Sunday, July 5, 2009

.he took the early flight to the next world..


the KL view from look-out view tower near Hulu Langat-Ampang

yesterday night we had a western dinner,i ate this "Grilled Chicken Chop!".it's really nice! :)

the smell of chocolates!!







still waiting for the rainbow to appear...


Friday, July 3, 2009

.tak ade rezeki la katekan..

Bismillahirrahmanirrahim

haih.seronoknya kalau dapat makan aiskrim kt atas ni dlm cuaca yg panas mcmni~!malam tadi terfikir nak buat roti letak aiskrim.malam tadi check2 peti ais.tengok ada aiskrim sundae cokelat.hajat dihati mmg nak makan.letak la atas meja.bila nak amek makan tumpah plak atas baju & kerusi.omg omg!separuh tumpah langsung tabole nak makan da~sedihnya!

buang je la.alangkah best kalo dpt makan aiskrim baskin robbins!strawberry campo vanilla ke.eeeiii lg best kalo ade org blanje.hahahahah.nyum-nyum!~tengok gmbr makanan2 kt bawah ni rase lapar plak~hahahaha*kt bwh ni gmbr2 snap sendiri,bkn google2 taw*







nampak tak budak pmpuan yg tengah kesat mata kt tepi ni??*ada arrow pink tu*.masa tu masuk dalam rumah hantu beliao xabes2 cakap "ohhh shit!ooh shitt!".hahaha gelabah gile!naik bernanah telinga camni.opssss.dah tu pernah sekali terpeluk saye secara tibetibe bile hantu muncul depan mata.walau ape2 pun kamu mmg cun! :D

buku teks ICT ni dah berhabuk disimpan oleh cik nana selama 3 bulan nih!hahaha.sori cik hana~mmg xbersentuh lgsg laa.subjek Information Technology salah satu subjek yg bakal cik nana amek untuk semester baru nnt!~katanya nanti kena buat blog & website utk project work!boleh tak lecturer tu menilai blog cik nana ni??tapayah la buat blog lain.hahaha :P

adik husna! saye rindu same kamu!~adik angkat cik nana nih.*yg belah kanan pakai tudung hitam*.kdg2 beliao ada hantar msj pd cik nana.kesian pd beliao sbb cik nana xpernah mula hntr msj pd beliao~sorri dik!~nnt kita jumpe lg ok bile bukak sem ni! :D


p/s: Selamat Pengantin Baru buat Jijie & Halim yg bakal bernikah pd harini!~my coursemates.saye tak berapa mengenali mereka berdua nih.cuma Halim saje yg pernah 1 kelas arab dgn saye masa sem 2 kt asasi dulu.muda lg ok mereka tu??sebaya dgn cik nana!~baguslah tu.
baru tadi juge saye msj dgn seorang kawan lame sy.sy kenal beliao masa darjah 6 di 1 kem ni.kebetulan duduk belakang cik nana je.lepas balik dr kem tu kami cume berutus surat selama beberapa tahun.dalam tempoh tu sekali sahaje kami bertemu.masa tu form 4.masa form 5 kami terlost contact.agak lama juga tak dengar khaba berita.tibetibe semester lepas dapat panggilan dr beliao mengatakan insyAllah beliao nak kawin hujung bulan 11 taun ni.waaa ieda! tak sabar nak makan nasi minyak kamu!~tadi saye bertanyekan perasaan beliao dlm beberapa bulan lg nak jadi isteri org nih~beliao menjawab;
"macam2 la,hepi,takot,cemas,gementar.eei bnyk la yg ieda sendiri tak leh nak bayangkan..nanti nana nak kawin,nana rasa la ape yg ieda rase sekarang..ha.nana lambat lg ek??"
*hahaha.nak tergelak guling2 mcmni.aper la soalan ni,yg pastinya bukan dlm masa yg terdekat ni!~*
p/s: Jodoh itu adalah rahsia ALLAH S.W.T.jadi teruskanlah berdoa dan berdoa supaya mendapat jodoh yg paling terbaik... :)
Ziera,nana harap kamu gembira sentiasa! kalau ade ape2 msj nana tau..anytime u want!! =)
sy cdgkan kamu semua masuk blog ini utk tgk pengalaman rakyat M'sia bkunjung ke UK. *click kt perkataan ini*
thanks!!

Wednesday, July 1, 2009

.sehelai tali leher kepunyaan beliau..

Near Tower of London & London Bridge

Bismillahirrahmanirrahim

salah satu sebab kenapa saye cintakan photography sebab kepuasan bile tengok hasil photos yg cantik-cantik.lagi2 kalau bertemakan alam ciptaan illahi ini~sungguh mendamaikan!~masa zaman saye buat asasi dulu,ada lecturer saye yg mengajar subjek 'statistics' selalu menceritakan pengalaman beliao travelling.kata beliao setiap tahun beliao & suami akan melancong ke luar negara.beliao kata negara Switzerland sgt cantik~masa itu saye terfikir "alangkah seronoknye kalau aku pun dapat macamtu~".

sampaikan beliao duduk di sane selama 3 bulan & cuti mengajar*masa short sem*.beliao kata beliao hampir2 terlupakan pasal UIA~hehe.mama saye yg amat sukekan travelling selalu menyuruh saye bertanye pd lecturer tersebut tentang negara yg beliao lawati~tp apekan daye~sy seorang yg pemalu!~*tampar pipi sendiri berkalikali*
tp sekarang ni kecoh pasal penyakit selsema babi tu menyebabkan pelancongan domestik amatlah digalakkan~
saye berharap agar Wabak Terhebat itu dapat dipulihkan sedikit masa lagi!~

ini gambar kumpulan saye masa sesi induksi persatuan AKHI.haritu sy menonton drama melayu.tak ingat pulak tajuk drama tu aper.tp yg pelakon utama tu Rozita Che' Wan & Fahrin Ahmad.Rozita Che Wan ni dia seorang wanita berkerjaya tetapi beliao gagal dlm kehidupan berumahtangga.menyebabkan beliao sgt bencikan diri beliao sendiri.tu psl dia jadi seorang yg misteri...tp ape yg misteri di sini..cik nana terkejut sbb tengok Mamat Berbaju Merah kt atas gambar ni jadi watak tambahan dlm cite tu sbg pengawal keselamatan.haha.cik nana mengesat2 mata adakah sah itu adlh beliao??rasa dah betul da!!haha.beliao nih dari Bangladesh,namenye Tasnim.student course economics & management*my course!!*.nanti la bukak sem ni saye bertanyekan pd beliao~

semalam juga sy pegi ke koperasi sekolah adik saye.utk membeli tali leher.dengan niat yg suci dan murni ni maka melangkahla kakiku ke koop tersebut.tengok2 dalam koop tu sume budak lelaki jer*merah2 dah muke ni*.haha sampai2 je ;

cik nana : adik,tie ade tak?nak 2 helai.
guy 1 : ada.*beberape saat lepas tu beliao menyerahkan tali leher tersebut*
cik nana : boleh tolong ikatkan tie ni sekali x?
guy 1 : boleh2..*amek la tie tu semula sambil letak tie tu kt leher beliao*
guy 2 : kak,adik akak ni form 1 ke?
cik nana : haah.form 1.
guy 3 *yg duduk kt luar kaunter* : weh, ko suruh la "dia" ni belajar cara ikat tie tu.mcm bagi org ikan tapi
kalau tak ajar cara memancing susah gak.nanti lepas dah habis makan,tak tau nak dapatkan ikan macamana.*beliao memberikan 1 peribahasa ni,cik nana pun xberapa ingat peribahasa tu*.

dia tu merujuk pd cik nana.guy 3 tu cakap pd kawan2 beliao yg tengah ikatkan tie yg cik nana mintak tu.cik nana tersentak juga bile beliao berkata begitu.bukan tak nak belajar,tapi malu pulak dgn budak2 laki yg tengah ramai masa tu.tapi cik nana perhatikan la jugak camne dorg ikatkan tie tu.sebab dorg ade depan cik nana je.

balik rumah cik nana terfikir juga FAKTA yg budak lelaki tu telah suarakan.betul! saye harus belajar cara ikatkan tali leher!!hahaha.untuk aper??untuk masa depan juge~jom kite belajar cara mengikat tali leher!~

sape kat sini tak reti ikat tali leher??

tarikh keramat iaitu pada 1 Julai 2009,buat pertama kalinya akaun FACE BOOK cik nana telah diwujudkan! haha.gile ketinggalan mesti tu yg korang nak cakap kan??takpe.ni juge atas kate2 encik Aswadil Amin yg telah menyebabkan saye tersedar utk menghasilkan akaun face book ni! org lain main face book..aku masih main friendster lagi..kahkah..

secara jujurnya,saye sebenarnya malas nak terjebak lagi dlm laman web komuniti ini selain friendster.tak tau le kenape.blogging ni pun dah jadi mcm salah satu keperluan.tp sebab tengok cik ynn main game restaurant tu yg mcm nak buat jugak la~



Tower Of London

saye nak mendedahkan sejarah kisah tower of london ni.sebenarnya kamu semua jgn keliru London Bridge dengan Tower Of London.sebab kedua-duanya berbeza.Tower Of London tu yg ada 2 bangunan yg dihubungkan oleh jambatan~

'Tower Of London merupakan sebuah bangunan sejarah yg letaknya di tengah-tengah kota London. ia juga digelar sebagai "The Bloody Tower" kerana salah satu fungsinya sebagai penjara dan tempat hukuman bunuh dijalankan. terdapat dakwaan-dakwaan yg mengatakan terdapatnya hantu berkeliaran di dalam menara ini'

Tapak menara ini pada asalnya adalah merupakan sebuah kubu tentera Rom.Pada tahun 1066, William the Conquerer telah menakluki England dan beliau telah membina menara ini pada tahun 1078 untuk melindungi kota London daripada musuh.Pada tahun 1204, King Henry III telah menjadikan menara ini sebagai kediaman diraja dan juga dijadikan sebagai satu kompleks pentadbiran untuk raja-raja England. Menara ini dikatakan banyak menyimpan kisah misteri yg menyeramkan.



1. Anne Boleyn*gambar di atas* - Hantu yg paling kerap dilihat berkeliaran di dalam menara ini ialah Anne Boleyn. Anne Boleyn adlh isteri kedua King Henry VIII dan ada dicatatkan dalam sejarah bahawa dia telah dihukum pancung di atas menara ini di atas tuduhan pengkhianat negara. ada yg mengatakan dia dihukum pancung kerana King Henry VIII berasa marah terhadap Anne Boleyn kerana gagal memberikannya zuriat. Kelibatnya sering dikatakan berkeliaran di sekitar Menara ini sambil memegang kepalanya yg dipancung.

2.Putera di menara - Selain itu,terdapat juga kelibat hantu 2 budak kecil yang berjalan sambil berpimpin tangan.kanak-kanak ini dikatakan anak kepada King Edward IV yg telah hilang didalan menara ini. terdapat andaian yg mengatakan bahawa kedua-dua kanak2 ini telah dibunuh tetapi mayat mereka masih tidak dijumpai.Punca kehilangan masih kekal menjadi misteri.

3.Catherina Howard*sila search google utk gmbr beliao*- Satu lagi kejadian penuh tragis yg berlaku di menara ini ialah ketika isteri kelima King Henry VIII mahu dipancung. Beliau dikatakan cuba melarikan diri daripada tukang pancung sambil menjerit meminta ampun dari raja.namun akhirnya dia berjaya ditangkap dan kemudian lehernya terus dipenggal.dikatakan terdapat sebilah kapak yg sering ditemui sedang melayang-layang di menara ini sehinggalah hari ini~

4. Selain drpd kejadian2 tersebut,tdapat bnyk lagi kejadian pelik dan misteri yg sering berlaku di menara ini. Antaranya ialah kelibat wanita yg tidak berwajah, jeritan Lady Jane Grey dan tangisan suaminya, Guildford Dudley yg sayu~Ada juga pelancong yg telah melihat beberapa kelibat hantu sedang menjalankan upacara pengkebumian yg amat menyeramkan!~

hmmm. terkejut juga cik nana bila baca kisah ini.cik nana dan famili telah menjejakkan kaki ke Tower Of London pada hari Isnin, 1 Jun 2009. tapi kami tak masuk ke dalam menara tu.cuma di luar sahaja.~adekah anda percaya dgn kisah tersebut?no one knows..

si cipi

last but not least, ini adalah laptop merah jambu kesayangan cik nana yg telah selamat menjadi milik cik nana pada tahun lepas.Fujitsu & hanya mempunya 1GB RAM sahaja!nak tambah!nak tambah!!i would like to call it
"si cipi". short name for si cik pinky!! *hehe*


soalan tambahan utk hari ini :

1)apakah yg paling dekat dgn diri kita?
mati

2)apakah yg paling jauh dgn kita?
masa yg berlalu

3)apakah yg paling ringan didunia ni?
meninggalkan solat

4)apakah yg paling besar didunia ini?
hawa nafsu

5)apakah yg paling berat dlm dunia ni?
amanah

6)apakah yg paling tajam didunia ini?
lidah manusia


oh,ye Biasiswa JPA sudah keluar!! silalah minta~tarikh tutup 10 julai ni!~


terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca entri ini! semoga Allah merahmati kamu!! :)
Have a Nice Day!!

Monday, June 29, 2009

.sepetang mengutip raja buah..

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum! macamana cuaca harini ditempat kamu??adakah cerah seperti diatas ni??indahnya rupa awan kan??kiut sgtsgt!! harap sgt harini berjalan dgn baik sekali!ehhh.bukan sekali je..tp berkalikali!hehe.semalam hari ahad cik nana & famili ke Sg Lui,Hulu Langat *rumah nenek tiri cik nana*.iaitu juga rumah my late grandfather.

glad to hear all my so-called aunty & uncle's achievements in their life even though their father had passed away.my first uncle (Uniten,first year degree in electrical engineering),second uncle (Form 4,Victoria Institution which was my late grandfather school) & my aunty (Form 1,SMK Aminuddin Baki KL).hope all of you will succeed in ur life even without a father!! :) Al-Fatihah to My Late Grandfather..May his soul rest in peace ;)

semalam pergi kebun peninggalan my late grandfather which is near the house.ada durian,rambutan,manggis,buah naga & etc..cik nana yg gatal2 ni pegi ikot my uncle yg skang ni dok jaga kebun tu semua..ditemani my dad juga yg amat gilekan buah.aahh!!

ikan tilapia! pakcikku membela ikan tilapia & ikan keli.tp ikan keli pic nya tak berapa nampak

buah naga! sape biasa makan??biji dia kecik2 warna hitam

hasil kerja si "babi hutan" .abes durian2 di kebun datukku dikerjakan!tp bile pikir balik,pandai eh dorg kopek durian guna anggota bdn dorg?bijak!!pakcikku mengguna istilah "bajak".tah le cik nana pun tapaham.







ni dah kena tebuk tupai :)


pekerja buruhan part-timer :D



ni la hasilnya!! tadaaa!

awak nak sikit tak??nahhh!saye ade berjuta2 lemon lg!! hehe :P

dah balik dari kebun tu cik nana rasa semacam je..cis kena pacat rupanye!! terjerit kejap.haha.tapi takpelah.isap darah cik nana yg sememangnya dah sedia kurang darah buat ape.katanya pacat isap darah kotor..bagoslah tu..balik habis gatal2 badan semuanya..

tp best gak dpt experience masuk kebun..pakcik cik nana suruh pakai kasut but sbb senang nak bergerak..nak redah onak dan duri..cewahhh!!hahaha.cuma terlupa nak pakai topi je..dibuatnya durian tu nak gugur time tu jugak camne la kan?abes time tu jgk kene kejar g hospital.xpasal2 jer.tp alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik!

tunggu gak durian runtuh..ehhh mcm peribahasa lah pulak! pastu mulalah mata melilau2 mane durian tu jatuh..hehe.buat si pengemar raja buah ni silalah ke Hulu Langat sekarang!sekarang tgh musim..bnyk sgt yg jual2 musim2 ni..dan jgn lupe singgah sungai congkak sekali!!hehe*eh ape kene mengena???*

dgn durian yg banyaknye kt rumah ni ape yg boleh dibuat ea??

1)pengat durian*nyum-nyum!*
2)tempoyak!! nak lagi best udang masak tempoyak..hehe
3)jem durian!
4)pulut durian
5)wajik durian

ehh apa lagi ek??ade idea tak??


terima kasih atas jasa-jasa arwah datukku!dapat jugak anak-cucu beliao merasa buah-buah tempatan ini dgn secara percuma.*forget to say; cik nana alergik makan buah-buahan kecuali apple merah :(*