Saturday, August 23, 2008

ketetapan


Meaning Qada & Qadar - Study Circle/Usrah on 20/8/2008


Speaker : ME :)


Maksud Qada & Qadar ialah ketetapan Allah yg telah ditentukan sejak dr azali lg disusuli dgn kejadian spt mana yg telah ditetapkan.



Contoh :


1) Sebelum kejadian alam semesta, Allah telah menetapkan gas dan asap akan memenuhi angkasa diikuti kejadian bintang2 & planet dan itulah yg sebenarnya berlaku tanpa dpt dihalangi.


2) Allah juga menetapkan 1 bhgn oksigen perlu bercantum dgn 2 bhgn hidrogen utk mjadi air dan hakikat ini juga tak dapat diubah sampai bila-bila.


3) Allah juga menetapkan mata sbg alat utk melihat dan telinga utk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai bila-bila


4) Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yg mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tak dpt diubah.


5) Setiap yg hidup pasti akan merasai mati dan tak ada sorang pun pakar perubatan yg mampu mengubah kenyataan ini.



Imam Al Khathabi telah berkata :


"Ramai org mengira Qada & Qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambanya dan manusia hanya mengikut apa yg telah ditetapkan oleh Allah"


; Pdgn ini sebenanya salah krn takdir adalah ketetapan Allah bdsrkan ilmu Allah yg maha mengetahui tntg kejadian yg akan berlaku bhubung semua perkara.


okayla .ada 1 cite ni.berlaku pd Zaman Umar Al Khattab R.A


Seorang lelaki ditangkap kerana telah mencuri.


Dia dibawa menghadap Khalifah Umar.lalu disoal "Mengapa kamu mencuri?"


Lelaki itu menjawab "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya".


Khalifah Umar amat marah dgn lelaki ini lantas beliau terus berkata "Pukul lelaki ini dgn 30 sebatan slps itu potong tangannya".


Lelaki itu terkejut dgn hukuman itu dan berkata " Mengapa hukumannya begitu berat?"


Umar menjawab "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah".


Maksudnya disini,manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini sebahagian dr ketetapan Qada & Qadar.


Manusia dpt menolak takdir dgn takdir yg lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bg manusia.


Contoh : Takdir lapar dpt dihilangkan dgn takdir makan,takdir dahaga dapat dihilangkan dgn takdir minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dgn takdir tidur.


Diantara perkara yg boleh mengubah ketetapan di Luh Mahfuz berdasarkan sabda Nabi Muhd S.A.W yg bermaksud :


"Tiada yg boleh menolak takdir selain DOA dan tiada yg boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yg baik" (Riwayat Tarmizi)



rasanya tu jelah yg dapat sy tulis.ekceli panjang lagi..tp takut tak larat pulak nak baca.









www.tips-fb.com

0 gigitan apple: