Sunday, August 10, 2008

belalang





Nujum Pak Belalang












Tahun Tayangan : 1959





Sedikit sedutan dr cite ni :





Bermulanya seorang nujum


Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi.Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.



Pak Belalang (yang masih tidur) dikejutkan dengan kehadiran orang ramai. Pak Belalang tak tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya, lalu mengambil semangkuk air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudian ditunjukkan kepada penghulu dan si pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka pendek umur. Pak Belalang turut tidak nampak apa-apa di dalam air tersebut tetapi mujur Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.






Pertaruhan Dua Sultan

Mereka melihat rombongan Sultan Masai adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.






Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya tentang beradu akal antara kedua-dua ahli nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan:





"Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkal?"











"Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?"











"Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"












"Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"

















jawapan :


a) Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal"


b) Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.


c) Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.


d) Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba bunyinya akan jadi 'Buah'.







yuhuuu . my fav P.Ramlee's movie ! Bad Latif time kecik-kecik sgt COMEY kan??
www.tips-fb.com

0 gigitan apple: