Sunday, October 26, 2008

.HATE AND HATRED.


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan..
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
p/s: orang yang paling kuat itu bukan lah orang yang kuat memukul orang ketika marah atau berdendam tetapi orang yang paling kuat itu adalah orang yang bersabar dan juga memaafkan orang lain...
HIDUP TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI..hmm :(
kita hanya mampu merancang perjalanan hidup dan segala aktiviti di dunia ini tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah menentukan perjalanan hidup kita hingga akhir hayat
www.tips-fb.com

2 gigitan apple:

Tihara said...

DENDAM IBARAT MEMBUNUH KEBAHAGIAAN DIRI SENDIRI

nana said...

:)