Tuesday, May 18, 2010

Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT [part 1]

AMARAN!! : entri ni sangat panjang. jangan baca kalau tak sanggup.hehe =)

Bismillahirrahmanirrahim


Wah. agak lama masa diambil utk memasukkan gambar2 dalam entri ni.ditambah pula gambar2 yg diletak dlm entri part I ni diletak mengikut kronologi kejadian. cuma tak dapat nak masukkan kesemuanya. there's loads of pictures!! main pilih secara random. yg selebih2nya boleh la tengok di website mukabuku.

Disini cik nana nak tulis sedikit sebanyak tentang program cabaran inovasi rakan muda IPT sempena Hari Belia Negara 2010.
  • Tarikh : 14,15 & 16 mei 2010
  • Tempat : Universiti Putra Malaysia & Putrajaya


brg2 yg dapat utk setiap peserta. tp boleh tahan la warna tema baju t-shirt kali ni. RED! yuhuu.tp kena pakai utk 2 hari tanpa sempat d'basuh.hikss..

14 Mei 2010

team UIA (ajijz, muwiz, doni, harith, kak tita, kak nisa, kak tira, ena & me) bertolak dr UIA gombak lebih kurang jam 10 pagi. memula cik nana sampai kt tangga besar UIA tu tengok "eh ni je ke yg pergi?", moral cam down sikit.rasanya dalam setengah jam kitorang dah sampai kt UPM Serdang tu. naik bas UIA. tapi sukarelawan yg sambut kami tu mcm confuse sebab dorang cakap ni UIA ke IIUM?wahaha.rase mcm nak gelak guling2 je. sama la tu!!


boleh dikatakan kitorang diantara yg terawal sampai. lepas pendaftaran semua tu, kitorang ditempatkan di Kolej Tun Perak. dimana cik nana tinggal di blok tuah. 2 orang sebilik. walauape2pun cik nana masih sukakan suasana hostel dan kawasan campus cik nana sendiri. itu memang tak dapat dinafikan la. bak kata orang "hujan emas dinegeri orang, lebih baik hujan batu dinegeri sendiri,"
.

lepas mengemas brg2 dan berehat2 dlm jam 3 petang kami semua dikehendaki mendengar taklimat tentang keseluruhan program di dewan kolej kelima UPM. masa masuk2 tu, wah sgt ramainya! dikatakan lebih kurang 400 orang peserta daripada 26 buah IPT diseluruh M'sia menyertai program ini. program ini adlh dibawah Sekretariat Rakan Muda IPTA/IPTS.


lebih kurang 2 jam mendengar taklimat kemudian kami diberi tugasan. di mana disinilah cik nana dpt tugasan yg boleh dikatakan agak kerja gila yg pernah cik nana lakukan. ada dua tugasan iaitu :

  • Rythmic Malaysia [alunan kompang]
  • Self Expression Moment [pidato spontan]
Utk program pidato spontan tu, mereka nak 2 orang wakil dr setiap IPT.bermaksud ada 52 orang yg menyertai pidato tu.yg selebihnya masuk kompang. wahaha. serius, cik nana memang mula2 tak terfikir pun nak masuk. tengok wakil UIA cuma ajijz je, cik nana rasa ape salahnye mencuba kan.lagipun yg lain mcm tak nak je.mase tu memang berbelah bagi la.confirm peserta2 dr ipt lain hebat2 belaka.cuak dowh! wakaka.

Sebanyak 3 tajuk di beri :

  • 1 Malaysia
  • Belia kreatif dan inovatif pemaju pembangunan negara
  • Mahasiswa & mahasiswi tonggak kepimpinan negara dan penglibatan pemimpin mahasiswa dalam aktiviti belia di M'sia
camner?mantop tak tajuk2 nye?hahaha.

belon Rakan Muda [near wisma tani]


warna-warni belon ketika dilepaskan. sgt cantik!!

oh ye, nak sambung cerita. IKLAN jap td. hehe. lepas dah dapat tugasan tu, dalam jam 6 petang, cik nana & ajijz [wakil uia] serta lagi 50 orang peserta pidato dikehendaki ke Putrajaya , Presint 4 utk pertandingan tersebut. tapi cuma separuh daripada keseluruhan peserta akan berucap pd malam tu. competition tu dibuat berdekatan dgn Menara Kementerian Belia dan Sukan [kbs]. wahh. mase tgk tu mmg agak dasyat2 gak hujah2 yg dorang bagi. cuma cik nana nak tergelak sebab ayat tuan pengerusi tu sama je setiap kali lepas peserta berpidato adalah seperti ini ;

"terima kasih di atas hujahan yg BERNAS itu."


walaupun kan ada yg langsung tak leh nak b'cakap pape kt depan tu. is it makes sense? kot-kot ye pun agak2 la.jgn la mengecikkan hati orang. HAHAHA. lepas tengok yg hebat2 tu cik nana rasa sgt CUAK berganda2. alamak aih. dalam hati berkata abes la aku. dah la depan orang ramai.malam tu jgk rasa mcm nak nanges. nak BALEK! nak BALEK!

alhamdulillah dapat support daripada member2 dan juga my kande. thanks! :)

[turn cik nana adalah pada hari sabtu. sebab dpt no giliran ke 51]


15 Mei 2010

oh ye, lupa nak cerita. pada malam 14 mei tu, sementara kami terlibat dlm pidato di Putrajaya, peserta2 yg lain terlibat dlm latihan kompang di UPM Serdang. di mana ahli kumpulan kompang ni dibahagikan lebih kurang 24 orang setiap kumpulan yang melibatkan peserta dari IPT yg berbeza.

gambar kt atas dgn plastik2 makanan ni semasa jam 6.30 pagi utk makan breakfast.iaitu mee goreng. cik nana makan tak sampai separuh pun. ye lah, kena bangun seawal jam 5 pagi. memang ngantuk tak terkata.tp lepas dah mewangikan diri, boleh la angkat kelopak mata neh.kalaw x, mungkin perlukan batang mancis.hikss.


ajijz, muwiz, doni

gile klaka gambar korang neh!


cewah si kecik ni! :P

saye memilih tajuk yg ke-3, "Mahasiswa & mahasiswi adlh tonggak kepimpinan negara dan penglibatan pemimpin mahasiswa dalam aktiviti belia di Malaysia". dlm ucapan saye selitkan tentang bagaimana siswa dan siswi mengambil pelbagai jurusan dan bidang di IPT masing2 dan disamping melibatkan diri dalam aktiviti kokorikulum ataupun kemahiran insaniah or in other words is soft skills. ini sgt penting utk graduan dlm memilih pekerjaan. cewahh.

akhir kata saye memetik kata2 ini ' Usah bazirkan usia anda, kerana usia adalah harta yg tidak akan kembali'.ini cik nana kutip dr toilet blok tuah kolej tun perak. wahaha. saye menyeru belia2 yg ada dihadapan saye supaya menggunakan semua peluang yg ada semasa menuntut di menara gading dgn sebaik2nya agar dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

selari dengan moto hari belia negara 2010 iaitu " Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara". =)


*kecewa sket sbb memegang dan melihat teks kdg2.nervousss yg amattt.. :(*

juri2 yg ada. semasa giliran cik nana ada juga toleh2 kt dorang.tengok ada yg dah letak kepala kt meja menunjukkan muka yg teramat bosan. lagipun cik nana adlh peserta kedua terakhir. adeyh. alhamdulillah sgt lega dah lepas.walaupun gugup :(

lepas dah selesai semuanya, semua peserta pidato dapat hadiah saguhati iaitu vest & wang tunai RM50. vest tu dpt saiz M. mmg besar la! ada sape2 nak tak? :D

petang dalam jam 3 sepatutnye kami semua kena berkumpul ke PICC, Putrajaya untuk PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2010 tapi disebabkan dewan dah penuh dgn orang ramai, maka kami team UIA ni amek keputusan nak lepak2 kt luar.kitorang g balik ke Presint 4.cadang nak main go-cart. sambil tengok drift. walaweh. mmg panas terik time tu. tapi malangnya, kami tak dapat nak main go-cart sebab kesuntukan masa.





Dapat main roller blade ni pun jadiklah. tapi agak leceh sbb kena pakai all those stuff yg mcm2 tu.morever,i really love to skate! terutama ice skating! mmg best!bila skate tu rasa mcm badan ringan dan dapat angin.haha.brader yg ajar kitorang [me, ena dan beberapa orang brader dan sorang sister ni] tu ajar mcm2 step baru contoh macamane nak berhenti skate dengan betul dan ape nak buat bila rasa nak terjatuh.

tapi cik nana merasakan skate di atas ais dan skate dilantai tu agak berbeza jgk la. i think i prefer to skate on ice.tetibe rase rindu sgt nak main skating semula. :( my favourite game!



kami bertolak ke UPM semula pd jam 7 malam. sebab malam nya ada pertandingan kompang diantara kumpulan.memula cik nana tak expect akan join sebab ingatkan yg dah masuk pidato tak perlu masuk kompang.tapi rupanye cik nana kena masuk sebagai peserta tambahan dengan menambahkan bunyi guna botol pasir. thanx to nora, dayah dan dija sebab siap ajar cik nana camne nak duduk dan sujud simpuh mcm ala2 silat tu.hikss.cam nak patah dah kaki masa tu. thanx juga pd amad, megat dan famie dan lain2. :)


Ni group cik nana, Infinity! semasa melakukan persembahan. kami mendapat tempat ke-3 daripada 10 kumpulan. cayalah infiniti terbaik! cik nana pun sgt nervous walaupun menjadi peserta di saat2 akhir dan cuma berlatih dlm masa beberapa minit je sebab group kami dapat turn pertama.









ini baru part I. nanti cik nana sambung lagi. tapi apa2 pun mmg sgt seronok la program ni! :D
www.tips-fb.com

4 gigitan apple:

Anonymous said...

bestnyer! kalu tak cuti boleh pegi... support abg2 n akak2 senior heheehehe

.Cik Nana. said...

best taw...rugi naqib.. :)

norhafz said...

len hari join lg yer?

Sidratul Muntaha said...

Nana!!!!
Jelesnyer tak dapat join.Arina pun ada jugak.Korang berdua jer ke yang buat short sem?naba ngan Ima?

Bestnyer...Serius,jeles. :)