Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Monday, December 8, 2008

.minta maaf.

. Bismillahirrahmanirrahim.

.selamat hari raya aidiladha kepada semua especially yg tak pegi semayang raya td.hehe.td makan ketupat dan kuah kacang.tp ketupat nya lembik-lembik mcm bubur.tp kuah sedap gak la.manis-manis. markah diberi sebanyak 12/15.perbaiki lagi ye pada tahun depan.hehe.sy masih trauma nak tengok aktiviti penyembelihan hari ini.dulu kt sekolah menengah masa subjek pendidikan syariah islamiah*my fav subject* dlm bab sembelihan,kitorg kena wat praktikal sembelih ayam pun sy dah gentar.nasib dpt lepas masa tu.jadi tak payah nak sembelih ayam :( just tolong cabut2 bulu ayam je sbb malam tu kitorang ada buat makan-makan.pdn muka bdk laki je yg kena sembelih ayam itupun banyak yg kena repeat wat lebih dr sekali.sbb tak sah.hahaha



ini bantal spongebob sy beli kt umbai melaka masa pegi makan kt situ hari sabtu 6 december 2008 .makanan sedap tp servis teruk.nasi dan sos pun kena ambil sendiri kt dapur.ntah apa2,tau la ramai orang.kena la tambah pekerja :/ penat pegi jauh2 makan lepastu balik dah lapar semula. cet !






ni gambar potret sy.thx kak mira sbb bgtau website tu.korang boleh dapatkan kt






sorry is a word you like to say but sorry won't erase the things you did in life
www.tips-fb.com

Friday, October 31, 2008

.fakta tentang SENYUM.



Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!!Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.


Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.


15 fakta menarik tentang SENYUM :


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".




Me & Ijah

p/s : semalam juk call sy. wah. sume tgh FINAL EXAM mood sekarang kan?GOOD LUCK to all~Bittaufiq wan najah fil imtihan! nasib sy dah lepas kan?semalam juga nad came over to my house.having some chit-chats.i miss all my so called best friend forever (bff) & want to meet all of them :( can i?dah la i cannot go for work.even i really want to have some experience of working i still cannot have.why ME?take care all. have a nice weekend tomorrow and a day after tomorrow guyz ! *i dont have any idea to write about myself so i juz posted about this*
www.tips-fb.com

Monday, October 6, 2008

.exhausted.




assalamualaikum..kami nak raya!!

[ha jemputlah duduk kat luar ye].adoy,ramainya bebudak yg datang nak beraya. tak kira waktu main serbu je rumah orang.lepastu pulak kalau nak kata nak ziarah member,rasanya mcm tak kenal pun dorang tu sume. [eh,i kenal ke you all ni? :P]


setiap hari mesti ada la beberapa kumpulan bebudak yg dtg mengetuk pintu rumah.kdg2 tu sampai lebih 10 orang sekali yg dtg.ikutkan mmg malas nak layan.mood raya pun tak ada.

ni nak mintak kerjasama la dr korang sume kan.kalau ada adik2 kecik ke anak buah ke mintak nasihatkan la jgn main serbu je kt rumah orang,terutama yg tak kenal tu.so irritating taw..


nak tau pe yg sy suka time raya ni?banyak sangattt drama melayu..!! on je tv, ada je cite best. seronok je hati ni!! prima,kirana,ria,tv1-tv3,waahh..rambang mata pilih nak tgk yg mana satu! hehe :p,kalau ada 10 tv,boleh la bukak semua kan? :p


tetiba rasa terlapar pulak. & rasa nak makan semua yg ada kt atas ni. ice cream utk legakan sakit tekak,coklat & donut utk mengilukan gigi.hehe.

oh ye,utk bebudak PMR tu silalah jd budak skema sebentar yer.special dedication to cik lala and wanie :

GOOD LUCK FOR PMR! pastikan dpt semua A..nnt sy belanja aiskrim :P.tak lupa pd semua yg nak ambil final exam tanpa mengira warna kulit,paras rupa,keturunan ataupun harta kekayaan anda,ALL the best !

Bittaufiq wan- najah!

nota kaki tgn :// sy xabis study lgggg..jem jap kpale ni.sume subject susah! ingatkan 4 subjects je xde la nak pening2 sgt,rupanya lg teruk..sbb bnyk core subjects.doa-doakan la sy dpt capai target sem ni.kalau x bleh meraung 1 kmpg..oh ye raya kali ni kurang best kata cousin2 ku,sbb sy xde.hehe :p *ber-sms bersama mereka haritu*

last but not least, SLEEP is the best policy ever.

hehe..

www.tips-fb.com

Friday, May 9, 2008

exam

Goin' back to Nilai today.
Wish Me Luck For MUET tomorrow everyone !!
speaking test on 13rd MEI
Nervous + rasa nak pitam
hope everything will be OKAY (=


A Quote For Today :

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..” (Surah At-taubah, ayat 40)



Plus , heartbroken is SAD & heartbreaker is BAD - "SYA"


www.tips-fb.com

Monday, May 5, 2008

.heartbroken.


1) hati itu ditampal?
kenapa hati tu berwarna hitam?
sy tak merokok tau :P


2) bila rumah bersepah.sy agak stress.rasa nak marah2.smoga sy dpt bersabar !
bila nak buat renovation rumah?mungkin hujung tahun ni.masa tu sy nak gerak ke UIA GOMBAK pulak.mungkin kami semua kena berpindah ke rumah sewa buat sementara waktu.
kena tunggu adik-adik abis exam.


3) tinggal berapa hari je lg nak exam MUET.
persiapan tak sehebat mana.mana mungkin result hebat?
doa tanpa usaha akan menjadi sia-sia !
doa + usaha + tawakal = kejayaan !


4) sejak beberapa hari ni,sy tiada semangat untuk buat sesuatu.
nak keluar pun terasa malas yg amat.
sy perlukan udara yg bersih !



5) Hmm.sebut psl uia gombak.
bln 12 ni sy bakal ke sana.
tak tahu mcamana kehidupan di sana.
ada yg kata kt sana lg bebas berbanding semasa di matrik.
mmg la.kt matrik kami dikawal mcm budak2 sekolah tau?


6) nak bwk cd pun tak boleh.komik?majalah?
pun sama.bg pelajar perempuan,gate akan dikunci pukul 10 malam.
itu tak berapa nak kisah sgt la.sbb mereka nak jaga keselamatan kami kan?



semoga sy tabah menempuh hari-hari yg mendatang.
semoga tangisan hari ni membuahkan kegembiraan pd masa hadapan (=


bak kata pepatah :
berakit-rakit ke hulu
berenang2 ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang2 kemudian.




www.tips-fb.com