Friday, May 8, 2009

.sila hentikan kontroversi itu.


Bismillahirrahmanirrahim


oh yeaaa.sy blom nak bertunang lagi dong!! hahaha.cuit sikit dah melatah ye.maka sy mahu memperbetulkan tanggapan orang tentang perkara tersebut.mungkin ye "suatu hari nanti..".sy nak post sesuatu pada hari ini ; amik la sedikit masa utk membaca 'jikalau' IKHLAS itu bertandang di hati kalian..

SALAM HARI JUMAAT!!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.


Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.


1)Berharta


Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!


Demikian juga, jika dikatakan, bahawa
wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.


Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.


Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?


Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?


Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah
baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.


2)Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang iaitu keturunan yg baik.


3)Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.


Maka,
memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

4)Agama

Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.


Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.


Mereka yang terjebak dalam dosa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana,
tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.



www.tips-fb.com

10 gigitan apple:

niesah la! niesah!! said...

adoi kak..
mcm mane nk bace nih..
kuman pon x dapat nk taw huruf ape akak tulis..

Anonymous said...

aik nana..
nieh nana petik dr mana?
dari pandangan nana ke nana ade jmp dr mana2?

ilman

Lala said...

aiksss dia tu nak yang hensem je

.Cik Nana. said...

ilman - dapat dr orang.& benda ni mmg nana nak tau sgt :)

pauhputik said...

miahahahahah.... nana nak tunang lambat agi upenya..... ingat tunang semalm, bulan depan makan nasi minyak dah...... p

.Cik Nana. said...

mat ju : hehe.tp jgn terkejot kalau esok nana da bertunang ek.
tnggu org merisik je nih :P

Anonymous said...

man dah merisik..
cume tgu jwpan je skrg..
klu ok.. insyaAllah 060609 ok nana? bleh? mak kite cane? haha..

Nes Zinatulhayah said...

haaha...
ilman ngan nana?
i cant believe...hehe =)

Anonymous said...

haha.
knape ouh..
man jht sgt enh..
heh. ;p

.Cik Nana. said...

gile la man nih..hahaha