Tuesday, August 5, 2008

la tahzan

Kenapa Bersedih ???



Manusia akan sentiasa dibelenggu keluh-kesah,itu dah memang pasti tapi selok-eloknya kita selalulah bersyukur baik semasa senang ataupun susah.Bukankah ini ujian buat kita selagi hayat dikandung badan??



Sebab kenapa korang tak perlu bersedih :


Korang Masih Diberi Nyawa






Korang bersedih kerana hidup korang tak happening mcm hidup org lain? hidup korang membosankan? hidup korang dikongkong keluarga? hidup korang terikat dgn kerja @ pengajian yg membebankan? Sekurang-kurangnya korang masih hidup dan diorang yg dah mati sanggup lakukan apa sahaja jika diberi peluang utk hidup kembali.





Korang Masih Ada Makanan Dan Pakaian





Korang bersedih kerana baju atau barangan korang tak branded? pakaian korang tak up to date? kasut korang dah nak tanggal tapak? baju korang beli kt pasar malam? Korang bersedih sebab tak dapat makan yg sedap2? asyik lauk sardin dan mee segera. Sekurangnya-kurangnya korang masih ada pakaian utk dipakai dan makanan utk menghilangkan lapar tak seperti mereka yg kebulur dan tak berbaju di sesetengah negara.





Korang Masih Mempunyai Akal Fikiran





Korang bersedih kerana fikiran korang serabut memikirkan nasib malang, beban hutang , masalah keluarga , risaukan periksa yg makin hampir , mata air yg merajuk , kawan yg makan kawan , orang dok mengata belakang & seribu satu macam masalah negara dan dunia. Sekurang2nya korang masih waras dan boleh hidup normal tak macam diorang yg kat Hospital Bahagia..




Korang Masih Mempunyai Iman




Korang bersedih sebab Tuhan tak makbulkan doa korang? tak tolong korang masa korang terdesak dan tersepit ? tak lindungi korang masa korang ditindas,dianiaya dan dihina.Sekurangnya2 korang masih beriman dan punya pegangan tak seperti dorang yg sesat dan sudah pasti diakhirat nanti akan menyesal selama-lamanya..


Jadi Janganlah Bersedih.. La Tahzan !!!


Smile Always! Make Ur Day Happy !!








www.tips-fb.com

0 gigitan apple: