg bertempat di Pasir Puteh Kelantan Darul Naim.

cik nana tak tahu nak cerita mcm mana sebab kronologi cerita mcm terlalu panjang dan tak nak memanjangkan lagi cerita yg sedia panjang takot jd lagi2 panjang utk ditulis dan tak larat la cik nana nak tulis panjang2 lagi.hahahaha. rilex dan sila tarik nafas panjang-panjang.. *hempok kang asek panjang2 jew..hik3..*



yoe & fyza

set baju pengantin berwarna kuning iaitu warna diraja pada 18 june 2010 di majlis kenduri sebelah p'gantin perempuan. keluarga kembangan cik nana berkonvoi sebanyak hampir 12-13 buah kereta kalaw tak silap. semua tunggu berhampiran kedai salam. alhamdulillah semuanya okay la. rasa gembira sebab dapat b'jumpa dgn sebahagian besar drpd keluarga dan sedara mara. yuhuu.tp ada yg xdatang tu di tuntut utk b'jumpa dgn cik nana nanti ek?siap korang..hahaha..rindu u all ketat2..





ajim menjadi pgapit sepupu cik nana..arol or name glemer mat yoe!





set baju p'gantin berwarna kelabu pada 19 june 2010 di majlis sebelah p'gantin lelaki di Pasir Puteh..malam sebelum tu cik nana tido kt rumah mak ngah *ibu kepada p'gantin lelaki* akibat didesak oleh sepupu cik nana.he3.semua kenduri kendara dan makanan dimasak secara b'gotong royong oleh org kampung..





cik nana bersama sepupu :)







kenduri di sebelah rumah sepupu cik nana ini wat makan2 mcm biasa, cuma biasalah org kelantan ada menyediakan budu sebagai menu utk tetamu yg datang. selain itu 2 menu di atas ini juga. dah la cik nana ni pantang tengok ice-cream. sgt la suka! yuhuu..kotak aiskrim kt atas ni dah abes sampaikan pakcik aiskrim ni kena beli lagi aiskrim yg lain..kenduri @ bekwah dlm loghat kelate kt kelantan ni biasanya sampai malam..tak mcm kebiasaan di negeri2 lain..



oh ye,kalau korang panggil benda ni ape ye?kt kelate ni dorang panggil "sisa" tak pon kalau loghat nya "siso". cik nana memang kena bahan kaw-kaw punyer dgn sepupu2 cik nana nih.malam sebelum kenduri tu masa cik nana tido kt rumah mak ngah, mereka cakap cik nana kena bagi siso tau nnt..pastu ade yg menyampuk siso sampah semua tu la..cik nana dgn blurr nya tak faham pape. hahaha. lawak tul la..lepas tu sepupu cik nana yg kawen ni cakap cik nana kena caik org kelate la mcmni..lepas ni kena blaja ckp kelate.adeyh..harus ke? :(



anak sepupu :)

suko sgt dak tecik ni karok kt depan khemah kenduri nyanyi lagu "aku bukan superman". haha.banyak kali gak cik nana kena buli di antaranya kena ikat tangan dgn tali pastu di bawa keliling jalan..










favourite dulu, kini dan akan datang..ice cream..teringin nak order kek ice-cream. ley tak? :D

sekian sahaja. tak banyak nak dicoretkan..cuma cik nana nak ucapkan Selamat P'gantin Baru dan tahniah kepada Yoe & Fyza..semoga bahagia & kekal sampai bila2...sweet together gitu..

Lepas ni giliran siapa pulak yer? :)


www.tips-fb.com