Sunday, April 18, 2010

.kisah silam yg telah diungkapkan.



*Gambar hiasan*



.Bismillahirrahmanirrahim.

1) Dah masuk hari ke-9 cuti semester telah dinikmati dengan jayanya. tetapi ada sedikit unsur2 tidak produktif pada cuti kali ini. (bukan sedikit tapi banyak sebenarnya, tak nak bunyi mcm keterlaluan sgt.huhu)

2) Sempat habiskan membaca 3 buah novel setengah dalam masa 4 hari. lagi setengah bakal dihabiskan dlm masa terdekat ni. tak sabar nak baca novel yg lain2. Reading is fun! (termasuk membaca sms dan e-mail.haha)

3) Cuba utk menyibukkan diri dengan menyelongkar khazanah2 lama di dalam bilik belajar or dalam bahasa org putih "study room" yg terpencil di tingkat bawah. Rindu saat bertungkus lumus belajar semasa dan sebelum ambil SPM 2006. sambil di temani oleh yg tersayang, cik mimi yg tak pernah jemu-jemu me"lendingkan" body beliau di atas buku2 cik nana. tak lupa juga pada cik 5300 yg telah menjadi kenangan sehingga ke harini.

4) Keinginan utk mengumpul setem datang membuak2 pulak. Akibat terjumpa kembali buku setem berwarna kuning yg merupakan kali pertama dan terakhir cik nana beli iaitu ketika darjah 3. haha. lagi 2 muka surat nak penuhkan satu buku. teringat kisah dulu2, masa sekolah rendah agama geng2 satu kelas semua pakat2 bawak buku setem memasing pastu exchange sesame kami. tapi yg paling tak boleh dilupakan, ada sorang mamat ni curik setem cik nana dan selepas beberapa tahun baru dia bagitahu dan mintak maaf kt cik nana yg beliau dah mencurik satu setem nana. haha..(itupun pakai orang tengah). walaupun ada terserempak beberapa kali semasa sekolah menengah. (dengar cerita sekarang beliau dah ke oversea buat medic)

5) Boleh tak nak kumpul setem semula?tapi ada ke lagi org nak hantar surat sekarang ni?tunggu la raye nanti kot2 ada yg sudi nak hantar kad raya ke. hahaha..

6) Semasa mengemas fail yg mengandungi kertas2 exam pertengahan tahun terselit surat dari adik angkat. ape cerita ntah dak ni agaknya. teringat beliau selalu menghantar surat tetapi melalui orang tengah juga. kadang2 kalau cik nana tiada, beliau akan letak di dalam beg cik nana. sampai sekarang rasa bersalah sgt2 sebab tak berapa nak melayan beliau. maklumlah dulu sgt pendiam dan pemalu. hehe.

7) Bebaru ni adik cik nana membawa balik majalah sekolah. bukak la page belakang sekali. ada gambar kelas tingkatan 5 tahun lepas. ternampak satu gambar ni macam kenal je. oh yea, budak ni la. pernah cik nana panggil dia, dia terkejut sampai terlanggar pasu sampai pecah. kesiannnya dia! maafkan akak dik ;( sejak tu, bila terserempak, tak pernah dah nak toleh2 kt cik nana lagi. segan segan!

8) Pelbagai kenangan yg terlalu banyak utk diungkaikan. Termasuk kisah cokelat dan kertas exam. sesiapa yg sekelas dgn cik nana dulu pasti tahu kisah ini. dah pernah tulis kisah ni dalam blog ni. kenapa entah boleh teringat kisah sebungkus cokelat pasti ada dalam meja setiap pagi bila datang ke kelas. tapi yg anehnya, pengirim nya tidak mengatakan tujuan sebenar kiriman beliau itu. cokelat yg diberi tidak pernah berbeza2. sehingga ke hari ini menjadi favourite cik nana :D. sometimes silence is more painful right?
Bebaru ni pergi 7-eleven nak carik chocolate kerana terlalu mengidam nak makan, walaupun tak sedar diri gigi dalam keadaan kritikal terpaksa makan bubur ayam yg dicampur kentang & carrot selama 2 hari berturut-turut. tengok harga sebungkus choc ni dah naik? RM4 utk 3 biji. hukhuk. tapi masih tidak dapat mengalahkan harga bueno RM4.60. chocolate yg menjadi kegemaran cik nana yg berharga RM4 ini masih tetap menjadi kegemaran yg teratas. [saye tidak akan melupakan yg lain2 seperti nips, m&m, picnic, cadbury. semua tetap dlm hati.hihi :P]


saya rindu sangat nak makan chocolate ni :( :(

p/s: Silalah berharap cik santa claus akan datang letak sekotak choc tersebut di dalam stokin cik nana. hakhak..ni influence dari citer Diary Of A Wimpy Kid la ni..







p/s : hati tisu tu mcmane ek?
www.tips-fb.com

5 gigitan apple:

Hazwan said...

hati tisu hati yg mudah koyak :P

Raihana Azhari said...

hati tisu = seseorg yang sangat mudah tersentuh. :)
btw.
kamu kenapakah? gigi kamu itu?

Nes Zinatulhayah said...

beznye kenangan lame nana tu...=)

Munsyi said...

zaman sekolah mmg bes. ade gak kakak2 nk wat adik angkat tp xnk sbb dh ade abg.hehe

cik nana nk kna cabut semua gigi ke?hehe

.Cik Nana. said...

hazwan ; tisu satu!

alia ; thanx..gigi ni kesakitan..kena cabut..

ati ; best..rindu sgt :((

munsyi ; mmg kene cabut pun.. :(((