Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts

Monday, November 28, 2011

cerita terbaru dari cik nana :)

Salam semua..!
lame dah kan tak update?
seriusss kemalasan di tahap kritikel..
now, tinggal lg 1 bulan lebih sebelum sem ni berakhir..
start 16 january 2012 ni insyAllah cik nana akan buat practical training di audit firm iaitu at Deloitte lokasi ny di Uptown Damansara PJ.. hihi..slama 6 bulan..straight after habis final exam on 12 january 2012..xsabar nya rasa..nak tahu jugak real work life kt sane cmner kan?




oh ye, dah hampir sebulan jgk la birthday cik nana da lepas.
alhamdulillah happy sbb kali ni celebration cam bnyk jgk..thanks uolss! ^^,
utk kali ni dpt 4 cakes! :D
may ALLAH bless all of you..












okay la..mcm malas nak taip pnjg2 sbb assignment pun bnyk xsettle lg..saje nk update crite terbaru..

take care!! :D
www.tips-fb.com

Tuesday, January 4, 2011

Dah namanya kemalangan..



tentulah tak sengaja kan?




>>saban hari kite dengar crita ataupun bace paper ade je kemalangan..mesti org cakap tak sengaja..tapi ianya juga berpunca dr sikap 'cuai' diri sendiri itu..terlalu 'over-confident' pun bahaya, same goes to when you're underconfident. just be moderate okayy?

>>malang tu memang tak berbau, kalau boleh bau, mesti tak jadi benda yg buruk2. entahlah, kite ni sebagai manusia sesungguhnya memang tak dapat nak jangka ape yg akan berlaku pada diri kite pd masa hadapan walaupun dah cuba berhati-hati. betul tak?

>>konklusinya, sentiasalah berdoa pd Allah dan jangan sekali-kali lupakan-Nya walaupun masa kita senang ataupun susah..selalulah mintak diri kita ni dilindungi daripada kemalangan dan tragedi yg tidak baik pd diri kita dan semua orang yg kita sayang..[biasalah tak semua pemandu jalan raye yg tahu menghormati orang lain, banyak jgk yg kurang ajar..ni mmg cik nana xpuas hati!]





hihi. sekian saje tazkirah dr cik nana pd hari ni. mau bersiap2. kelas jam 8.30. lg setengah jam nak pukul 8 ni. harini jadual pack sampai pukul 5.30 petang. subjek advanced acc, bm, dmc dan taxation. selamat belajar!!


lastly,
pandu dengan cermat, ingatlah orang yg tersayang.. =)


www.tips-fb.com

Wednesday, May 26, 2010

.kamu suka kumpul kasut bnyk2 kan?.



Selamat awal pagi cik nana ucapkan pada kalian semua!

yuhuu!~ agak banyak perubahan yg cik nana dah lakukan pada blog applemerah ini. sebenarnya cik nana sukakan blog yg ringkas tapi kemas dan sedap mata memandang. yg penting boleh dibaca. itu yg lagi penting dari yg paling penting kan? he3. oh ye, cik nana nak ucapkan terima kasih pada yg sudi singgah dan baca. [tak lupa pada yg rajin comment]

saye memang seorang penggemar dan suka mengumpul kasut . tabiat ni dari kecik lg sebenarnya. pantang nampak kedai kasot mesti nak masuk dan beli. tapi sekarang ni takde lah mcmtu dah. tapikan sekarang ni, saye memang amat gilakan kasot crocs. sgt nice

SEBAB?
  • mudah utk disarung ; walaupun pertama kali pakai & beli kaki melecet kt bahagian belakang sampai luka dan berdarah. kali kedua beli kaki lebam kt belakang.

  • nampak mcm comel sgt2 ; ala2 kanak2 ribena gitu. tapi saye tak pakai yg bercop kartun ye. plain tapi boleh letak button kt tepi ;)
  • tak payah susah2 nak fikir match warna kasut dgn baju ke hape. main hantam saje! bak kata member saye, tak kesah la atas warna pink & bwh hijau, yg penting YAKIN diri! hahaha..
ada lagi nak tambah sebab2? sila isikan tempat kosong dgn jwpn yg betul ____________.

[10 markah]

Rasanya ramai dah blogger yg tulis pasal ni. kt logo kasut crocs ada kalimah ALLAH ni. saye pon tak pasti sama ada rekaan ataupun ada unsur2 diskriminasi ataupun ape2 je alasan disebaliknya. hanya mereka saje yg tahu.ape pendapat korang?
tapi, kesian lak buaya darat ni jadi mangse.he3..


cik nana dengar cerita, kalau diperhatikan crocs asli je yg ada tanda mcm kat atas ni.yg celup takde. tadi cik nana dgn member2 cuba buat perbandingan. mmg ada perbezaan. sbb crocs yg celup tu logo buaya darat tu tak berapa jelas kelihatan. maklumlah made in china =P harga pon RM18 je beli kt uptown danau kota. haha.


saye baru ada 2 pasang je yg macam kt atas nih! sgt suka yg design mcm atas ni. kalau nak tau, kasut ni jadi kasut serbaguna utk saye. kasot utk bersukan pon ley jadik taw! haha. contoh guna masa explorace program rakan muda baru2 ni. lari2 dgn kasut yg comel ni. adeyh. beberapa kali gak nak tergelincir.


crocs ni ley modify & design pulak tu dgn pelbagai pilihan buttons. pilih2! selonggok RM2! he3.
; baru je tukar button rama2 yg patah tu dgn bentuk button bibir. nak tau kenape? ada dengar cerita dr org, kalau tak nak bagi kasut/selipar korang hilang, try kiss kt kasut tu. insyAllah takde sape nak curik. wahaha.

Fuyoo! kasut but ni mengancam la! agak2 kalau pakai pergi class ada tak yg toleh2? hiksss..nak beli sepasang la :D


p/s : saye ni asyik dengar cerita orang je. ntah betul ke tak. korang percaya ke? :P



Keikhlasan itu umpama seperti seekor semut hitam yg berada di atas batu hitam dalam malam yg kelam. Ianya wujud tapi sukar utk dilihat...




IIUM.FM


Oh ye, nak kenalkan, my campus, UIAM baru launch radio station iium.fm. boleh dengar terus dari link kt atas ni. sekali click je taw! :)

Enjoy listening!


www.tips-fb.com

Tuesday, July 7, 2009

.ikut resam padi,semakin tunduk semakin menjadi..


Bismillahirrahmanirrahim

mim alif lam sin = MALAS!kenapa malas eh?sebab tak rajin la!nak sedap dengar sikit jgn la cakap malas,tp cakap kurang rajin!jgn cakap bodoh,tp kurang pandai!

sekarang ni saye selalu jenguk2 suratkhabar kt bahagian 'bisnes'.cewah dah kata amek kos berkaitan kewangan kan!bila lagi nak membiasakan diri baca benda-benda hal ehwal ekonomi!bukan ape,saje nak tengok tukaran mata wang asing,semakin hari semakin naik!!apesal ni!*padahal dulu tak amek peduli pon. :P*

1 Dolar AS -RM3.5630
1 Euro - RM4.9950
1 Dolar Australia-RM2.8720
1 Dolar Singapura-RM2.4575
1 Pound Sterling-RM5.8290


harini 7/7/2009!bererti lagi 6 hari saye bakal memulakan semester baru!pelajar2 kt IPT lain sume dah mula sem baru.tp UIA ni kan istimewa!cuti awal tapi lambat masuk sem baru!hahaha.jangan jeles ek!!saye mula bercuti sejak 15 april haritu.sampai sekarang masih bercuti lg!memang super duper cuti sakan kali ni.saye rasa gembira sgt cuti kali dan betul2 bersemangat utk memulakan semester baru!lagi2 plak dapat 2 pasang baju baru!yehaaa!!insyAllah semester 2 ni saye akan ambil 6 subjects ;

1) Management Accounting Fundamental
2) Principles Of Macroeconomics
3) Statistics
4) Information Technology
5) Fiqh For Islamic Economics
6) Foundation Of Islamic Economics

+

Study Circle II (0.5)

kalau dicampurkan credit hours semua adalah 18.5.agak banyak la kalau nak dibandingkan dengan semester lepas.insyAllah cik nana boleh!!tapi saye sedikit sedih sebab tak tau dapat 'roomates' dengan sape sem ni!~harap sgt dapat roomates 1 kos & same subjects!dari dulu sampai skang susah betul nak pilih roomates sendiri!mungkin saje nak kasi kite kenal dgn ramai orang!~haih!zaty!imah!naba!nana mao sebilik dgn kamu org! :(

*study circle- tu mcm usrah*

cecuti ni cik nana sokmo tengok cite P.Ramlee.yelah dah kate peminat cerita Melayu kan!korang kasi la cik nana selonggok CD Korea ke Jepun ke Omputih ke..jgn harap akan berusik CD-CD tu!!hahaha.kalau kt TV channel yg selalu cik nana bukak cuma tv1,tv2,prima&ria.tp yg kerap prima la.sbb prima banyak cite P.Ramlee.walaupun selalu berulang2 cite tp cik nana layan je!!~di antara drama yg paling diminati oleh saye ; *dush dush kalo tak minat sile ke tepi!! :P wekk!*

1) Nujum Pak Belalang(1959)
2) Nasib Si Labu Labi(1963)
3) Labu dan Labi(1962)
4) Bujang Lapok(1957)
5) Pendekar Bujang Lapok(1959)
6) Madu Tiga(1964)
7) Ali Baba Bujang Lapok(1961)
8) Ahmad Albab(1968)
9) Do Re Mi(1966)
10) Laksamana Do Re Mi(1972; filem terakhir)
11) Seniman Bujang Lapok(1961)
12) Sabaruddin Tukang Kasut(1966)
13) Tiga Abdul(1964)
14) Anak bapak (1968)
15) Anakku Sazali (1956)
16) Antara 2 darjat (1960)
17) Masam Masam Manis (1965)

tahun adalah tahun diterbitkan filem itu.itu diantara filem yg cik nana minat sgt dan akan excited kalau kuar kt TV!!tapi filem P Ramlee yg paling best buat saye adlh Nujum Pak Belalang.

P.Ramlee : Pak Belalang
Bat Latif : Belalang
Hashimah Yon : Tuan Puteri Sri Buju Sirih
Ahmad Nisfu : Sultan Shahrul Nizam
Aziz Sattar : Badan
S.Shamsuddin : Nyawa

saye nak bagi 10 bintang utk filem ni!! :D

Filem P.Ramlee ni tak bosan walaupun dah tengok berulang2 kali sbb ada unsur jenaka,nasihat dan lagu2 yg menarik.bayangkan pd masa tu beliao dpt memikirkan idea yg lebih hebat drpd pengarah filem masa kini!dush dush!memang takde lagi pengarah dpt lawan kehebatan beliao dlm menghasilkan karya yg hebat seperti itu!

Kesimpulannya,tiada Filem Masa Kini Yg Setanding Dengan Filem P Ramlee! :) I still love and loyal to watch P Ramlee Film as i can~


"satu utk kau,satu utk aku,satu utk kau,satu utk aku!" hahahaha.lakonan mantap Aziz Sattar & S.Samsuddin

Pak Ajis!! saye mahu berlakon bersama kamu!! :P



ini adalah International Islamic University Malaysia (IIUM) Gombak! *credits kpd Kamal Ariff kerana aku mengambil gmbr kau!*.cik nana nak ucapkan "Selamat bertaaruf Week kepada pelajar2 baru yg masuk ke UIAM GOMBAK bermula hari ini!",terutama kepada kawan2 cik nana yg baru habis asasi kt Nilai seperti Nur Izzati,Mili,Fafa dan Imah.kalau tak silap Taaruf Week @ Orientasi lebih kurang 4-5 hari jugak!teringat kenangan cik nana masa taaruf week dulu.sgt menyeksakan!tak dapat mandi 2 hari!hahahaha.semoga mereka tabah! :P

i'm craving for secret recipe's carrot cheese cake!! nak sgtsgt!! :(, and hmm when is my birthday?? *im waiting for suprise to myself..*

mulai hari ini juga,rumah saye dah mula sesi cat-mengecat!yuhuu!rumah saye bakal dapat dinding berwajah baru!!can't wait!! green apple i think the best!but that colour for my bedroom! & how about living room??what colour that suits..i wonder what colour will my mum choose for it!~but u know what!! green apple is good for ur eyes!! :D & blue colour also triple nice!!i like to play wif colours!+ i love colourful things!hidup berwarna warni lebih ceriaaaa!!~hepi selalu tau utk awet muda!!


Ada 2 ekor anak itik yg baru menetas,bagaimana hendak mengetahui yg mana jantan dan yang mana betina??



*Gambar itik2 itu di snap masa kt Regent's Park,the largest outdoor sports area in London*



www.tips-fb.com

Friday, July 3, 2009

.tak ade rezeki la katekan..

Bismillahirrahmanirrahim

haih.seronoknya kalau dapat makan aiskrim kt atas ni dlm cuaca yg panas mcmni~!malam tadi terfikir nak buat roti letak aiskrim.malam tadi check2 peti ais.tengok ada aiskrim sundae cokelat.hajat dihati mmg nak makan.letak la atas meja.bila nak amek makan tumpah plak atas baju & kerusi.omg omg!separuh tumpah langsung tabole nak makan da~sedihnya!

buang je la.alangkah best kalo dpt makan aiskrim baskin robbins!strawberry campo vanilla ke.eeeiii lg best kalo ade org blanje.hahahahah.nyum-nyum!~tengok gmbr makanan2 kt bawah ni rase lapar plak~hahahaha*kt bwh ni gmbr2 snap sendiri,bkn google2 taw*







nampak tak budak pmpuan yg tengah kesat mata kt tepi ni??*ada arrow pink tu*.masa tu masuk dalam rumah hantu beliao xabes2 cakap "ohhh shit!ooh shitt!".hahaha gelabah gile!naik bernanah telinga camni.opssss.dah tu pernah sekali terpeluk saye secara tibetibe bile hantu muncul depan mata.walau ape2 pun kamu mmg cun! :D

buku teks ICT ni dah berhabuk disimpan oleh cik nana selama 3 bulan nih!hahaha.sori cik hana~mmg xbersentuh lgsg laa.subjek Information Technology salah satu subjek yg bakal cik nana amek untuk semester baru nnt!~katanya nanti kena buat blog & website utk project work!boleh tak lecturer tu menilai blog cik nana ni??tapayah la buat blog lain.hahaha :P

adik husna! saye rindu same kamu!~adik angkat cik nana nih.*yg belah kanan pakai tudung hitam*.kdg2 beliao ada hantar msj pd cik nana.kesian pd beliao sbb cik nana xpernah mula hntr msj pd beliao~sorri dik!~nnt kita jumpe lg ok bile bukak sem ni! :D


p/s: Selamat Pengantin Baru buat Jijie & Halim yg bakal bernikah pd harini!~my coursemates.saye tak berapa mengenali mereka berdua nih.cuma Halim saje yg pernah 1 kelas arab dgn saye masa sem 2 kt asasi dulu.muda lg ok mereka tu??sebaya dgn cik nana!~baguslah tu.
baru tadi juge saye msj dgn seorang kawan lame sy.sy kenal beliao masa darjah 6 di 1 kem ni.kebetulan duduk belakang cik nana je.lepas balik dr kem tu kami cume berutus surat selama beberapa tahun.dalam tempoh tu sekali sahaje kami bertemu.masa tu form 4.masa form 5 kami terlost contact.agak lama juga tak dengar khaba berita.tibetibe semester lepas dapat panggilan dr beliao mengatakan insyAllah beliao nak kawin hujung bulan 11 taun ni.waaa ieda! tak sabar nak makan nasi minyak kamu!~tadi saye bertanyekan perasaan beliao dlm beberapa bulan lg nak jadi isteri org nih~beliao menjawab;
"macam2 la,hepi,takot,cemas,gementar.eei bnyk la yg ieda sendiri tak leh nak bayangkan..nanti nana nak kawin,nana rasa la ape yg ieda rase sekarang..ha.nana lambat lg ek??"
*hahaha.nak tergelak guling2 mcmni.aper la soalan ni,yg pastinya bukan dlm masa yg terdekat ni!~*
p/s: Jodoh itu adalah rahsia ALLAH S.W.T.jadi teruskanlah berdoa dan berdoa supaya mendapat jodoh yg paling terbaik... :)
Ziera,nana harap kamu gembira sentiasa! kalau ade ape2 msj nana tau..anytime u want!! =)
sy cdgkan kamu semua masuk blog ini utk tgk pengalaman rakyat M'sia bkunjung ke UK. *click kt perkataan ini*
thanks!!

www.tips-fb.com

Wednesday, July 1, 2009

.sehelai tali leher kepunyaan beliau..

Near Tower of London & London Bridge

Bismillahirrahmanirrahim

salah satu sebab kenapa saye cintakan photography sebab kepuasan bile tengok hasil photos yg cantik-cantik.lagi2 kalau bertemakan alam ciptaan illahi ini~sungguh mendamaikan!~masa zaman saye buat asasi dulu,ada lecturer saye yg mengajar subjek 'statistics' selalu menceritakan pengalaman beliao travelling.kata beliao setiap tahun beliao & suami akan melancong ke luar negara.beliao kata negara Switzerland sgt cantik~masa itu saye terfikir "alangkah seronoknye kalau aku pun dapat macamtu~".

sampaikan beliao duduk di sane selama 3 bulan & cuti mengajar*masa short sem*.beliao kata beliao hampir2 terlupakan pasal UIA~hehe.mama saye yg amat sukekan travelling selalu menyuruh saye bertanye pd lecturer tersebut tentang negara yg beliao lawati~tp apekan daye~sy seorang yg pemalu!~*tampar pipi sendiri berkalikali*
tp sekarang ni kecoh pasal penyakit selsema babi tu menyebabkan pelancongan domestik amatlah digalakkan~
saye berharap agar Wabak Terhebat itu dapat dipulihkan sedikit masa lagi!~

ini gambar kumpulan saye masa sesi induksi persatuan AKHI.haritu sy menonton drama melayu.tak ingat pulak tajuk drama tu aper.tp yg pelakon utama tu Rozita Che' Wan & Fahrin Ahmad.Rozita Che Wan ni dia seorang wanita berkerjaya tetapi beliao gagal dlm kehidupan berumahtangga.menyebabkan beliao sgt bencikan diri beliao sendiri.tu psl dia jadi seorang yg misteri...tp ape yg misteri di sini..cik nana terkejut sbb tengok Mamat Berbaju Merah kt atas gambar ni jadi watak tambahan dlm cite tu sbg pengawal keselamatan.haha.cik nana mengesat2 mata adakah sah itu adlh beliao??rasa dah betul da!!haha.beliao nih dari Bangladesh,namenye Tasnim.student course economics & management*my course!!*.nanti la bukak sem ni saye bertanyekan pd beliao~

semalam juga sy pegi ke koperasi sekolah adik saye.utk membeli tali leher.dengan niat yg suci dan murni ni maka melangkahla kakiku ke koop tersebut.tengok2 dalam koop tu sume budak lelaki jer*merah2 dah muke ni*.haha sampai2 je ;

cik nana : adik,tie ade tak?nak 2 helai.
guy 1 : ada.*beberape saat lepas tu beliao menyerahkan tali leher tersebut*
cik nana : boleh tolong ikatkan tie ni sekali x?
guy 1 : boleh2..*amek la tie tu semula sambil letak tie tu kt leher beliao*
guy 2 : kak,adik akak ni form 1 ke?
cik nana : haah.form 1.
guy 3 *yg duduk kt luar kaunter* : weh, ko suruh la "dia" ni belajar cara ikat tie tu.mcm bagi org ikan tapi
kalau tak ajar cara memancing susah gak.nanti lepas dah habis makan,tak tau nak dapatkan ikan macamana.*beliao memberikan 1 peribahasa ni,cik nana pun xberapa ingat peribahasa tu*.

dia tu merujuk pd cik nana.guy 3 tu cakap pd kawan2 beliao yg tengah ikatkan tie yg cik nana mintak tu.cik nana tersentak juga bile beliao berkata begitu.bukan tak nak belajar,tapi malu pulak dgn budak2 laki yg tengah ramai masa tu.tapi cik nana perhatikan la jugak camne dorg ikatkan tie tu.sebab dorg ade depan cik nana je.

balik rumah cik nana terfikir juga FAKTA yg budak lelaki tu telah suarakan.betul! saye harus belajar cara ikatkan tali leher!!hahaha.untuk aper??untuk masa depan juge~jom kite belajar cara mengikat tali leher!~

sape kat sini tak reti ikat tali leher??

tarikh keramat iaitu pada 1 Julai 2009,buat pertama kalinya akaun FACE BOOK cik nana telah diwujudkan! haha.gile ketinggalan mesti tu yg korang nak cakap kan??takpe.ni juge atas kate2 encik Aswadil Amin yg telah menyebabkan saye tersedar utk menghasilkan akaun face book ni! org lain main face book..aku masih main friendster lagi..kahkah..

secara jujurnya,saye sebenarnya malas nak terjebak lagi dlm laman web komuniti ini selain friendster.tak tau le kenape.blogging ni pun dah jadi mcm salah satu keperluan.tp sebab tengok cik ynn main game restaurant tu yg mcm nak buat jugak la~



Tower Of London

saye nak mendedahkan sejarah kisah tower of london ni.sebenarnya kamu semua jgn keliru London Bridge dengan Tower Of London.sebab kedua-duanya berbeza.Tower Of London tu yg ada 2 bangunan yg dihubungkan oleh jambatan~

'Tower Of London merupakan sebuah bangunan sejarah yg letaknya di tengah-tengah kota London. ia juga digelar sebagai "The Bloody Tower" kerana salah satu fungsinya sebagai penjara dan tempat hukuman bunuh dijalankan. terdapat dakwaan-dakwaan yg mengatakan terdapatnya hantu berkeliaran di dalam menara ini'

Tapak menara ini pada asalnya adalah merupakan sebuah kubu tentera Rom.Pada tahun 1066, William the Conquerer telah menakluki England dan beliau telah membina menara ini pada tahun 1078 untuk melindungi kota London daripada musuh.Pada tahun 1204, King Henry III telah menjadikan menara ini sebagai kediaman diraja dan juga dijadikan sebagai satu kompleks pentadbiran untuk raja-raja England. Menara ini dikatakan banyak menyimpan kisah misteri yg menyeramkan.



1. Anne Boleyn*gambar di atas* - Hantu yg paling kerap dilihat berkeliaran di dalam menara ini ialah Anne Boleyn. Anne Boleyn adlh isteri kedua King Henry VIII dan ada dicatatkan dalam sejarah bahawa dia telah dihukum pancung di atas menara ini di atas tuduhan pengkhianat negara. ada yg mengatakan dia dihukum pancung kerana King Henry VIII berasa marah terhadap Anne Boleyn kerana gagal memberikannya zuriat. Kelibatnya sering dikatakan berkeliaran di sekitar Menara ini sambil memegang kepalanya yg dipancung.

2.Putera di menara - Selain itu,terdapat juga kelibat hantu 2 budak kecil yang berjalan sambil berpimpin tangan.kanak-kanak ini dikatakan anak kepada King Edward IV yg telah hilang didalan menara ini. terdapat andaian yg mengatakan bahawa kedua-dua kanak2 ini telah dibunuh tetapi mayat mereka masih tidak dijumpai.Punca kehilangan masih kekal menjadi misteri.

3.Catherina Howard*sila search google utk gmbr beliao*- Satu lagi kejadian penuh tragis yg berlaku di menara ini ialah ketika isteri kelima King Henry VIII mahu dipancung. Beliau dikatakan cuba melarikan diri daripada tukang pancung sambil menjerit meminta ampun dari raja.namun akhirnya dia berjaya ditangkap dan kemudian lehernya terus dipenggal.dikatakan terdapat sebilah kapak yg sering ditemui sedang melayang-layang di menara ini sehinggalah hari ini~

4. Selain drpd kejadian2 tersebut,tdapat bnyk lagi kejadian pelik dan misteri yg sering berlaku di menara ini. Antaranya ialah kelibat wanita yg tidak berwajah, jeritan Lady Jane Grey dan tangisan suaminya, Guildford Dudley yg sayu~Ada juga pelancong yg telah melihat beberapa kelibat hantu sedang menjalankan upacara pengkebumian yg amat menyeramkan!~

hmmm. terkejut juga cik nana bila baca kisah ini.cik nana dan famili telah menjejakkan kaki ke Tower Of London pada hari Isnin, 1 Jun 2009. tapi kami tak masuk ke dalam menara tu.cuma di luar sahaja.~adekah anda percaya dgn kisah tersebut?no one knows..

si cipi

last but not least, ini adalah laptop merah jambu kesayangan cik nana yg telah selamat menjadi milik cik nana pada tahun lepas.Fujitsu & hanya mempunya 1GB RAM sahaja!nak tambah!nak tambah!!i would like to call it
"si cipi". short name for si cik pinky!! *hehe*


soalan tambahan utk hari ini :

1)apakah yg paling dekat dgn diri kita?
mati

2)apakah yg paling jauh dgn kita?
masa yg berlalu

3)apakah yg paling ringan didunia ni?
meninggalkan solat

4)apakah yg paling besar didunia ini?
hawa nafsu

5)apakah yg paling berat dlm dunia ni?
amanah

6)apakah yg paling tajam didunia ini?
lidah manusia


oh,ye Biasiswa JPA sudah keluar!! silalah minta~tarikh tutup 10 julai ni!~


terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca entri ini! semoga Allah merahmati kamu!! :)
Have a Nice Day!!
www.tips-fb.com