Saturday, November 8, 2008

.life is too short to hate.




.BERHENTI BERHARAP.


indah ye pemandangan senja pulau sentosa singapore itu. tengok pak cik tu pun sonok je meluruskan kakinya sambil melakukan kerja.begitu indah ciptaan Allah~

apa khaba ye korang sume?harap2 dalam lindungan-NYA..

kepada warga CFS..especially yang rapat tu bila cuti2 ni rasa rindu pula kt korang.tak sabar nak menjejakkan kaki ke main campus.kira-kira sebulan lagi juga la kan?di sini sy nak mempublishkan satu story yg best utk di baca utk semua golongan umur. silalah meluangkan masa anda sebentar ; sgt menyayat hati :)



DIA CANTIK..TAPI...


Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang masih belum mahu tidur..... Kipas yang berputar laju seperti tidak memberi hawa kedinginan di badannya, setelah penat mengiring dia menelentang kemudian meniarap, seperti cacing kepanasan.entah apa yang difikirkan Ikmal Kushahril, yang pasti dia baru bertemu dengan seorang gadis yang menarik perhatiannya sehingga terbawa-bawa dalam khayalan. siapakah gadis itu?



"hei! apa yang kau menungkan ni. aku yang terpacak kat sini kau buat tak nampak je." Ahmad Hilmi menyergah teman sepejabatnya.


"Kau ni Hilmi, kalau aku lemah jantung.... apa kau nak jawab dengan mak bapak aku." Ikmal membetulkan duduknya, seharian asyik membuat laporan syarikat membuatkan belakang badannya terasa lenguh.


Dia tersenyum memandang Hilmi seperti ada sesuatu yang hendak dibicarakan.


"kau perasan tak staf yang baru masuk tu, mak oi cun giler. macammana aku nak tackle dia." Ikmal meluahkan niat lelakinya yang telah lama dipendam.


"oh si Syakira tu, mujur aku dah ada awek, kalau tak aku nak sapu dulu. tapi kau yakin ke dia tu solo lagi, tengok gayanya yang melentok manja dengan haruman sebatu.... mustahil masih belum berpunya."


"jika berpunya pun apa salahnya..." Ikmal bagaikan disengat angau, budak ni dah terkena minyak guna-guna ke.


setahu Hilmi, Ikmal seorang lelaki yang pemalu kerana sampai sekarang masih gagal memiliki teman wanita sedangkan dia antara lelaki yang kacak di jabatan ni...


Hilmi menyuap nasi ayam ke mulutnya, dikunyah dua tiga kali terus ditelan. Ikmal pula masih menguis nasi campur di pinggannya.. seleranya mati, kenapalah aku makan dengan mamat ni bukan dengan syakira!


"Hilmi, aku tak boleh lupalah pandangan pertama dia, penuh mempesona. tapi susah sangat aku nak dekatinya, hati ni berdebar sungguh.. " Ikmal menyuarakan rasa hati.


"malulah jadi jantan macam ni, buat-buatlah macam nak tanya sesuatu atau jatuhkan sesuatu, tak perlu jadi romantik buat bodoh pun takpe. atau kau nak guna orang tengah?" Hilmi seakan benar je nak bantu kawannya dalam menjalin perhubungan.


"aku tak pandai nak mulakan, macam tak berani.. aku kena kenal hati budi dia dulu.. aku tak suka bercinta dengan insan yang tidak sefahaman.""berkenalan dulu... mesrakan diri. terlepas nanti padan muka. tapi kau tahu tak aku dah putus cinta 3 kali." Hilmi mahu membuka kisah cintanya


"bukan 7 kali ke?" Ikmal cuba bergurau.


"zaman cinta monyet di bangku sekolah dulu main-main je, tapi masa di ipt aku serius." Hilmi menyedut jus mangganya.


"kami saling mencintai seperti pasangan paling serasi di kampus. selalu dating, study pun sama. tapi aku tak sangka.." tersekat seketika bicaranya.

"mudah sekali dia melafaskan kata kita terpaksa berpisah."


"puncanya?" Ikmal cepat bertanya.


"katanya keluarga tak restu hubungan kami, dan dia telah dirisik oleh calon pilihan... aku rasa macam dunia dah terbalik. sakit Mal putus cinta."


"kenapa keluarganya tak suka kau."


"mungkin kerana aku anak kampung, dia ada darah kerabat. nasihat aku carilah orang yang setaraf dengan kita."


"dan aku nak tanya kau Ikmal, apa ciri gadis pilihan yang kau mahu?"


"semestinya cantik...." Ikmal terbayangkan Syakira.


"siapa namanya?"


Syakira.."


"ada gambarnya."


"tak, tapi dia kelihatan sempurna di mataku."


"di hati kamu.."


agak lambat Ikmal menjawab. Ustaz Hakimi adalah abangnya, seorang pegawai agama yang bertugas di Sandakan. mereka jarang bertemu.


"atas dasar apa kamu suka padanya. kecantikan semata?"


"bukankah dari mata jatuh ke hati, cinta itu lahir dari hati. dan naluri saya berkata dia sempurna untukku.."


"Ikmal, kamu bukan lagi budak kecil yang perlu diajar. dan cinta juga mungkin datang berkali-kali mengetuk pintu hatimu. kau tahu tak apa itu panahan Syaitan?"Ikmal diam, dia memang segan dengan abangnya yang seorang ni. Hakimi Zulqarnain, berumah tangga sewaktu menuntut di mesir. terlalu mudah tanpa kehadiran keluarga, demi menjaga diri dan maruah agama katanya. dengan kehadiran kembar sulungnya, mereka sekeluarga kelihatan sungguh bahagia.


"abang Kim, Mal perlukan seorang teman hidup. Mal nampak dia, tapi tak mulakan lagi..."


"abang faham... tak perlu mulakan. jika dah bersedia, perkara tu akan mudah."


"takkan tak perlu usaha?"


"bukan begitu, pilihlah pasangan yang betul. perkongsian hidup ni merangkumi banyak aspek, jangan nilai luaran sahaja. dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.."ustaz hakimi cuba menyedarkan adiknya, dia bimbang jika Ikmal tersalah pilih.Ikmal menarik nafas. lupakan dia... lupakan dia... lupakan dia... kerana apa?



memang dia cantik, sekali pandang tak puas. berkali-kali pandang.... Ikmal bukan jenis yang begitu. sekali pandang hatinya berdesir dan segera dilarikan pandangan.



"jika cinta itu membuatkan kamu lebih mendekati dan mengenali yang Esa, itu yang terbaik. tapi andai cinta yang berputik di hati itu hanya mendambakan hamba yang menerbitkan nafsu, baik dijauhi." pesanan abangnya masih melekat di fikiran.


"bagus juga kau tak terjebak dengan cinta sebelum masa ni Ikmal. kau faham-fahamlah bila dah ada buah hati, macam-macam perkara yang orang lain tak nampak kami buat. tapi, Allah nampak. aku serik nak buat dosa, jiwa rasa tak berguna." pernah Hilmi menyatakan pengakuannya.


"kau tahu ke cinta tu apa? cinta tu suci.. letakkan cinta hakiki yang utama. jika kau sabar dan yakin, kau akan dapat nikmat cinta yang sebenar.." bicara yang lahir sendiri di hatinya.


'Syakira... namamu telah ku ukir dihati, namun kau tak muncul. aku tak berani memaksa kerana aku tersiksa. hadirmu di mata yang kelabu, membuatku rindu, tapi kau tak menepati ciri yang ku mahu. aku tak mahu kekasih yang menjadi perhatian banyak lelaki, aku tak mahu kekasih yang mendedahkan tubuh, aku tak mahu kekasih yang lepas laku..


kau bukan kekasihku. aku hanya berangan sendiri.. kerana aku masih mencari.'


Ikmal pasti... matanya terus mengamati, tak ada sebab dia nak cemburu melihat dua sejoli itu, masakan gadis sebegini menjadi suri hatinya. dia cantik tapi.... jauh dari agama.







...i smile on the outside, while i'm dying on the inside. i pray to Allah and cry my tears. i believe in passion, but not true love....

www.tips-fb.com

0 gigitan apple: