Sunday, August 31, 2008

.independent day.


selamat hari kemerdekaan yg ke - 51
Bila sebut tentang merdeka, kita selalu kaitkan dgn laungan merdeka di Stadium Merdeka shj, namun pernahkan kita terfikir yg kita ni masih lg dijajah walau pun kita ingat kita bebas? Renung-renungkanlah..
- Dari Jajahan Hawa Nafsu
> Saban hari kita diikat dgn hawa nafsu yg berkerajaan di hati.mcm2 nafsu sampaikan kita mcm jd hamba nafsu bukan hamba Allah.merdeka kah kita?
p/s: sy kuat tido.....;p
- Dari Cinta Dunia
> Dari mula nampak dunia sampai meninggal asyik dok kejar dunia. Cinta sgt kt dunia walaupun tahu dunia ni sementara. Akhirat yg selama-lamanya tu tak nak ke? Siapa tak nak dunia? kalau boleh dunia ni ana sorang yg punya. kalau boleh nak jadi yg plg kaya,plg hensem,plg lawa,plg terer..paling lama kt dunia ni pun tak sampai seratus tahun..cemana hebat pun kita ni,esok lusa kembali pd Nya jugak.
p/s: brg siapa mencari akhirat,maka dunia juga mengikutinya...
- Dari Sifat Tercela
> Bkn senang nak bebaskan diri dr sifat tercela sbb yg mencelanya bkn manusia. jahat mcmana pun kita kalau ada kuasa n harta org tak berani nak mencela.siap disanjung agi.masalahnya kt akhirat nnt siapalah kita??
- Dari Campur Tangan Syaitan
> Kalau dulu British sibuk nak campur tgn dlm pentadbiran Malaya, kini tinggal syaitan yg sering campur tgn dlm urusan hati kita. niatnya tetap sama, nak jd pentadbir dan kita akhirnya jd hamba. ikutkan sgt nasihat syaitan alamat kt akhirat nnt kita dpt kerakyatan yg sama dgn dia,jd ahli neraka. Dia memang bijak, mmg hebat, kalau takde iman dan taqwa,kacang-kacang dimainkan kita.Sedarlah perjuangan kita belum selesai selagi hayat dikandung badan.
- Dari Seksa Api Neraka
> Apa sangatlah nak diraikan kejayaan kita kt dunia ni kalau di akhirat nnt wilayah penempatan kita beralamatkan neraka. kita berjaya berdikari, berjaya memiliki kebebasan namun kebebasan itu jika hasilnya cuma hubungan bebas,berfikiran bebas, bebas beragama dan bebas menentukan hidup tanpa berlandaskan agama maka kebebasan ini hanya sementara dan kelak kita sahih tak dapat bebas dr blsn seksa api neraka.
Bebaskanlah diri korang dan orang-orang yg korang sayang..
CHAIYOK2!!
utk renungan semua & diri ini juga..
www.tips-fb.com

2 gigitan apple:

Fatyhah said...

info menarik :)

nana said...

tengkiu :]