Showing posts with label sudut renungan. Show all posts
Showing posts with label sudut renungan. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

.Perihal Sibuk dan Sombong.



Bismillahirrahmanirrahim

Sudah beberapa hari tak dapat menulis di blog apple merah ni.tidak dinafikan memang terasa sedikit kekosongan dan kesunyian terbit di sanubari ini. cewahh. bersastera sgt lah pandai cik nana neh.hempok ngan kerusi lajulaju baru taw. he3.apa-apa pun cik nana harap agar semua kawan2 cik nana dalam keadaan kesihatan yg merah jambu. *ye lah kan, in pink of health :P*



cik nana tak tahu la. sejak akhir2 ni, always burst into tears. Plus, sedikit tekanan akibat assignment subject commercial law yg agak menyusahkan hati ini. tolonggglah...!! saye nak seorang lawyer duduk sebelah saye boleh tak? alhamdulillah harini saye berpeluang berjumpa dgn seorang lawyer dihadapan saye. she teach me about my case study assignment.
the case involved Leha Binti Jusoh Vs Awang Johari.moreover, this is an individual assignment. at first when i read the case, seriously i cannot understand anything. zero! can u imagine? how hard the subject is..i'm burst into tears again..luckily today i went to our new house somewhere which 8 km far from our current house, my future neighbour is a lawyer. so my mum asked whether she can help me. alhamdulillah..praise be to Allah. i managed to understand the case! yuhuu.. back to normal again.




this is how the case look alike. the lawyer really help me a lot. she explained to me from the beginning until end. i told her i cannot understand law words because i'm an accounting student. haha. boleh terima ke alasan tu? bwek! thanx Allah that i got the chance to met her. sebab benda ni kebetulan je kan. inikah yang dinamakan TAKDIR?



time flies so fast~

"Demi masa, sesungguhnya manusia benar2 berada dalam kerugian kecuali org2 yg beriman & beramal soleh, yang berpesan dgn kebenaran & kesabaran..."


Saban hari saye mendengar keluhan dr ramai pihak tentang keadaan mereka yg terlalu sibuk. sibuk sana sini. kerja banyak. kerja bertimbun. berkejar ke sana ke sini. sedar tak kadang2 kesibukan ini boleh menjadikan seseorang itu SOMBONG?

Secara jujur, manusia yg sibuk ialah manusia yg sombong . Tidak percaya? sila baca kitab Imam Ghazali tentang perihal manusia sibuk dan sombong. Kalau tidak ada cuba perhatikan perihal naratif disekeliling kita.

Anak yg sibuk-sombong mahu berjumpa orang tuanya. Pelajar yg sibuk-sombong mahu menghubungi ibu bapanya. Kekasih yg sibuk-sombong bertanyakan khabar temannya. Inilah contoh-contoh yg menunjukkan sibuk itu sombong. anda percaya sekarang?

  • Gunakan masa utk berfikir krn berfikir adlh sumber kekuatan utk mendapat petunjuk.
  • Gunakan masa utk bermain, krn bermain adlh tangki bekalan utk sentiasa kelihatan muda.
  • Gunakan masa utk membaca, krn membaca adalah asas kebijaksanaan.
  • Gunakan masa utk mengasihi dan dikasihi, krn kasih sayang adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Gunakan masa utk menjalin persaudaraan, kerana persaudaraan adlh jalan menuju keimanan.
  • Gunakan masa utk berjenaka, krn jenaka adlh penyeri suasana kehidupan.
  • Gunakan masa utk bersedekah, krn hidup ini terlalu singkat utk membentuk diri sbg seorang yg kedekut.
  • Gunakan masa utk bekerja krn masa adalah harga sebuah kejayaan, tetapi jgn gunakan masa utk perkara yg sia-sia.
Rasulullah S.A.W b'sabda : "Rugilah sesiapa yg melakukan sesuatu kerja 2 kali.."


Bersahabat biarlah beribu-ribu mahupun berjuta. tetapi hanya seorang sahaja yg mampu menyimpan rahsia peribadi kita iaitu diri kita sendiri. oleh itu, bersahabatlah dgn diri sendiri agar hidup lebih bermakna...




cik nana nak selalu tersenyum dan gembira mcm ni selalu boleh tak? =)






p/s : dan manusia tidak perlu menjadi sibuk. NOKTAH.
www.tips-fb.com

Saturday, October 18, 2008

.Sepagi Bersama Buddhist.

.READ IF U HAVE FREE TIME.



"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. "Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu. "Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan"



"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda', kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya" dia menjelas, mengupas satu persatu. "Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?" Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya. "Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu" jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

"...Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar..."


Itu yang ingin ku katakan, tetapi hanya hati yang berbisik kencang. Terbayang ketika Saidina Abu Bakar yang baru beberapa lama memeluk Islam, bercerita terus menerangkan perkhabaran gembira pada Bilal. Perkhabaran tentang Islam. Seakan gembira mendapat ganjaran besar dan lumayan, lantas ingin dikongsikan pada semua supaya kemanisannya dapat juga dirasa.

"Ini hijab, bukan?" Jari-jarinya menyentuh hijabku. "Lembutnya" katanya, aku kemudian mengangguk dalam senyum. "Kamu ada rambut?" tanyanya. "Sudah tentu" aku tersenyum, tak tersangkakan sampai begitu sekali kepelikannya pada yang berhijab. "Kamu tahu, saya sangat teringin melihat rambut kamu. Hitam kah? Panjang kah?" "-Aku menjawab sekadar yang boleh diberitahu tentang diskripsi rambutku-". "Pasti sangat cantik, rugi orang lain yang tidak dapat melihatnya" aku kira itu sudah menjadi pendirian masyarakat umum. Malah umat islam sendiri ada yang tidak mahu bertudung, lantas menggayakan rambut dengan hebat pada khalayak ramai. Kecantikan perlu dihebahkan dan ditayangkan pada semua. Untuk apa disimpan? Itu kata mereka yang tidak berpegang pada al-Quran. "Keluarga saya, adik-adik lelaki saya, ayah saya, adik beradik lelaki kedua ibu bapa saya dan semua perempuan muslim yang lain diizinkan melihat rambut saya. Rasanya, sudah cukuplah mereka saja yang menikmati "kecantikannya", dan lelaki yang bukan dari family saya, hanya suami yang bakal melihatnya. Tiada yang lain dari itu" aku menjelas. Dia menundukkan mukanya merapati wajahku, cuba mengintai rambut melalui bukaan tudung di atas wajahku, mengharapkan dapat melihat cebisan rambutku, walau sedikit. Aku menutup mulutku dengan tangan, menahan tawa. "Apa yang kamu cuba lakukan?" aku tertawa, "saya ingin melihat rambut kamu, malah anda juga punya "itu" (menuding ke arah serkup yang kupakai, yang membantu aku menutup auratku sehabis mungkin), sedikit pun tiada yang diizinkan dilihat?" Dia turut menunjuk ‘arm-socks' yang kupakai. "Kamu sangat tertutup" dia berkata. "Cukuplah sekadar kamu melihat riak muka saya yang ceria ini" saya berkata dengan nada gurau. Dia membalas dengan ledak tawa. Lantas kami menutup mulut kami sendiri, bila menyedari ada wajah yang berpaling. Baru teringat, kami berada di dalam library, yang tinggal hanya mata kami yang mengecil dan ketawa yang berdecit. "Baiklah, riak ceria dan ramah kamu sudah cukup untuk saya" ulasnya jujur.

"Dari mana kamu tahu perihal undang-undang ini?" Tanyanya pelik melihat aku yakin dengan guideline yang aku kemukakan. Seakan ada wujud akta yang menggariskannya. "Dari ayat-ayat Tuhanku, dari Al-Quran. Panduan utama hidup kami untuk menuju ke Syurga. Kamu tidak punya guideline?"

Dia terdiam menggeleng. "Kami hanya perlu berbuat baik kepada manusia. itu yang bakal menghantar kami ke syurga". Semudah itu untuk ke Syurga. Bukankah Syurga itu sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? Aku bermonolog sendiri. "Apa maksud kamu dengan berbuat baik? Agama kamu terlalu umum. Tiada guideline tentang perbuatan baik itu?" Aku sendiri pelik, jika tiada kitab bagaimana mungkin mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan? "Tidak melakukan kerosakan, tidak mencuri, tidak membunuh dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain, itulah dia kebaikan. Rasanya semua sedia maklum pada terms berbuat kebaikan. Semua mesti tahu. Jadi, tidak perlukan guideline" aku tersenyum. "Kamu pasti mengagumi al-Quran kami yang penuh dengan guidelines, dan pasti kamu terkejut membacanya kerana apa yang kamu fahami tentang "kebaikan" itu hanyalah secebis dari al-Quran. Banyak lagi perkara "baik" yang tidak diketahui tanpa merujuknya" aku menjelas, tersenyum, bangga, bersyukur, dikurniakan hidayah atas agama Allah.

"Kamu ada sami yang duduk di tempat ibadah seperti kami?" Dia bertanya. "Apa yang dilakukan oleh sami kamu?" Aku meminta penjelasannya. "Menghambakan diri mereka pada Tuhan. Mereka tidak berkahwin, tidak bersuka ria" dia menjelas. "Oh, dalam Islam, semua Muslim memainkan peranan seperti sami kamu, cuma kami boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Kami boleh berkahwin, belajar, berhibur dalam jalan yang diizinkan Tuhan, dan membuat apa-apa aktiviti yang manusia lain buat. Tetapi dalam setiap perbuatan itu, kami tahu dan sedar bahawa kami ini hamba Tuhan. Malah dalam tiap ketika kami merasa kerendahan hati menjadi seorang hamba, tiada perbezaan dalam amalan setiap seorang Muslim itu. Al-Quran bukan hanya diturunkan untuk golongan tertentu. Semua Muslim wajib menurutinya" kadang-kadang aku sedikit terlost mencari ayat yang sepatutnya aku perkatakan. Sungguh! sangat susah, kini kurasakan betapa dhaifnya aku dalam berbahasa inggeris.

"Maknanya, dalam agama kamu hanya sami yang boleh masuk Syurga tertinggi?" Aku 'menembaknya' dengan tenang, dengan senyuman. Sungguh, dia terkedu lagi, "semua boleh masuk ke Syurga yang sama" jawabnya. Aku sekadar tersenyum, membiarkan dia berfikir. "Kami punya utusan yang membawa ajaran dari Tuhan, Muhammad S.A.W. Peranannya adalah untuk menyebarkan risalah Tuhan, al-Quran" aku sekadar membantunya berfikir. "Dan dia seperti manusia lain? Boleh berkahwin, bekerja dan sebagainya?" Dia bertanya. lantas aku mengangguk, mengiyakan."Dan kini, al-Quran dan segala ajaran Tuhan sampai kepada kami. Peranan Nabi Muhammad disambut dan diteruskan oleh semua Muslim. Menyampaikan risalah Tuhan. Jika tidak, pasti saya tidak memperoleh keyakinan dan keimanan pada agama saya seperti tika ini, dan kini, tanggungjawab itu, saya sendiri pikul. Saya juga wajib meneruskan perjuangan Nabi saya. Menyampaikan" aku menarik nafas, memikirkan perkara yang perlu dicover lagi. "Kamu tahu, misi kami semua hanyalah membawa manusia kembali kepada al-Quran. Supaya manusia ada pegangan. Bukan hanya mengikut-ikut budaya persekitaran", dia diam mendengar dan kadang-kadang tersenyum. Kurasakan pandangannya agak sinis, tapi, husnuzzon.. as long as dia masih berminat mendengar, itu sudah cukup baik. Moga Tuhan melemparkan cebisan hidayah padaNya, dan keterusan hidayah buatku.

"Bagaimana hubungan kamu dengan lelaki?" Dia bertanya, lantas bercerita bagi pihaknya. "Kamu tahu, saya juga tidak bercakap kosong dengan mana-mana lelaki, dari kecil, hinggalah ke sekolah menengah dan sekarang saya baru belajar untuk berbicara yang penting sahaja". Aku sendiri kagum dengan kata-katanya, sememangnya nampak, dia seorang yang pemalu. "Apakah itu yang digariskan dalam agama kamu?" Aku bertanya meminta penjelasan. "Tidak, itu hanyalah budaya, adab dan kesopanan. Pada zaman dulu, perempuan-perempuan kami hanya duduk di rumah, tidak terdedah pada dunia luar, tidak bercampur gaul dengan lelaki-lelaki lain yang tidak berhak. Tetapi budaya itu telah makin hilang, tiada lagi budaya sepertinya, cuma keluarga saya masih menerapkannya" dia menjelas. Aku tersenyum, menghormati pendiriannya, tetapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memperkatakan yang benar.


"Sungguh, saya kagum dengan kamu, kami juga dilarang untuk bercampur gaul dengan lelaki-lelaki tanpa tujuan penting. Tetapi, ini bukanlah budaya yang boleh diubah-ubah, itu adalah arahan Tuhan. Biar kami hidup dan dicampakkan di tempat semaju mana pun, pegangan itu tidak boleh diubah. Wajib untuk kami patuhi, sampai bila-bila pun". "Kamu sangat yakin dengan Tuhan kamu, dan dengan ketegasan ayat-ayat Tuhan kamu" dia pula seakan kagum mendengar hujah-hujahku. "Sudah tentu, sudah tentu kamu juga begitu terhadap agamamu, bukan?" Dia diam dan mengangkat bahu.. "well..." Itu saja yang terpacul keluar dari mulutnya.

"Bagaimana kamu boleh sangat yakin dan tidak sedikitpun merasa terbeban dengan aturan-aturan yang banyak dari Tuhan kamu?" Dia bertanya. "Setiap perbuatan kamu ada guideline. semua yang kami buat, tidak semua anda boleh buat. Tidakkah kamu berasa marah atau terpinggir?"

"Jika kamu mengucapkan kalimah syahadah, apa yang bakal kamu rasai, hanyalah keyakinanmu pada Tuhan, dan Muhammad S.A.W sebagai utusan. Al-Quran bakal mendidik jiwa dengan keimanan. Keyakinan dan keimanan pada Tuhan itulah yang membuatkan kamu tidak pernah ragu pada kata-kata-Nya. Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan. Kami tidak rasa terbeban, malah kami sangat takut dan berhati-hati jika kami ada melanggar perintah Tuhan, kerana kami sangat berharap mendapat keredhaan Tuhan dan akhirnya ke SyurgaNya. Dengan keyakinan inilah segala-galanya tumbuh menjadi amalan. Mungkin kamu merasa pelik, kerana kamu tidak pernah merasai sepertimana apa yang kami yakin pada Tuhan kami. Tetapi, bagi yang baru mengenal Islam, "kepercayaan" dan "keyakinan atas kepercayaan" itulah yang dididik dari awal. Bukan setakat do's and dont's" aku menjelas panjang lebar.

"Panjangnya kita bercerita, kamu masih mahu berbincang tentang kerja kita ini?" Dia bertanya seakan mahu pulang cepat. "Saya rasa sudah cukup untuk hari ini, kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan" Aku meraikan keinginannya itu. "Dalam masa dua minggu... heih.. kamu rasa, mampukah kita siapkan sebelum due date?" Dia bertanya, seakan tidak yakin kami mampu menyiapkan assignment "insyaAllah, kita mampu" terkeluar perkataan insyaAllah dari mulutku. "Apa itu insyaAllah?", "Oh, maaf, itu tadi telah menjadi kebiasaan saya dalam percakapan, itu seakan janji yang menyatakan kesungguhan saya untuk menghadapi kerja yang bakal kita lalui bersama. "In Allah's will" dengan izin Allah, pasti kita akan menyiapkannya", dia terkedu lagi. "Kamu ada Islam dalam setiap perbuatan kamu, ternyata kamu sangat yakin" dia mengomel sendiri. Saya sekadar tersenyum.

Dalam perjalanan pulang aku tidak lagi menyentuh soal agama, topik perbualan aku tukar kepada perihal keluarga dan holiday, risau juga kalau-kalu dia kurang selesa dengan kata-kataku, moga hidayah Allah menaungi kami. Amin...

-Muhasabah diri kita. kadang-kadang kita tak sedar, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, tidak setinggi taraf impian menggapai Firdausi. kadang-kadang, baru tersedar, rupa-rupanya, kita sama saja dengan mereka (non-Muslim), sedangkan bibir mengucap hebat, melaungkan title diri sebagai Muslim. Na'uzubillah. Ayuh kembali pada Islam dan Al-Quran-



.source from : i luv islam.
www.tips-fb.com

Monday, October 6, 2008

.sedap ke mkn daging busuk??.


Makan Daging Busuk

Wahai org yg beriman! Jauhilah kebanyakan drpd sangkaan,kerana sesungguhnya sebahagian drpd sangkaan itu adlh berdosa. Jgnlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, jgnlah sesetengah dr kamu mengumpat sesetengahnya yg lain.

Adakah seseorang drpd kamu yg suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (jika,demikian keadaan mengumpat),maka sudah tentu kamu jijik kpdnya.

Al-Hujurat (12)




www.tips-fb.com

Sunday, August 31, 2008

.independent day.


selamat hari kemerdekaan yg ke - 51
Bila sebut tentang merdeka, kita selalu kaitkan dgn laungan merdeka di Stadium Merdeka shj, namun pernahkan kita terfikir yg kita ni masih lg dijajah walau pun kita ingat kita bebas? Renung-renungkanlah..
- Dari Jajahan Hawa Nafsu
> Saban hari kita diikat dgn hawa nafsu yg berkerajaan di hati.mcm2 nafsu sampaikan kita mcm jd hamba nafsu bukan hamba Allah.merdeka kah kita?
p/s: sy kuat tido.....;p
- Dari Cinta Dunia
> Dari mula nampak dunia sampai meninggal asyik dok kejar dunia. Cinta sgt kt dunia walaupun tahu dunia ni sementara. Akhirat yg selama-lamanya tu tak nak ke? Siapa tak nak dunia? kalau boleh dunia ni ana sorang yg punya. kalau boleh nak jadi yg plg kaya,plg hensem,plg lawa,plg terer..paling lama kt dunia ni pun tak sampai seratus tahun..cemana hebat pun kita ni,esok lusa kembali pd Nya jugak.
p/s: brg siapa mencari akhirat,maka dunia juga mengikutinya...
- Dari Sifat Tercela
> Bkn senang nak bebaskan diri dr sifat tercela sbb yg mencelanya bkn manusia. jahat mcmana pun kita kalau ada kuasa n harta org tak berani nak mencela.siap disanjung agi.masalahnya kt akhirat nnt siapalah kita??
- Dari Campur Tangan Syaitan
> Kalau dulu British sibuk nak campur tgn dlm pentadbiran Malaya, kini tinggal syaitan yg sering campur tgn dlm urusan hati kita. niatnya tetap sama, nak jd pentadbir dan kita akhirnya jd hamba. ikutkan sgt nasihat syaitan alamat kt akhirat nnt kita dpt kerakyatan yg sama dgn dia,jd ahli neraka. Dia memang bijak, mmg hebat, kalau takde iman dan taqwa,kacang-kacang dimainkan kita.Sedarlah perjuangan kita belum selesai selagi hayat dikandung badan.
- Dari Seksa Api Neraka
> Apa sangatlah nak diraikan kejayaan kita kt dunia ni kalau di akhirat nnt wilayah penempatan kita beralamatkan neraka. kita berjaya berdikari, berjaya memiliki kebebasan namun kebebasan itu jika hasilnya cuma hubungan bebas,berfikiran bebas, bebas beragama dan bebas menentukan hidup tanpa berlandaskan agama maka kebebasan ini hanya sementara dan kelak kita sahih tak dapat bebas dr blsn seksa api neraka.
Bebaskanlah diri korang dan orang-orang yg korang sayang..
CHAIYOK2!!
utk renungan semua & diri ini juga..
www.tips-fb.com

Tuesday, August 5, 2008

la tahzan

Kenapa Bersedih ???



Manusia akan sentiasa dibelenggu keluh-kesah,itu dah memang pasti tapi selok-eloknya kita selalulah bersyukur baik semasa senang ataupun susah.Bukankah ini ujian buat kita selagi hayat dikandung badan??



Sebab kenapa korang tak perlu bersedih :


Korang Masih Diberi Nyawa






Korang bersedih kerana hidup korang tak happening mcm hidup org lain? hidup korang membosankan? hidup korang dikongkong keluarga? hidup korang terikat dgn kerja @ pengajian yg membebankan? Sekurang-kurangnya korang masih hidup dan diorang yg dah mati sanggup lakukan apa sahaja jika diberi peluang utk hidup kembali.





Korang Masih Ada Makanan Dan Pakaian





Korang bersedih kerana baju atau barangan korang tak branded? pakaian korang tak up to date? kasut korang dah nak tanggal tapak? baju korang beli kt pasar malam? Korang bersedih sebab tak dapat makan yg sedap2? asyik lauk sardin dan mee segera. Sekurangnya-kurangnya korang masih ada pakaian utk dipakai dan makanan utk menghilangkan lapar tak seperti mereka yg kebulur dan tak berbaju di sesetengah negara.





Korang Masih Mempunyai Akal Fikiran





Korang bersedih kerana fikiran korang serabut memikirkan nasib malang, beban hutang , masalah keluarga , risaukan periksa yg makin hampir , mata air yg merajuk , kawan yg makan kawan , orang dok mengata belakang & seribu satu macam masalah negara dan dunia. Sekurang2nya korang masih waras dan boleh hidup normal tak macam diorang yg kat Hospital Bahagia..




Korang Masih Mempunyai Iman




Korang bersedih sebab Tuhan tak makbulkan doa korang? tak tolong korang masa korang terdesak dan tersepit ? tak lindungi korang masa korang ditindas,dianiaya dan dihina.Sekurangnya2 korang masih beriman dan punya pegangan tak seperti dorang yg sesat dan sudah pasti diakhirat nanti akan menyesal selama-lamanya..


Jadi Janganlah Bersedih.. La Tahzan !!!


Smile Always! Make Ur Day Happy !!








www.tips-fb.com