Wednesday, May 21, 2008

those who are interested.


20 may 2008


sy nak promote uiam ( universiti islam antarabangsa malaysia ) ,the place where i studying.
hahahah.promoter yg tidak bertauliah!

start with the history


Sejarah penubuhan UIAM bermula tanggal 12 Januari 1982.Pada tarikh itu,satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu,Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,Menteri Pendidikan,Datuk Amar Dr Sulaiman Daud,Ketua Pengarah Pendidikan,Tan Sri Murad Mohd Nor dan pegawai kanan kerajaan serta universiti telah diadakan bagi membincangkan tentang penubuhan universiti tersebut.


Berikutan itu,UIAM dengan rasminya ditubuhkan pada 20 Mei 1983.Penubuhan UIAM juga berlaku selepas pertukaran Perjanjian Diplomatik di antara kerajaan Malaysia sebagai tuan rumah dengan beberapa negara Islam seperti ;

>bangladesh
>mesir
>libya
>pakistan
>arab saudi
>turki
>pertubuhan negara-negara islam ( OIC )


Kampus induk UIAM terletak di kawasan seluas 700 ekar di Kuala Lumpur.sementara pusat asasinya di petaling jaya dan nilai negeri sembilan.

selain itu,dua buah kampus UIAM yang lain terletak di bandar Indera Mahkota,Pahang dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,di Kuala Lumpur.

UIAM mempunyai 14 fakulti yang menawarkan kursus-kursus :

>Undang-undang
>Ilmu berteraskan wahyu dan sains kemanusiaan
>Kejuruteraan
>Perubatan
>Pergigian
>Seni Bina
>ICT
>Sains
>Farmasi
>Kejururawatan
>Ekonomi dan sains pengurusan ( my course! )

Universiti ini merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan komunikasi.

Misi universiti ini ialah intergrasi,islamisasi,keantarabangsaan dan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aktiviti.


Fuhh..panjang lebar kan?mesti korang bosan nak baca.takpe.hanya untuk yang berminat sahaja.
apa-apa pun


HAPPY BIRTHDAY UIAM!

20 MAY 1983-20 MAY 2008

25 YEARS !!




p/s : harini sy kena ajar adik cam biasa.pastu try masak laksa.tp kuah cair la pulak.esok cuba lagi!
:D www.tips-fb.com

1 gigitan apple:

Unknown said...

Aha.. masak laksa... huhu.. nk seket..
hehe
uia.. huhu .. 25 tahun... huhu dpt cawan uia.. hhehe